Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 21, 2011

Kerana Aku Ada Kamu

Setiap waktu ada sahaja perihal permasalahan mereka itu yang perlu aku depani…menggalas tugas mendengar permasalahan orang lain menyebabkan aku cukup insaf dengan ketentuan diri. Semua ini memberi aku ruang untuk bersyukur kepada mu Allah, atas segala nikmat dan pemberian kebahagiaan ini. Selalu aku katakan, tidak mengapa jika ada sifat celamu yang ada ketika tidak dapat aku terima, tidak mengapa ada kerenahmu yang kadangkala mengugat kesabaranku…tidak mengapa ada saatnya radangmu membuat hati ku begitu terluka..kerana tanpa kamu aku tidak boleh mengecapi apa yang kini aku perolehi.. Jika tidak kerana pengorbananmu mana mahu aku berjaya mendaki gunung cabaran ini.. Jika tanpa kesudian mu menerimaku seadanya sudah pasti aku tidak berdiri di pentas anugerah ini… jika tidak kerana keikhlasan mu menerima kesilapanku mana mungkin aku boleh merangkul kejuaraan ini...
Terima kasih kerana menjadi teman ku, aku bertuah… Kerana Aku Ada Kamu

No comments:

Post a Comment