Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, December 31, 2011

HARGA SEBUAH KEMAAFAN

Kali pertama saya jumpa dia, tengah agak sarat menunggu hari. Sempat berkenalan dan bertanya usia kandungannya dan untuk kali yang ke berapa. Lemah lembut gerak gerinya dan satu-satu ayat jelas keluar dari bibirnya yang manis menjawab pertanyaan saya. Nampak ada riak keletihan di wajahnya yang putih bersih, mengusung perut dengan kudrat tubuhnya yang kecil molek. Perkenalan sepintas lalu tidak menterjemahkan apa2, cuma apa yang mampu saya simpulkan dari tutur katanya, dia seorang yang baik, sopan dan tidak suka meninggi diri. Saya selesa berbual dengannya, komunikasi antara kami seimbang….nyatanya tidak seorang pun di antara kami yang memonopoli perbicaraan, saya tanya, dia jawab, dia tanya saya jawab….kami sama-sama saling berbicara dan sama2 jadi pendengar yang baik.

 Lalu namanya lekat di hati saya dan bilangan insan yang bernama teman bertambah dalam list kamus hidup saya. Tidak lama lepas itu, dia cuti bersalin. Saya juga terdengar dari jauh cerita mengenainya. Semuanya yang baik-baik belaka, dia anak perempuan sorang, sulung, ibu kepada dua orang anak. Lebih hebat lagi, dia anak orang berada, pernah tinggal di US mengikut ayah ada tugasan di sana. Alangkah sempurnanya hidup dia saya kira.


Selepas tamat tempoh pantang, dia kembali bertugas. Banyak ruang utk saya dan dia bersua muka, duduk semeja, makan bersama. Cuma ada satu cerita yang membuatkan saya agak tersentak. Dia seorang ibu tunggal. Lebih dari itu, ibunya mengidap breast cancer. Saya hanya mampu menarik nafas panjang, melepaskan keluhan yang berat.


 Hari berlalu, hubungan kami agak rapat. Dari perbualan biasa beralih kepada isu yang lebih peribadi. Sedikit demi sedikit dia bercerita kisah perit hidupnya pada saya. Suami yang paling dia cintai dan taati telah mempersiakan kesetiaan dan kepercayaannya. Terbongkar rahsia melalui emel, dia yang bijak bertindak cuma perlu meneka password emel suami dengan menggunakan nama anak-anak untuk menggali semua luahan kasih sayang antara suami dan perempuan itu. Luluh hati membaca setiap patah perkataan yang selalunya diucap suami kepadanya, juga digarapkan untuk perempuan itu. Dengan tenang dia berbicara:


“Terketar2 tangan saya membaca setiap emel cinta mereka kak….saya print out semua dan tunjukkan kepada suami…saya soal dia kenapa, apa salah saya…Alasan suami cuma satu, saje nak start a new life with someone else…”


Tak cukup dengan itu, dia, isteri yang tidak berdosa dituduh suami mengganggu privacynya… Waktu itu, dia cuma ada tuhan, airmata  dan kekuatan untuk teruskan hidup.  


Apa yang saya kagumi, selepas insiden itu dia tetap jalankan kewajipan seperti biasa sebagai seorang isteri.. Biarpun, ikutkan keadaan, dia mampu hidup sendiri, dia ada rupa, ada kedudukan, ada harta dan ada pendapatan yang stabil.  Dengan tenang ujarnya lagi:


“Saya masak macam biasa…pernah sekali saya masak masakan yang suami suka, dan saya tunggu dia balik makan sampai tertidur di meja makan..bila suami balik, dia kata dah kenyang, dah makan kat luar, pastinya dengan perempuan itu….lalu saya kemas semua makanan yang dah terhidang sorang-sorang dalam kepenatan menunggu hari untuk melahirkan ...”


Dalam keletihan mengusung perut semasa mengandung zuriat kedua, sempat dia mengatur pertemuan dengan perempuan itu ditemani anak sulung yang masih belum mengerti ape2. Perbualan yang berlangsung tanpa unsur ketegangan, perempuan itu bijak menepis semua kekeliruan dan fitnah dengan baris bicara yang lembut tersusun. Ceritanya pada saya:


“Perempuan itu tidak mengaku dia bercinta dengan suami saya kak…dia kata dia tak pernah ada hati dengan suami, suami saya je yang tergila-gila kan dia….tapi bila saya cek emel2 mereka lepas tu, semua bicara tetap sama, semua ayat-ayat cinta dan sayang masih di situ…”


Satu luahan sayunya yang masih terkesan di hati saya bila dia dengan tenangnya menceritakan:


“Suami dah tegas mahu ceraikan saya, tapi saya merayu pada suami, mintak saya jgn dilepaskan dulu, lagipun masa tu saya cuma tunggu masa untuk melahirkan saje. Saya cadangkan pada suami, temankan saya masa melahirkan, lepas baby keluar, tgk dulu muka baby, then baru buat decision samada nak ceraikan saya atau tidak…”


Bagi saya, ayat-ayat itu terlalu mahal untuk keluar dari mulut seorang isteri yang telah disakiti hatinya….ayat itu tidak harus diucapkan oleh seorang isteri yang baik seperti dia….namun sayangnya, bicara setulus dan seikhlas itu cuma dipandang remeh oleh sang suami. Ketulusan hati seorang isteri tidak pernah dihargai. Dan dia meyambung lagi:


“Suami bersetuju dengan cadangan saya. Suami temankan saya sepanjang masa melahirkan, bila baby selamat dilahirkan, suami mengalirkan air mata. Saya rasa lega dan saya kira itulah airmata keinsafan dari dia. Lepas bersalin, saya berpantang di rumah mertua untuk mengambil hati suami. Selepas tempoh berpantang, saya kembali ke rumah kami. Rupa2 nya suami masih tegas mahu meneruskan niat untuk ceraikan saya. Akhirnya, demi perempuan itu, talak satu dijatuhkan juga ke atas saya dan saya ditinggalkan dengan dua orang anak kecil yang belum mengerti apa-apa.”


Alangkah tulus dan tabahnya hati seorang isteri seperti dia. Pada setiap penceritaan kisah episod bekas suami dan perempuan ketiga itu, tidak sedikit pun terzahir riak dendam dan marah pada patah perkataan yg diucapkan. Suaranya tetap lembut dan halus, tiada nada kasar dan benci. Dia memang seorang isteri yang terlalu sempurna untuk disakiti hatinya, dicalari kesetiaannya.


Sepanjang musim2 terasing dia dengan bekas suami, semua terpaksa diuruskan sorang-sorang, dua anak yang masih kecil dan seorang ibu yang sedang bertarung nyawa melawan kanser. Mujur dia ada maid untuk ringankan beban yang tergalas di bahunya sebagai anak perempuan sulung. Dua adiknya semua lelaki. Sempat saya menziarahi ibunya di wad, dia sorang2 menemani sehingga ibunya menghembuskan nafas terakhir.


Hidup perlu diteruskan. Sehingga dia sudah kering hati dan airmata. Hikmah Allah ada di mana2, selepas hampir 2 tahun berpisah, bekas suami dtg merayu dengan sejuta penyesalan. Menuntut peluang kedua dari dia, isteri yang telah ditinggalkan dengan kealpaan. Dia tegas, mengunci semua pintu dan menutup semua ruang kosong untuk mengukir kehidupan kedua bersama bekas suami. Dia benar-benar terluka, terluka dan terluka.


