Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 23, 2011

TENTANG DIA : BERBEZA PANDANGAN

Pernahkah kalian mengalami atau pernahkah sesorang berkongsi cerita mereka tentang perihal permasalahan ini….Jika orang tidak suka pada kita, apa yang kita buat, apa yang kita kata akan semuanya tidak betul dimata mereka. Hingga adakala kita terfikir apa silap kita? Apa lagi cara yang boleh kita guna demi untuk menambat hati mereka? Adakala apa yang orang kata dan kita kata sama, tetapi mengapa kita yang dicela? Itulah hakikat kehidupan yang yang perlu kita terima, bahawa manusia ini punya perspektif dan pandangan yang berbeza. Setiap orang ada pendirian sendiri serta citarasa yang berbeza, seperti duit syiling keduanya mempunyai perbezaan jadi bagaimana sesorang itu berpandangan adalah berdasarkan apa yang mereka lihat. Kita tidak boleh memaksa orang lain berfikiran atau bersetuju dengan pendapat atau pendangan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah muhasabah diri sendiri serta tidak berburuksangka serta berbuat sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian atau pengiktirafan. Biarlah segala yang dilakukan itu diserah kepada Allah. Jadilah diri dan jiwa yang kental…tidak bangga dengan pujian, tidak terhina dengan kejian. Kita berharap hanya kepadaNya.

No comments:

Post a Comment