Bukan orang dewasa sahaja yang belajar dari pengalaman kerana anak-anak juga begitu. Saya mengatakan begitu dari pemerhatian saya kepada anak-anak saya. Setiap kali peperiksaan akhir tiba maka debaran itu akan sentiasa terasa bukan hanya pada anak, tetapi juga ibu bapa yang sangat prihatin dengan anak-anak mereka. termasuklah saya. Anak yang bongsu Ieman Ihsan banyak mengikut cara saya belajar, hmm..apa yang dikatakan belajar di saat akhir peperiksaan menjelang..maknanya kalau esok periksa hari ni baru terhegeh-hegeh nak baca buku..kalian jangan tiru cara begini sebab banyak risiko nanti..tapi bagi diri saya, studi di saat akhir adalah cara yang sering memberikan hasil yang cemerlang..Kawan-kawan sewaktu belajar di universiti selalu mengkritik tidak puas hati sebab seperti saya tidak membaca dan bersedia menghadapi peperiksaan, tapi bila keputusan keluar saya mengatasi mereka..sebenarnya itulah rezeki..sikap aku memang menurun pada Ieman..
Berbalik kisah Ieman, walaupun peperiksaan pertengahan tahun lebih baik dari akhir tahun tetapi mungkin rezeki buat Ieman mendapat tempat untuk rangking terbaik kelas. ini kerana rata pelajar markahnya turun. Pengajaran untuk Ieman kerana dia selalu kurang menumpukan pembacaan, tapi menurut gurunya Ieman focus sewaktu di kelas. Hmm itulah Ieman, berbuih mulut suruh baca buku, dia lebih suka bersilat dan bergimnastik seorang diri...
Bagi meraikan kejayaan Ieman yang biasa-biasa..Babanya membelikan sepasang kasut bola. Dia kata kalau jenanam adidas okay ke?...tapi malang kakinya kecil tiada yang muat. Bagus juga tiada, sebab tidak perlu memberikan alasan kepadanya yang anak-anak tidak perlu disogokkan dengan barangan berjenama, kalau mampu sekalipun elok dia pakai kasut biasa. Kalau yang berjenama tidakkah nanti timbul perasaan cemburu dihati rakan-rakan sebaya inginkan perkara yang sama sedangkan ibu bapa tidak mampu. Anak-anak memang dari kecil diajar supaya sederhana. Itulah sebaiknya.
Gembira dan teruja Ieman kerana dapat kasut bola. Malam itu Ieman tidak lena tidur kerana menunggu siang untuk memperaga kasut bola. Dalam hati berkata.. alahai kesian Ieman dah darjah tiga baru ada kasut bola. Dia tidak minta maka kami fikir tidak mengapa...bukan keperluan utama setakat bermain bole didepand rumah waktu terluang. Ieman beridentiti sederhana..hari raya pun tak kisah tiada kasut raya, pakai selipar jepun sahaja, bila di bawa ke pusat beli belah memilih kasut dia memilih pakai selipar biasa-biasa...bagus Ieman tak habis duit Ummi dan Baba..apapun kasut bola inspirasi pada Ieman yang menjadi penjaga gol cilik bagi wakil tahun 3...tahun depan Ieman nak terpilih wakil sekolah..okaylah Ieman..janji Ieman bakal menjadi Huffaz..gelaran yang selalu dipanggil sebagai doa buat anakku..Prof.Dr. Ieman Ihsan Al-Hafiz.. yang bercita-cita menjadi scientist..
No comments:
Post a Comment