Namun bekas suami tidak pernah lelah berusaha. Mengirimkan kembali kata-kata cinta yang semua sudah lenyap, mengukir sejuta penyesalan, menghargai setiap pengorbanan isteri yang tidak pernah berdosa, menyedari dia sememangnya isteri yang tidak dapat ditandingi kesempurnaanya. Sewaktu dia dengan sinisnya membaca, mendengar dan menghayati setiap kata-kata dan ayat-ayat indah dari bekas suami, setiap kali itu dia tersentak memikirkan masa depan anak2 yang masih kecil, masih dahagakan kasih sayang seorang ayah. Ketegasan hatinya sedikit terusik, mengundang dilemma antara ego seorang isteri yang pernah dilupakan dan nasib anak-anak yang semakin rapat dengan ayah mereka. Sedikit kebuntuan terpapar pada jiwanya dalam bicaranya pada saya:


 “Kak, ikutkan, hati saya dah kering. Walaupun bekas suami tak penah berkahwin dengan perempuan itu, saya sudah tiada  sekelumit pun perasaan untuk memberi peluang kedua. Cuma saya fikirkan anak-anak yang semakin rapat dengan bekas suami. Anak-anak yang masih kecil itu selalu mahukan saya dan suami jalan bersama mereka, keluar membeli belah bersama, tgk wayang bersama….Saya buat semua tu demi kebahagiaan anak-anak, hanya mereka harta yang saya ada di dunia ni kak….hati saya dah tak ada secalit pun perasaan cinta dan sayang pada dia…”


 Cuma semakin hari, penyesalan di hati bekas suami semakin jelas. Pantang dia dan keluarga dalam kesusahan, bekas suami cepat membantu. Pantang dia suarakan sedikit keinginan, bekas suami sepantas yang mungkin memenuhi. Semua gelagat itu mengundang ketawanya setiap kali dia bercerita kepada saya.


Hampir setahun berlalu, bekas suami benar-benar menzahirkan keinsafan. Dia juga pernah cuba merisik khabar dari teman-teman lelaki bekas suami, jawapan dari mereka juga pasti, bekas suami benar-benar telah berubah corak hidupnya. Benar-benar ingin kembali mengutip sisa-sisa cinta yang bertaburan dan menagih kemaafan dari seorang isteri.


Dalam masa yang sama, saya tahu ramai lelaki yang ingin menemani keseorangannya, dia masih muda, punyai dua orang anak tidak pernah merampas kejelitaan dan kemanisan wajahnya. Memang dia punyai wajah yang cantik dan  bentuk tubuh yang menarik! Saya nasihatkan dia, istikharah jalan terbaik.


Bila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran selama 3 tahun di luar Negara, bekas suami juga berusaha untuk mendapat tawaran yang sama di luar Negara, tempat yang sama. Semasa dia bercerita tentang solat isktikharahnya, katanya dia masih belum rasa ape2. Cuma ceritanya kepada saya:


“Ayah mendesak saya untuk kembali bersatu….kata ayah, bekas suami dengan ikhlas meminta izin untuk hidup bersama saya sekali lagi…kata ayah lagi,  senang hati dia melihat saya dan anak-anak ada org jaga masa kat luar Negara nanti. Saya jawab pada ayah, saya cuma risau, pengalaman perit masa lalu kembali terukir. Ayah nasihatkan saya, perkara yang lepas itu dugaan dan takdir, kita masih punya doa untuk menghadapi masa depan. Kita doakan yang baik2 dengan tuhan…”


Hari berlalu, kekalutan tugas dan kesibukan masing2 menyebabkan saya jarang bersua dengan dia. Semasa dia terbang ke luar Negara, saya juga tiada di bumi Malaysia. Bila semua dah reda, dia titipkan emel kepada saya. Hati saya turut berbunga bila baca khabar tentang dia:


“Ye kak, saya kahwin balik dengan bekas suami. Mulanya nyaris tak jadi tapi itu lah jawapan untuk istikharah saya. Hikmah Allah memang nyata kak, kini dia suami saya yang paling baik. Dia suami yang sama, Allah telah kembalikan dia kepada saya, dan tidak pernah sekalipun saya ungkit perbuatan nya lewat musim keterasingan kami dulu. Alhamdulillah…”


 Selepas dua tahun, saya sempat menziarahinya di luar Negara, dia sedang megandung anak ketiga. Jelas berbeza riak wajahnya semasa mula-mula kami bersua sewaktu dia sedang mengandung anak kedua dulu. Tubuhnya sedikit berisi berbanding dengan dulu. Riak mukanya lebih bercahaya. Dia lebih ceria, bicaranya mesra dan senantiasa ditemani suami yang amat bertanggungjawab, menjaga dan menemaninya serta sama-sama menguruskan anak2. Saya pasti dia benar-benar isteri yang bahagia!


Allah itu maha adil, keadilanNya nyata untuk sesiapa yang boleh melalui takdirNya dengan tenang, sabar dan redha. Dia isteri yang baik, Alhamdulillah, Allah telah kembalikan seorang suami yang ‘baik’ kepadanya. Saya teruja setiap kali terkenang kisah episod suka dukanya. Permulaan yang keruh dan kusut telah berakhir dengan kejernihan. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amiiin.

Nukilan dari sahabatku....membungapulut

SELAMAT TINGGAL 2011


Tahun 2011 akan kita tinggalkan tidak lama lagi...dan kita akan bersua pula dengan tahun baru 2012..Alangkah masa begitu cepat berlalu..Terasa baru semalam kita menghirup dan bernafas ditahun 2011..Alangkah masa begitu pantas menjarah kehidupan kita..ada peristiwa pahit dan manis digarapkan sepanjang 2011..
Apa yang manis itu, apa pula yang pahit itu? Biar apa pun kepahitan atau kemanisan kenangan itu, ia telah dipahatkan didalam memori 2011. Biarlah ia pergi, namun jangan kita lupa...ada pertanyaan yang perlu kita tanyakan pada diri...

BAGAIMANA kita habiskan masa itu?
APA yang kita lakukan dengan waktu itu?
ADAKAH  telah kita ambil ikitibar dari segala perkara?
BILA kita mengambil peluang untuk bersamaNya?
KENAPA ada waktu kita terleka dengan hiburan sementara?



2012 yang bakal tiba seketika nanti..moga ada ruang untuk kita perbetulkan apa yang silap sebelum ini. Moga  2011 yang bakal berlalu member kita seribu inspirasi untuk kita berjuang melakar sebanyak mungkin kejayaan  dan kekayaan untuk dibawa ke negeri abadi...

Biarlah kenagna pahit dan manis yang telah kita lukiskan pada 2011 menjadi iktibar dan ibrah buat diri untuk mencipta sejarah baru ditahun 2012..Moga 2012 bakal mencatat tahun terbaik buat kita...dan Dia memberikan TAUFIK DAN HIDAYAH-NYA unutk bekalan kita mengharung perjuangan meniti kehidupan.

Ya Allah...
Ampunkan dosa kami...
Maafkan segala kesilapam kami..
sama ada yang kami sedari dan tidak kami sedari..
Limpahkan hidayah Mu Ya Allah
Berikanlah kekuatan bagi kami meneruskan perjuangan ini
Rahmatilah kami dengan kekuatan Iman..
Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah dan berkat
Untuk kami manfaatkan kepada agama-MU..
Radhalah dengan setiap apa yang kami lakukan.
Terimalah segala amalan kami...
Moga tahun yang mendatang ini
memberikan beribu kebaikan buat kami...
Ya Allah..
Berilah kebaikan dunia dan kebaikan akhirat untuk kami..
Ameen.. Ya Rabbal Alameen.

