Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 29, 2011

Mendengar Radio atau CD Al-Quran Satu Penghijrahan dan Perubahan

Setiap hari ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sambil memandu kereta, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan mendengar radio. Mendengar lagu-lagu terkini sambil menghadapi kesesakan jalan raya yang setiap hari pasti akan dapat mengelakkan rasa gusar berdepan dengan kesesakan jalan raya, bahkan memberi hiburan dan mencuit perasaan takkala mendengar celoteh DJ yang melawak. Namun pernahkah anda terfikir membuat perubahan yang boleh memberi manfaat pada diri? Sempena menyambut Maal hijrah atau tahun baru apa salahnya jika mulakan kehidupan anda dengan satu perubahan yang baru. Mungkin channel radio boleh ditukar kepada channel yang menyediakan info yang bermanfaat atau bersifat Islamik. Atau juga menukarkan radio kepada CD alunan al-Quran. Secara tidak langsung ia membantu dan memberi ruang kepada kita bukan setakat mendengar tetapi menuruti pembacaan Al-Quran sementelah kita seringkali kesuntukan masa untk membaca al-Quran kerana sibuk bekerja. membaca al-Quran sebenarnya mampu memberi ketengangan kepada hati serta melapangkan perasaan yang resah. Pada peringkat awal mugkin susah tetapi lama-lama anda akan terbiasa, salah satu cara adalah pasangkan sentiasa iaitu apabila suis kereta dihidupkan maka automatik anda akan mendengarnya tanpa perlu mengigatkan diri. Selamat mencuba, semoga ini menjadi titk perubahan buat diri anda.

No comments:

Post a Comment