Ummu Ieman Ihsan
5.58pm
31. 12. 2011

Friday, December 30, 2011

Kesihatan Yang Pergi

Kenapa Aku Diuji Begini?
Bagi seseorang yang merasa diri sihat sudah pasti apabila mendapat berita ditimpa musibah penyakit pastinya akan terdetik pada diri kenapa aku yang diuji? Sebagai inidividu kita pastinya akan merasa sedih apalagi jika penyakit itu datang saat kita tidak bersedia untuk menghadapinya. Kita merasa begitu tidak adil dengan takdir yang menimpa kita, apatah lagi jika kita merasa diri kita masih muda, kita masih punya upaya, kita masih ingin menikmati dunia. Kita juga akan tertanya kenapa kita menjadi pilihan. Kenapa tidak orang yang tidak menjaga kesihatan, yang mengambil dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Kenapa kita yang begitu prihatin dengan segala yang menerima musibah. Sudah tentu bagi yang sambil lewa menjaga kesihatan diri pastinya tidak kecewa dengan musibah sebagai mana individu yang begitu menjaga segalanya.

Adakah ini saat kematian?
Saat mengetahui kita mengidap dan menderita sakit sudah pasti kita akan bertanya pada diri adakah penyakit ini bakal membawa kita pergi ke dunia abadi? Adakah ini saat kematian untuk kita? Pastinya bagi yang telah putus harapan akan merasa inilah saatnya, tiada lagi harapan, musnah juga segala cita-cita dan impian. Betulkah begitu? Jika begitu kenapa adanya konsep doa dan ikhitar. Maka sebenarnya penyakit itu bukan penentu kematian. Kita lihat ada ramai orang yang sihat walafiat, tiba-tiba kita mendapat berita dia meninggal dunia. Ada orang yang diuji dengan musibah seperti kerosakan alam contohnya banjir, tanah runtuh, kebakaran pun juga menemui ajal tanpa diduga. Oleh itu jika Allah menguji dengan derita kesakitan itu bukan semestinya saat kematian sudah tiba. Ada orang yang menderita sakit bertahun-tahun, terlantar dikatil, terbaring dipangkin namun tetap juga nyawanya tidak diambil Illahi. Oleh itu janganlah ktia berputus harap kepadaNya. Ingatlah ajal maut di tangan yang Esa. Dia yang lebih mengetahui sebab musabab kematian kita. apa yang perlu sediakanlah AMALAN secukpunya untuk bekalan di NEGERI ABADI.
Dipetik dari buku penulis yang bakal terbit; Inspirasi dan Motivasi Kesihatan Diri 

Yang Tersirat disebalik kekayaan

Seorang sahabat saya yang merupakan ahli bisnes melontarkan persoalan untuk diperbincangkan iaitu “Ramai org rasa dia ada masalah kewangan. Seolah2 kalau ada duit semua jadi, masalah pun hilang. Adakah tanggapan ini benar? Jika benar, kenapa ada org yg ada duit RM200juta pun masih ada masalah kewangan?”
Pada hemat saya jika ada 200 juta tapi keinginan 201 juta maka dia memang akan rasa tak ada duit. Pokok pangkalnya balik pada keberkatan ada banyak tp tidak berkat duit akan pergi sprt air lalu, ada sikit tp mencukupi itu h berkat.lagi satu tengok pula kebergantungan pada Allah,ada orang jika duit kurang dah rasa bimbang,padahal hidup kita perlu letak kebergantungan pd Allah 100%.Fokus dan risau duit tiada itu perlu ubah kepada risau AMALAN kita kurang dan tidak diterima olehNya.
Kenapa kita bekerja? Adakah kita bekerja kerana duit atau kita bekerja semata-mata kerana minta atau kita kerja kerana tiada pilihan iaitu bekerja kerana untuk meneruskan kehidupan. Hidup kalau bekerja semata-mata utk mengumpul wang maka kita akan jadi hamba wang..kita lagi akan rasa duit memang tidak cukup apalagi jika imbuhan yg diperoleh itu sedikit. Sama juga individu risau dengan duit segala macam insurance perlindungan diri di ambil kerana takut hidup nanti tiada jaminan
Sepatutnya jaminan hidup bukan kerana duit yang banyak. Hari ini carilah jaminan dengan Allah. Bagaimana caranya? Iaitu jadikan duit tu sebagai wasilah untuk mencapai matlamat yang syarie atau ‘mardhaatillah’. Kejayaan manusia dan jin terletak dalam agama. Ini bermaksud sejauh mana kita taat perintah Allah dan mengikuti sunnah Rasulullah maka sejauh itulah kejayaan kita. 
Realiti dan kefahaman sebenar tentang kejayaan bukanlah pada harta. Lihatlah betapa sejarah telah membuktikan dimana Qarun binasa dengan hartanya, kejayaan juga tiada pada pangkat kerana Haman sendiri binasa bersama pangkatnya. Ia juga tidak pada miliki kerajaan, lihat sendiri Firaun binasa dengan kerajaannya. Pun kejayaan tidak pada teknologi, kerana Kaum Aad dan Thamud sudah binasa walaupun punyai teknologi tinggi. Banyak sudah ibrah yang ada dalam Al Quran yang kita boleh perhati dan ambilnya sebagai iktibar dalam mencorakkan kekayaan atau juga kejayaan.

Thursday, December 29, 2011

Meneladani Sifat Terpuji Rasulullah

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus. Sodaqoh Jariah - Kebajikan yang tak berakhir...semoga bermanfaat..Aamiin ya Allah.


Dipetik dari Nasihat Muslimah

Wednesday, December 28, 2011

Biarlah Tiada rahsia Antara Kita

Setiap perhubungan pastinya perlu ada komunikasi dua hala supaya tidak timbul sesuatu perkara yang dipendam. Kita perlu berhemah dalam menyuarakan perasaan agar tidak timbul persengketaan atau rasa tidak puas hati sesama sendiri. kebiasaan yang kita alami pasangan/individu/sahabat/rakan susah untuk menerima segala luahan, pandangan atau juga nasihat. Adakala semua yang dilontarkan menimbul rasa curiga dihati lantas memberi impak kepada hubungan. Kenapa demikian? Kerana....
apa yang dipendam tidak diluahkan...
yang diluahkan tidak didengari...
yang didengari tidak difahami..
yang difahami tidak dilaksana...
yang dilaksana tidak disempurnakan..
yang tidak disempurnakan kerana tidak sepenuh hati...


Apapun keadaannya maka..luahkanlah denga cara yang kreatif...jika pasangan tidak mahu mendengarkan kata-kata yang ingin disuara maka kita boleh menulis, banyak media yang boleh disalurkan...
Dalam hal berkait komunikasi biarlah tiada rahsia atau isu yang terpendam hingga akhirnya bom masa meletus ia menjadi sengketa sesama sendiri. Bagi diri penulis...tiada apa yang rahsia..contoh pasangan boleh membuka Facebook, telefon, kad akaun bank...dan segala-galanya tiada rahsia..kerana penulis percaya jika kita boleh mempercayai pasangan dan tiada perkara yang ingin disorokkan itu adalah lebih baik dalam rumahtangga kerana kita akan dapat memupuk kasih sayang tanpa ada rasa curiga satu sama lain.

Tangan Kanan Memberi Tangan Kiri Tidak Tahu

Setiap insan sudah pasti ingin dipuji....betulkah begitu? Jawapan saya..mungkin..tapi tidak semua orang suka dipuji. Prinsip saya dari dulu baik kita dipuji atau dihina kedua-dua itu tidak memberi bekas kepada diri kerana apa yang perlu adalah penerimaan Allah secara total atas segala yang kita ingin lakukan.

Berkait dengan hal di atas...setiap insan digalakkan untuk sentiasa memberi atau juga bersedekah. Namun kita lihat hari ini, berapa ramai dikalangan kita yang memberi tetapi disebalik pemberian itu mereka ingin orang lain tahu, mereka memberi tetapi pemberian itu ingin supaya umum menyedari...mungkin dari satu sudut pemasaran ianya bagus..namun pada hemat penulis memberi itu perlu dengan konsep "Tangan Kanan Memberi Tangan Kiri Tidak Tahu". 


Kita sedia maklum bahawa bersedekah itu besar pahalanya, namun jika disebaliknya ada sifat untuk menunjuk-nunjuk...rasanya sia-sialah pemberian kita. inilah yang Allah sebut dalam Al-Quran dengan menggunakan perkataan : "Al-Mukhlisin" iaitu orang-orang yang ikhlas. Konsep ikhlas ini ada saya utarakan dalam buku saya 3i Iman Islam Ihsan; Formula Kejayaan hakiki dan Abadi.

Ikhlas itu sebutnya mudah, namun untuk mempraktikkannya susah. Maka nilailah semula hati kita kerana menyebut tentang keikhlasan ia adalah antara hamba dan Tuhannya. marilah kita memulakan suatu oerubahan iaitu apabila memberi biarpunsedikit namun biarlah ianya dengan tujuan yang IKHLAS. Moga dengan pemberian yang ikhlas tanpa rasa ingin kan pujian atau pengiktirafan maka Allah akan menggandakan pahala untuk kita.

Sekadar ingatan buat diri yang sering alpa....

Monday, December 26, 2011

ALUMNI DAN CABARAN

Melakukan sesuatu perkara yang tiada kepentingan diri atau kerana kepentingan peribadi atau duit ringgit sebenarnya memerlukan komitmen yang tinggi. Ini kerana kebanyakan individu yang melibatkan diri dalam aktiviti dakwah atau NGO perlu memberikan segala bentuk pengorbanan tanpa mengharapkan apa-apa bayaran. banyak persatuan atau badan-badan kebajikan yang gagal kerana tiada komitmen ikhlas dari ahli-ahli. Selain itu persefahaman atau kesepaduan antara ahli dan ketua juga satu perkara yang boleh mengekalkan sesuatu badan itu untuk melakukan pelbagai aktiviti bagi manfaat bersama. Cabaran besar seperti kewangan adalah salah satu punca sesuaut persatuan itu berkubur kerana tanpa kewangan amat payah sesuatu badan itu bergerak atau melaksankan aktiviti atau program. Di sinilah pentingnya kerjasama ahli dalam menyalurkan dana atau kreativit dan usaha yang berterusan serta pengurusan kewangan yang cekap. Satu perkara yang bagi diri penulis dalam melibatkan diri dalam aktiviti Alumni adalah  perlunya ahli atau AJK yang mempunyai fikrah yang sama serta boleh bertoleransi antara satu sama lain. Jika toleransi serta kesefahaman tiada usahkan persatuan bahkan rumahtangga juga boleh goyah. Oleh itu bagi individu yang baru menapak atau ingin teribat dalam apa sahaja bentuk persatuan adalah keikhlasan  berkorban masa.tenaga,idea, wang ringgit tanpa mengharapkan ganjaran dan pujian adalah kunci kepada kejayaan untuk istiqamahdalam perjuangan.

Friday, December 23, 2011

Dia yang pergi bersama cita-cita yang terpendam

Hari ini Jumaat 23 dec 2011 bersamaan 27 Muharaam 1433 Hijrah . Dari tadi suasana mendung, ternyata seketika kemudian hujan turun mencurah. Melihat dari cermin pejabat titisan hujan yang mencurah turun itu mengingatkan saya kepada peristiwa silam. Peristiwa ini muncul apabila diari fikiran mengingatkan tulisan rakan baik diFB bahawa ayahnya baru sahaja disahkan barah hati. Sungguh hati ini begitu syahdu sekali rasanya bila hujan diluar dan hujan dihati ini bersatu. Siapa sahaja yang menerima perkhabaran sakit pasti akan terasa takut kehilangan orang yang tersayang. Apalagi merasa terbeban dengan derita yang hadapi oleh pesakit menambahkan kesakitan dalaman.


Penulis pernah kehilangan ayah tersayang kerana sakit kronik sewaktu usia lapan tahun. Ternyata usia lapan tahun dianggap sebagai belum matang. Mungkin ramai yang berkata seusia kecil pasti banyak perkara telah terlupa. Namun tidak bagi penulis, banyak perkara yang dikongsi bersama arwah ayah masih kekal terpendam didalam fikiran dan jauh didalam sanubari telah terpaku segala cita-cita dan impian yang ingin direalisasikan. 


Insan tersohor iaitu Badiuzzaman Said Nursi menyebut: "Orang yang baik mempunyai pandangan yang baik dan berfikir perkara yang baik. Mereka yang berfikir perkara yang baik dapat merasa kenikmatan hidup".

Tipah Tertipu atau Tipah Menipu

Perkataan 'Tipah Tertipu' seringkali kita jadikan ia sebagai bahan lawak jenaka apabila ada kawan-kawan yang terkena atau ditipu oleh seseorang. Bagaimana panggilan ini menjadi begitu sinonim dan popular kerana ia merupakan tajuk lagu dan liriknya juga mengenai seorang wanita yang tertipu.Di bawah ini adalah liriknya:


Tipah tertipu tertipu tipu tetipah
Tipah tertipu tertipu tipu tetipah
Tipah tertipu tertipu tipu tetipah
Tipah tertipu lagi

Bila berkata tentang tipah tertipu lagi
Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri
Yang tahu menilai sesuatu yang baik, buruk dan rugi
cinta datang dan pergi jangan tergadai diri
Kau harus tahu dan kau harus fikir ha
Ini permainan bukan boleh diduga
C.A.T.A.K.A. pria pujangga pucuk kasam menggegarkan telinga
Azan mulakannya;

Kisah tipah ini satu pengajaran;
yang buat kita fikir, oh oh oh oh oh;
mulanya seperti kain yang suci;
tapi dicemari dunia keji;

Senang percaya si Jeffri; dia ditipu lelaki
Senang pula ubah hati;kerna dikikir emosi
Menipu sana sini; tanggung-tanggunglah sendiri
Bila problem dah menggunung,
Tak ade yang dapat tolong;
Tipah tertipu tertipu tipu tetipah , Tipah tertipu tertipu tipu tetipah Tipah tertipu tertipu tipu tetipah ,
Tipah tertipu lagi

Selepas tertipu, dia yang menipu;
dan tipu.. sudah jadi hati dgn diri
Tipu dah tetipah, kerana selesa; dengan gaya hidupnya yang liar;
Ulang ulang
Bila makin terdesak, tertipu, menipu;
Menangis seorang diri, mengenang nasib;
Yang rugi, tak suci;
dan lagi dan kini masa untuk kebenaran; muncul kembali

Kau sedar taktik kau dah lari, kau bersilih ganti;
Sampai bila pun kau tak cukup; dan tak mudah berhenti;
Apa nak dicari, serta menjadi-jadi; kerna,
kernamu mudah dijual, mudah dibeli tepi;

kenapa ni ;menangisi ,derita ditanggung sendiri;
apa dicari, mengapa kau salahkan Ali?
bangun sendiri, tak kira malam pagi;
Jangan tangisi derita yang kau cari sendiri;
I'm just the best, dada..
I¡¯m the best papa; baru hilang semua;
papa sama saja,ikut penangan jiwa sendiri kan bertanya
Bila masa cinta berputik dipinggirian dia;

Hello, bolehku tanya, siapa nama;
oh Tipah, pernahku dengar tapi di mana ya;
mungkinkah dari teman-temanku;
kaulah gadis itu; yang selalu ditipu, engkaulah tipah tertipu;
Tipah tertipu tertipu tipu tetipah , Tipah tertipu tertipu tipu tetipah Tipah tertipu tertipu tipu tetipah , Tipah tertipu lagi

Tipah tertipu tertipu; aku tak tahu tak tahu;
aku tak dapat nak bantu; tipah tertipu;

Tipah, selamat hari jadi.. kau sudah kena;
kena tipu lagi; takde sape yang boleh tolong
melainkan tuan punya body 


Banyak mesej dari lirik ini sebenarnya...saya sendiri bukanlah peminat lagu ini. Saya berharap mana-mana sahabat atau sesiapa sahaja yang tertipu perlu belajar dari kesilapan.
Itu tentang kisah Tipah tertipu..
Tapi dunia hari ni juga melihat betapa tidak disangka..
Apa yang tidak disangka? 
Tipah bukan sekadar tertipu tetapi..Tipah juga pandai menipu
Apa? TIPAH MENIPU?

Kita kesian kerana sebelum ini Tipah Tertipu..tapi malangnya Tipah juga Menipu..
Insaflah Tipah, jika sebelum ini kita tertipu sepatutnya jangan sekali kita menipu kerana mengambil iktibar dari kisah kita itu..
Apa nak dikata..
manusia memang mudah lupa..
Apapun buat Tipah..
Allah melihat dan menghitung segala yang kita lakukan..
Moga Tipah Tertipu dan Tipah Menipu diberi hidayat oleh-Nya.

Thursday, December 22, 2011

APA YANG KITA MILIKI

Apa yang kita miliki
Hakikatnya bukan milik kita

Apa yang kita miliki
Hakikatnya sekadar pinjaman cuma

Apa yang kita miliki
Hakikatnya hanyalah untuk merasa

Apa yang kita miliki
Hakikatnya adalah sebagai ujian

Apa yang kita miliki
Hakikatnya untuk menilai kesyukuran 

Apa yang kita miliki
Hakikatnya adalah milikan sementara 

Apa yang kita miliki
Hakikatnya sekadar peringatan untuk diri
Bahawa apa yang kita miliki
Esok hari boleh sekelip mata pergi 
Jika Dia yang Maha Kuasa ingin begitu

Apa yang kita miliki hari ini 
Bukan untuk dibawa ke dunia abadi
Oleh itu waspadalah diri...
Apabila engkau menghitung segala yang dimiliki

Ingatlah..
Kerana semua itu milikan sementara yang dipinjamkan
maka..
Jangan angkuh dan sombong dengan apa yang dimiliki
maka..
Berilah pada yang hak atas apa yang dimiliki itu
moga..
Apa yang dimiliki itu menjadi perantara untuk syurga nan abadi...
Ameen...

Wednesday, December 21, 2011

Itulah Hakikatnya...

Sudah dua hari demam ini belum kebah, mungkin kerana tekanan kerja atau berjabgkit dengan anak-anak. Hari ini adalah hari bersejarah buat Anis najwa yang bakal mendapatkan keputusan peperiksaan PMRnya. Sebagai ibu walau diri tidak sihat namun terpaksa memnguatkan diri untuk memandu ke sekolah yang jaraknya lebih 100km dari rumah. Dari semalam saya berdoa diberi kekuatan untuk bersamanya mengambil keputusan tersebut, walaupun badan memang seperti tidak berdaya. saya sekadar ingin membernya kekuatan untuk menerima segala ketentuan sama ada beroleh cemerlang atau biasa-biasa.

Sepanjang perjalanan saya sekadar menghayati perjalanan itu dengan mendengar dan mengikuti pembacaan beberapa surah dari LCD al-Quran yang dialunkan. Hinngalah hampir sampai ke sekolah maka saya katakan kepada Anis ; "Dapat 9A atau tidak itu bukan penting lagi. yang penting selepas ini apa strategi atau matlamat yang ingin dikaji dan diaplikasi"
Namun Anis menyangkal dengan berkata "Tak boleh Ummi, kakak perlu dapat 9A jika ingin mengambil aliran Sains Agama. kakak tidak mahu meninggalkan belajar bahasa Arab."

Terkejut mendengar penerangan itu, saya menjawab: "Jika begitu doalhak epada Allah moga nioat kita ingin mengambil Bahasa Arab itu kerana Dia. Kita bukan ingin menunjukka kita hebat tapi kita ingin mendalami agama kerana Bhasa Arab itu bahasa syurga. Bahasa Arab itu membolehkan kita memahami banyak lagi ilmu.

Anis menjawab : " Ia Ummi, kakak ingin belajar bahasa Arab, sayang nak tinggal"

"Apalagi yang boleh kita lakukan kerana saat ini kita hanya perlu mendapatkan jawapannya sahaja, ikhtiar kita disaat akhir ini bernazar je sebab doa pun sudah, sama ada kakak puasa atau nanti kita bagi sedekah pada masjid yang ada disepanjang jalan itu jika Allah izin kakak dapat 9A."Aku memberikan semangat kepada Anis najwa.

Debaran Makin Kemuncak


Sampai di sekolah keputusan belum dapat diketahui,  kami perlu menunggu selama setengah jam lagi. mata saya seperti begitu penat kerana demam. Supaya masa terisi saya membaza buku ' Manhaj Aqidah Imam Syafie' untuk mengisi masa. Manakala Anis begitu berkecamuk perasaannya yang takut tidak dapat 9A. Tak lama kemudian guru Pen Kanan 1 tampil bersama keputusan. Beliau memberikan ucapan ringkas lalu membacakan keputusan di mana hanya pelajar yang memperoleh 9A dipanggil ke hadapan. Ternyata akhrinya nama ANIS NAJWA dipanggil. Syukur dan alhamdulillah..dapat juga Anis mengengam keptusan yang diidamkan.

Hakikat Sebuah Kejayaan


Sebagai ibu sudah pasti saya bangga dan gembira dengan kejayaan itu, namun hakikatnya saya lebih risau dengan masa hadapan yang sudah tentu masih banyak lagi perlu dihadapi. Masih banyak lagi ranjau dan liku yang perlu ditempoh dalam meniti kejayaan dalam hidup. Oleh itu perasaan keterujaan itu hanya sekejap sahaja, kerana rasa bimbang bagaimana corak kehidupan, bagaimana anak menjaga maruah dirinya, bagaiman anak mencorakkan kejayaan pada masa akan datang, bagaimana anak mengekalkan cara hidup Islamnya
Bagaimana anak menjaga imanya dan pelbagai lagi persoalan yang lebih penting dalam hidup sperti akhlak, agama yang bakal dibawa ke negeri abadi.

Maka inilah pesanan ibu buat seorang anak.
Kejayaan hari ini sekadar menjadi perintis buat kejayaan yang seterusnya. Namun erti kejayaan itu sangat subjektif.  Oleh itu biarlah kita berjaya membawa dua KEJAYAAN....iaitu..
KEJAYAAN DUNIA DAN KEJAYAAN AKHIRAT sebagaimana doa yang sering kita bacakan..

Tuesday, December 20, 2011

Benci, Membenci & Dibenci

Ada tiga kategori perkataan yang sering kita dengar iaitu BENCI, MEMBENCI DAN DIBENCI. Tiga bentuk patah perkataan ini mempunyai gaya sebutan yang hampir sama tetapi maknanya amat berbeza.

Agak-agak manakah yang paling kita banyak mendapatkan?
Adakah hidup kita seringkali dibelenggu dengan perkataan ini?
Apakah perasaan yang kita bawa bersama saat menghadapi situasi ketiganya itu?
Adakah kita berjaya menangkis perkataan itu atau perkataan itu menjadi ratib kepada kehidupan kita sehari-hari?
Bagaimana menghadapi dan menanganinya.

Banyak lagi persoalan yang berkait dengan Benci, Membenci & Dibenci. Seseorang yang seringi menutur perkataan benci itu, benci ini, benci dia, benci kamu...benci segala-gala maka ternyata dia berada dalam keadaan yang tidak bahagia. Kenapa demiikian? Kerana benci itu sifatnya negatif jika disalurkan kepada perkara yang salah. Namun benci itu boleh menjadi sesuatu yang baik sekiranya kita benci perkara maksiat, benci kepada hiburan, benci kepada perkara lagha atau benci dengan sikap mazmumah. Maka mari kita memilih benci yang positif supaya kita boleh manfaat darinya.

Menyebut pula perkataan membenci, seringkali kita sendiri mudah menyebut kata-kata "aku amat membenci dia kerana....perlakuannya, sikapnya, gayanya, caranya, wajahnya atau apa sahaja sebab yang membawa kepada kita membenci itu selalunya menyebabkan kita merasa hati begitu sakit, perasaan kita akan tertekan, jiwa kita akan merana, badan kita akan lesu dek kerana kita MEMBENCI. Inilah yang dikatakan sebagai nafsu Ammarah.

Membenci seseorang kerana dirinya bukanlah boleh menyelesaikan segala permasalahan. Sebagai contoh seorang isteri amat membenci suaminya kerana curang kepadanya, seorang anak membenci ibunya kerana merasakan ibunya tidak menyanyangi dirinya, seorang rakan membenci sahabatnya kerana irihati, seorang pekerja membenci majikannya kerana kerana sikap barannya, seorang pembeli membenci penjual kerana tidak berpuas hati dengan layanan, seorang pemandu membenci pemandu disebelahnya kerana membawa kenderaan dengan laju. Pendek kata ada begitu banyak perkara dan kes yang membawa kepada perasaan benci.

Namun membenci itu tiada penyelesaianya jika kita sekadar mengungkap AKU MEMBENCI MU KERANA ENGKAU TELAH MELUKAKAN HATIKU, AKU MEMBENCIMU KERANA ENGKAU SEMEMANGNYA BERSIKAP KURANG AJAR...atau apa sahaja ungkapan. Paling baik yang boleh kita lakukan untuk meredakan perasaan kebencian itu walaupun merasa diri kita BETUL adalah dengan memberi maaf kepada orang yang kita BENCI.

Bercakap dan menyuruh serta mengajak memang senang tapi melakukanya amat payah. Betul begitu, namun percayalah saat kita membenci seseorang dan kita memberinya kemaafan walaupun hati kita begitu sakit dek perbuatan, kita sebeanrnya telah beroleh kemenangan. Memberi maaf itu secara tersiratnya boleh menarik aura positif seseorang itu untuk berubah. Memberi kemaafan itu meredakan hati dan perasaan ktia yang sakit. Percayalah dengan kemaafan yang betul-betul ikhlas, lambat atau cepat akan dapat melebutkan hati yang keras.

Sering kita katakan perkara yang benar itu pahit untuk diterima, terutamanya bila kita mengetahui KITA DIBENCI. Jika ktia boleh benci dan membenci maka tidak mustahil kitaj uga boleh DIBENCI.Jika ini yang berlaku, maka bagaimana menangani perasaan seseorang yang membneci diri kita dan kita secara langsung menjadi insan yang dibenci. Jawapnya mudah, carilah sebab kenapa dengan muhasabah diri. Biarpun tidak ketemu jawapannya, buatlah perkara kebaikan kepada orang yang membenci kita. Jika kita telah memberi yang terbaik maka masih juga dia membenci kita baik atas dasar irihati atau memang dia tidak menyukai kita atas apa sahaja sebab.. maka tidak mengapa...Serahlah semua itu kepada Allah.

Ingatlah..JIKA MANUSIA MEMBENCI KITA TIDAK MENGAPA, JANGAN ALLAH MEMBENCI KITA. 

Kenapa Perlu Curang Siri 2

Menyingkap kenapa perlu curang? Pasti ramai akan menjawab kerana mereka tidak bahagia dengan pasangan yang sedia ada.
Maka sekali lagi saya tanya, apa itu BAHAGIA?

Memang jawapanya juga amat subjektif apabila memperkatakan tetang bahagia. Bahagia pada pandangan kerdil saya bukan kerana kita memiliki harta menimbun dan duit berjuta. Bahagia bukan kerana miliki kereta mewah menjalar. Bahagia bukan kerana rupa paras yang cantik jelita. Bahagia bukan kerana pangkat dan darjat yang hebat. Bahagia bukan kerana memiliki sahabat keliling pinggang. Bahagia bukan kerana dipuja dan dirai. Bahagia bukan kerana kita punya segala dan mampu menakluk dunia.

Bahagia adalah ketenangan diri yang dicapai oleh insan saat menerima perkara baik atau buruk. Diberi keseronokan dia bersyukur, diuji dengan dugaan dia juga bersyukur. Bahagiai tu adalah perasaan ketenangan yang diberi Allah dalam apa jua situasi. Bahagia adalah mampu berlapang dada dalam segala keadaan.

Bahagia itu dipandu oleh Iman dan Amal serta keikhlasan diri dalam mengerjakan tanggungjawab dan melalui ujian kehidupan dengan pasrah. Bahagia tidak akan membuntukan fikiran mencari solusi. Bahagia menjadi pendokong kepada segala kejayaan yang diimpikan.

Kesimpulannya BAHAGIA dipacu oleh lafaz syahadah dengan berpaksikan RUKUN IMAN DAN RUKIN ISLAM.
Bagi yang tercari-cari nikmat BAHAGIA maka telusurilah ia dengan MUHASABAH, MUAAQABAH, MURAJAAH dan ISTIQAMAH.
Wallhuaalam.

Monday, December 19, 2011

Cerpen : Aku, Dia dan Kucing


Seperti biasa aku melalui jalan di tepi bangunan itu untuk pergi ke kedai photocopy di seberang jalan. Sewaktu sampai di sebuah kedai bengkel kereta kedengaran bunyi anak kucing mengeow tidak berhenti. Aku mencari suara yang silih berganti dan padu bunyinya itu. Alangkah terkejut melihat tiga ekor kucing bersama ibuya dikurung di dalam sebuah sangkar. Melihat aku menghampiri sangkar semakin kuat suara-suaru itu berbunyi.  Tanganku terus menghulur jejari menerusi jaring sangkar mengelus-ngelus bulu-bulu si anak yang begitu comel dan manja. Semuanya berebut untuk dibelai. Si ibu mengeow nyaring memohon simpati. Perasaan belasku tidak tertahan melihat si kucing sekeluarga.


“Puan, kalau mahu ambillah. Tuannya bagi dengan sangkar sekali” Ujar pekerja bengkel tersebut yang mana aku sudah biasa melihatnya.
“Saya memang suka kucing, tapi masalah juga... nantilah saya tanyakan suami terlebih dahulu” Jawabku tidak mampu memberika jawapan yang lebih jelas.


Aku berlalu untuk meneruskan perjalanan. Selesai tugasan di kedai photocopy aku melalui jalan yang sama. Melihat aku, si kucing seakan seperti tahu bahawa hatiku sudah terpikat dengan mereka, tidak berhenti mereka mengeow seakan merayu aku membawanya pulang. Melihat aku bermain-main dengan kucing itu lantas pekerja tadi berkata:
“Puan, ambik la kucing ni semua, kucing ni memang jinak. Dia tahu tempat buang najis dan manja.”
“Kalau begitu kenapa mereka di kurung?” Tanyaku ingin kepastian
“Saya kurung sebab takut anak-anak tu lari. Takut hilang, susah nak ditangkap anak-anak kucing ni” Jawabnya
“Kucing ni milik siapa?”Tanyaku
“Kucing ni milik kawan saya yang berpindah, dia dah ada banyak kucing. Jadi masalah nak pelihara semua. Kalau Puan berminat ambik la saya bagi percuma. Jika tidak saya kena hantar mereka semua ni ke tempat perlindungan haiwan” Jawabnya menjelaskan.
“Macam ni la, saya balik ofis nanti saya tanya pendapat suami dulu, jika dia benarkan saya ambik kucing ni” Jawabku memberikan harapan.
Sesampai di ofis, aku tanpa berlengah menceritakan kepada suami. Suamiku bertanya: “Macam mana awak nak pelihara kucing ni, awak tahu jiran kita pantang ada kucing”
“Tiga tahun lepas kita dah bagi kucing yang saya beli ratusan ringgit semata-mata kerana dia tidak suka kucing. Padahal kucing parsi tu lalu je depan rumah dia. Selepas kita tiada kucing, perangai dia tak juga berubah. Ini bukan pasal kita ada kucing. Ini masalah dengan sikap dia. Masa kita tak bela kucing, banyak kucing liar yang kencing merata di dalam kawasan rumah kita. Ada kita menyumpah seranah kucing tu? Tak adakan? Dah namanya pun kucing, kucing tu haiwan”. Jelasku pada suami.

Aku dan Kucing

Suamiku sudah lama mengetahui bahawa minatku pada kucing memang tidak boleh dibendung lagi. Apa tidaknya seusia kecil aku sudah biasa ada haiwan peliharaan. Masihku ingat, sewaktu usiaku empat tahun ayah membawa pulang seekor anak kucing yang cantik. Dek kerana warnanya yang putih melepak aku namakannya sebagai Putih. Putih membesar seiring dengan usiaku. Menjadi anak bongsu dalam keluarga, Putih adalah peneman sunyi dan kawan bermain. Lama kami bela dia sehingga Putih meningkat usia. Ia meninggal kerana di patuk haiwan berbisa saat aku berada di menara gading. Sungguh banyak kenangan aku bersama Putih.
Selepas berkahwin, suamiku mengetahui aku tidak betah tanpa haiwan peliharaan maka dibawa pulang seekor kucing parsi pemberian tuan rumah tempat dia mengajar mengaji Al-Quran. Kucing kali ini diberi nama Eeow. Usianya sama kelahiran dengan anak ke dua ku Sofia. Eeow bukan kucing yang suka bermanja, sifat kejantanannya menyebakan ia susah untuk didekati. Namun hanya aku dan Bibik (pembantu) kami sahaja yang boleh bermain dan bergurau denganya. Hebatnya Eeow kerana sangnt setia. Ke mana aku pergi ia akan setia menanti. Ibu dan pembantu rumahku sering menceritakan, setiap kali aku keluar negara jika sesampainya aku di KLIA Eeow tidak akan berhenti mengeow dan akan terpacak di atas tembok pagar menunggu kepulanganku.
Namun ternyata apa yang kita sayang, itulah yang Allah ambil dari kita. Saat aku pulang dari kerja, Eeow tiba-tiba masuk kebawah kereta, aku tidak perasan tayar keretaku mengilis badan Eeow. Menyedari aku seperti melanggar sesuatu terus aku turun dari kereta. MasyaAllah aku telah terlanggar Eeow tanpa sengaja. Saat aku ingin mendekati Eeow lari menjauhkan diri. Rasa bersalahku Allah sahaja yang tahu. Puas aku mencari sekeliling, namun kelibatnya tiada. Kata ibuku, Eeow mungkin lari kerana sakit, aku ingin membawanya ke hospital. Puas memanggil Eeow tidak menyahut. Esoknya aku mencari hingga segenap rumah jiran. Sedang mencari aku ternampak badan Eeow yang kaku didalam pagar jiran yang tidak berpenghuni. Airmata deras mengalir. Allah sahaja yang tahu perasaan kehilangan dan sesalan yang aku alami. Bertahun masa untuk aku menghilangkan rasa bersalah itu. Kata suami itu memang ajal Eeow kerana biasanya bila tahu tuannya pulang dia tidak akan berada disisi kereta.

Tidak sampai setahun aku tidak dapat membendung perasaan perlukan binatang peliharaan. Hamster yang dibela pemberian sahabat tidak dapat menggantikan manja si kucing. Sewaktu berjalan-jalan menyusuri kedai aku singgah di sebuah kedai haiwan. Terlihat seekor kucing yang cantik aku terus membeli biarpun harganya bernilai RM600. Mungkin bagi yang tidak berminat dengan binatang mengatakan aku membazirkan duit, atau mungkin ,mengatakan baik lagi beli sebuah beg tangan. Tapi itulah aku, untuk haiwan peliharaan aku sanggup berhabis.


Bertahun kubela kucing yang diberi nama Junior. Dari kecil hingga dia membesar. Namun ternyata tanpa aku duga, jiranku seperti tidak suka walaupun kucing itu dikurung di dalam rumah. Hinggalah suatu hari dia mengatakan Junior membuang najis didalam pagar rumahnya. Habis ayat disumpah seranahnya aku. Tidak aku jawab walau sepatah. Kakak dan abang ipar yang kebetulan datang juga seperti terpaku mendengar segala ayat yang dimuntahkan kepadaku. Pelik juga aku, Junior buang air ditandas rumah kami, mana mungkin seekor kucing Parsi yang menghabiskan masa di dalam rumah sepanjang masa membuang najis di rumah jiran sebelah. Tidak mahu berdosa kerana menyusahkan jiran maka pada hari itu aku memberikan Junior kepada abang dan kakak untuk dibawa balik ke kampong. Kesedihan tidak payah untuk dikata, hanya yang berkongsi perasaan yang sama boleh memahami perasaanku saat itu.

Tiga tahun masa berlalu, ku pendam perasaan ingin memelihara kucing dengan memelihara ikan. Segenap ceruk rumahku dipenuhi akurium kecil dan besar. Diluar rumah begitu juga. Awal tahun lepas aku mula membela arnab. Hatiku ceria apalagi anak-anak dengan segala macam haiwan peliharaan. Bukan kami sahaja, anak-anak buah dan cucu sedara serta saudara yang tinggal berhampiran menjadikan rumahku tempat anak-anak mereka bersukaria kerana ada pelbagai haiwan peliharaan menjadi permainan.





Fiffy Sebahagian Keluarga Kami

Ternyata kucing yang dibuang tuannya ini menjadikan aku dalam dilemma. Petangnya setelah puas berfikir dan membuat timbang-tara maka Fiffy dan anak-anaknya kubawa pulang atas kebenaran suami. Bagi mengelakkan jiranku mengetahui adanya kucing di rumah kami, Fiffy dan anak-anaknya di letakkan ditepi pagar berhampiran tanah kosong sebelah rumah kami.
Biarpun di letakkan di sebelah pagar yang tidak mengadap rumahnya. Jiran ku tetap dapat menghidu kedatang Fiffy dan anak-anaknya. Namun kerana aku tidak menganggu dia maka aku tidak peduli dengan segala makian dan rungutannya. Ini kerana kucing-kucing itu aku sediakan pasir yang khas untu mereka membuang najis. Manakala anak-anaknya dilepaskan sekali sekala sehaja dengan pantauanku.
Anak Fiffy memang pantang dapat keluar dari kurungan. Mereka berlari, kejar mengejar. Memang seronok melihat keletah mereka. Namun kerana risau dengan kerenah jiran, aku mebuat keputusan dua ekor darinya yang ku namakan Kaka dan Koko dihantar kerumah mertuaku di kampong. Yang tinggal hanya Kiki dan Fiffy. Hari pertama memang Fiffy sedih dengan kehilangan anaknya. Namun aku percaya ibu mertua akan menjaganya dengan baik sementelah dia sendiri mempunyai beberapa ekor kucing. Namun bukan rezeki kami, dek kerana kucing yang cantik dan cerdik ada pula jiran merayu meminta kucing tersebut, maka bapa mertua memberikan kepada jirannya. Kecewa sungguh aku tapi apa nak kata, anakku lebih lagi kesedihannya kerana mereka sudah rasi bermain bersama.
Masa berlalu pantas dan Kiki membesar menjadi kucing yang begitu aktif, setiap hari cicak menjadi mangsanya. Manakala burung yang sering singgah makan ditepi pagar juga tidak lagi singgah makan dek kerana sering dikejar Kiki. Fiffy pula mengandung lagi hasil perkahwianan dengan kucing parsi jalanan. menerima ahli kucing baru membuat aku begitu terkejut tak kala melihat dua ekor kucing comel diletakkan didepan pintu rumah. Rupanya sudah dua minggu Fiffy beranak. Dia ingin memastikan anaknya itu selamat maka anak itu ingin diletakan di anujng atas balcony rumah. Anak-anaknya seekor belang ku namakan Niki dan seekor berwarna hitam ku namakan Black. Gembira menerima kedatangan anak-anak kucing yang baru bukan semata pada anak-anak tapi tempiasnya pada anak-anak buah dan cucu-cucu saudara. Boleh dikatakan mereka berkunjung semata-mata ingin menumpang kasih bermain dengan haiwan peliharaan dari ikan, kura-kura, arnab dan juga kucing.
Kiki yang menerima kehadiran adik-adiknya sangat suka menyakat mereka, adik-adiknyai tu sering digomolnya. Fiffy sekadar melihat keletah anak-anaknya. Sepanjang memelihara kucing, aku melihat, memerhati dan mempelajari bahawa kucing ini sifatnya sangat penyanyang kepada anak-anaknya. Sikpa ibu kucing memang begitu protektif pada si anak. Aku pula tidak mahu mengurung mereka kerana inginkan mereka bebas. Semakin membesar Niki dan Black semakin gebu bulu-bulu mereka. Ternyata ada mata-mata yang cemburu.
Pada satu hari seperti biasa ingin memberikan makanan kepada haiwan peliharaan aku tercari-cari Black yang merupakan kucing yang paling gebu. Paling pelik Fiffy mengeow tidak berhenti. Segenap ceruk rumah dicari anaknya. Rupanya bukan aku sahaja yang tercari-cari si Black. Fiffy juga begitu. Kesiannya dengan Fiffy. Kata ibuku inilah sifat kucing. Itu sebab perumpamaan menyebut “bagai kucing jatuh anak”. 

Kehilangan
Hari aku kehilangan Black kebetulan ibu dan kak Long dating berkunjung ke rumah kami. Kesedihan itu dikongsi oleh semua. Dua orang anakku yang baru pulang dari asrama juga begitu hampa bila diberitahu se kecil Black telah di curi orang. Dua minggu sebelum itu Kiki hilang, sekarang Black pula hilang. Hatiku remuk. Setelah dua hari Kiki tidak pulang akhirnya aku menangis sekehendak hati. Suami pula membiar aku melepaskan perasaan hiba. Kini Black pula yang hilang hati ku sudah pasrah. Allah ingin mengujiku.

Empat bulan masa berlalu. Niki membesar seorang diri tanpa kawan bermain. Sekali sekala ia akan berlari dan bergurau dengan ibunya. Ternyata bahagia itu tidak lama.  Jiranku memang seringkali buat hal. kepadaku. Makian dan cacian itu sudah jadi rutin selama aku tinggal di sini. Tapi setiap kali mendengarnya membebel dan mencarut aku akan memekakkan telinga dan masuk ke dalam rumah, tidak mahu mendengar kata-kata nistanya. Dia tahu aku tidak akan menjawab segala sumpah seranahnya maka dia sesuka hati akan berkata apa sahaja kepada ku. Pernah juga disumpah seranah suamiku tanpa sebab. Nasib suami masih boleh bersabar.  
Namun kali ini dia mengugut untuk berbuat sesuatu dek kerana katanya kucingku membuang najis diluar jalan rumahnya. Kelakar juga dengan jiranku. Diluar pagar rumahnya itu bukakah milik awam? Sewaktu aku tiada membela kucing bila Junior dihantar ke kampung aku melihat ada kucing-kucing liar yang membuang najis diluar pagar rumahnya. Aku terfikir agaknya itu balasan tuhan kerana dia tidak sukakan binatang.
Kali ini aku sekali lagi berada dalam dilemma. Perlukah aku menghantar Fifiy dan Niki ke kampung? Atau beri sahaja pada siapa yang ingin? Anak-anakku memang tidka puas hati bila kunyatakan hasrat untuk menghantar kucing-kucing ini ke kampung.


Hari ini aku membawa Niki ke ofis. Mengeow tidak berhenti dek kerana takut berada di dalam kereta. Mala mini Niki tidur keseorangan. Makan dan minum telah aku bekalkan. Kesiannya pada Niki, namun aku tiada pilihan. Malam ini Fiffy mengeow tidak berhenti dan mencari Niki segenap ceruk rumah. Keadaanya sama seperti dia kehilangan Black. Apalah dayaku Fiffy. Kalian terpaksa aku pisahkan demi menjaga hati dan kehendak jiran.
Fiffy sehingga ke pagi mengeow mencari anaknya. Sedih dengan keaddan ibu kucing ini, lalu aku bawa Fiffy ke ofis. ternyata Fiffy diam setelah dapat melihat anaknya.
Aku tidak pasti samada aku bertuah atau malang mendapat jiran seperti itu. Bertuah kerana melatih aku bersabar dengan segala kerenah dan sikapnya. Malang kerana aku menjadi bahan cercaan dan makian. Namun sampai bila aku mampu bersabar dengan ujian ini. Hanya Allah tempat aku berserah dan mengadu. Aku tidak mahu berdosa dek kerana jiran.


Aku tahu jiranku sering menyakiti hati ku bukan kerana kucing. Dia memang tidak senang pada semua perkara. Dia tidak senang melihat rumahku menjadi kunjungan ramai. Dia tidak senang melihat aku bahagia dengan keluargaku. Dia juga tidak senang jika aku melayan pembantu seperti rakan. Dia tidak senang dengan segala-gala.
Hakikatnya cerita ini sekadar kisah remeh tentang kucing. Moral disebaliknya adalah, kita perlu ada kasihan belas kepada haiwan. Biarpun haiwan berkurap. Seekor ibu kucing tahu menilai kasih saying, alangkah kita sebagai manusia sanggup mencampak dan membunuh anak sendiri. Ingatlah, sebagai manusia yang ada dan memiliki akal jangan kita bersikap dan berperangai lebih teruk dari haiwan. Moga kita menjadi insan yang bukan bertopengkan wajah manusia, tetati berkelakuan seperti insan yang kamil. Kita diberi akal dan ilmu untuk memberi kita kewarasan dan rasional dalam segala tindak tanduk kita.
Mari kita berdoa “