Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, December 31, 2011

HARGA SEBUAH KEMAAFAN

Kali pertama saya jumpa dia, tengah agak sarat menunggu hari. Sempat berkenalan dan bertanya usia kandungannya dan untuk kali yang ke berapa. Lemah lembut gerak gerinya dan satu-satu ayat jelas keluar dari bibirnya yang manis menjawab pertanyaan saya. Nampak ada riak keletihan di wajahnya yang putih bersih, mengusung perut dengan kudrat tubuhnya yang kecil molek. Perkenalan sepintas lalu tidak menterjemahkan apa2, cuma apa yang mampu saya simpulkan dari tutur katanya, dia seorang yang baik, sopan dan tidak suka meninggi diri. Saya selesa berbual dengannya, komunikasi antara kami seimbang….nyatanya tidak seorang pun di antara kami yang memonopoli perbicaraan, saya tanya, dia jawab, dia tanya saya jawab….kami sama-sama saling berbicara dan sama2 jadi pendengar yang baik.

 Lalu namanya lekat di hati saya dan bilangan insan yang bernama teman bertambah dalam list kamus hidup saya. Tidak lama lepas itu, dia cuti bersalin. Saya juga terdengar dari jauh cerita mengenainya. Semuanya yang baik-baik belaka, dia anak perempuan sorang, sulung, ibu kepada dua orang anak. Lebih hebat lagi, dia anak orang berada, pernah tinggal di US mengikut ayah ada tugasan di sana. Alangkah sempurnanya hidup dia saya kira.


Selepas tamat tempoh pantang, dia kembali bertugas. Banyak ruang utk saya dan dia bersua muka, duduk semeja, makan bersama. Cuma ada satu cerita yang membuatkan saya agak tersentak. Dia seorang ibu tunggal. Lebih dari itu, ibunya mengidap breast cancer. Saya hanya mampu menarik nafas panjang, melepaskan keluhan yang berat.


 Hari berlalu, hubungan kami agak rapat. Dari perbualan biasa beralih kepada isu yang lebih peribadi. Sedikit demi sedikit dia bercerita kisah perit hidupnya pada saya. Suami yang paling dia cintai dan taati telah mempersiakan kesetiaan dan kepercayaannya. Terbongkar rahsia melalui emel, dia yang bijak bertindak cuma perlu meneka password emel suami dengan menggunakan nama anak-anak untuk menggali semua luahan kasih sayang antara suami dan perempuan itu. Luluh hati membaca setiap patah perkataan yang selalunya diucap suami kepadanya, juga digarapkan untuk perempuan itu. Dengan tenang dia berbicara:


“Terketar2 tangan saya membaca setiap emel cinta mereka kak….saya print out semua dan tunjukkan kepada suami…saya soal dia kenapa, apa salah saya…Alasan suami cuma satu, saje nak start a new life with someone else…”


Tak cukup dengan itu, dia, isteri yang tidak berdosa dituduh suami mengganggu privacynya… Waktu itu, dia cuma ada tuhan, airmata  dan kekuatan untuk teruskan hidup.  


Apa yang saya kagumi, selepas insiden itu dia tetap jalankan kewajipan seperti biasa sebagai seorang isteri.. Biarpun, ikutkan keadaan, dia mampu hidup sendiri, dia ada rupa, ada kedudukan, ada harta dan ada pendapatan yang stabil.  Dengan tenang ujarnya lagi:


“Saya masak macam biasa…pernah sekali saya masak masakan yang suami suka, dan saya tunggu dia balik makan sampai tertidur di meja makan..bila suami balik, dia kata dah kenyang, dah makan kat luar, pastinya dengan perempuan itu….lalu saya kemas semua makanan yang dah terhidang sorang-sorang dalam kepenatan menunggu hari untuk melahirkan ...”


Dalam keletihan mengusung perut semasa mengandung zuriat kedua, sempat dia mengatur pertemuan dengan perempuan itu ditemani anak sulung yang masih belum mengerti ape2. Perbualan yang berlangsung tanpa unsur ketegangan, perempuan itu bijak menepis semua kekeliruan dan fitnah dengan baris bicara yang lembut tersusun. Ceritanya pada saya:


“Perempuan itu tidak mengaku dia bercinta dengan suami saya kak…dia kata dia tak pernah ada hati dengan suami, suami saya je yang tergila-gila kan dia….tapi bila saya cek emel2 mereka lepas tu, semua bicara tetap sama, semua ayat-ayat cinta dan sayang masih di situ…”


Satu luahan sayunya yang masih terkesan di hati saya bila dia dengan tenangnya menceritakan:


“Suami dah tegas mahu ceraikan saya, tapi saya merayu pada suami, mintak saya jgn dilepaskan dulu, lagipun masa tu saya cuma tunggu masa untuk melahirkan saje. Saya cadangkan pada suami, temankan saya masa melahirkan, lepas baby keluar, tgk dulu muka baby, then baru buat decision samada nak ceraikan saya atau tidak…”


Bagi saya, ayat-ayat itu terlalu mahal untuk keluar dari mulut seorang isteri yang telah disakiti hatinya….ayat itu tidak harus diucapkan oleh seorang isteri yang baik seperti dia….namun sayangnya, bicara setulus dan seikhlas itu cuma dipandang remeh oleh sang suami. Ketulusan hati seorang isteri tidak pernah dihargai. Dan dia meyambung lagi:


“Suami bersetuju dengan cadangan saya. Suami temankan saya sepanjang masa melahirkan, bila baby selamat dilahirkan, suami mengalirkan air mata. Saya rasa lega dan saya kira itulah airmata keinsafan dari dia. Lepas bersalin, saya berpantang di rumah mertua untuk mengambil hati suami. Selepas tempoh berpantang, saya kembali ke rumah kami. Rupa2 nya suami masih tegas mahu meneruskan niat untuk ceraikan saya. Akhirnya, demi perempuan itu, talak satu dijatuhkan juga ke atas saya dan saya ditinggalkan dengan dua orang anak kecil yang belum mengerti apa-apa.”


Alangkah tulus dan tabahnya hati seorang isteri seperti dia. Pada setiap penceritaan kisah episod bekas suami dan perempuan ketiga itu, tidak sedikit pun terzahir riak dendam dan marah pada patah perkataan yg diucapkan. Suaranya tetap lembut dan halus, tiada nada kasar dan benci. Dia memang seorang isteri yang terlalu sempurna untuk disakiti hatinya, dicalari kesetiaannya.


Sepanjang musim2 terasing dia dengan bekas suami, semua terpaksa diuruskan sorang-sorang, dua anak yang masih kecil dan seorang ibu yang sedang bertarung nyawa melawan kanser. Mujur dia ada maid untuk ringankan beban yang tergalas di bahunya sebagai anak perempuan sulung. Dua adiknya semua lelaki. Sempat saya menziarahi ibunya di wad, dia sorang2 menemani sehingga ibunya menghembuskan nafas terakhir.


Hidup perlu diteruskan. Sehingga dia sudah kering hati dan airmata. Hikmah Allah ada di mana2, selepas hampir 2 tahun berpisah, bekas suami dtg merayu dengan sejuta penyesalan. Menuntut peluang kedua dari dia, isteri yang telah ditinggalkan dengan kealpaan. Dia tegas, mengunci semua pintu dan menutup semua ruang kosong untuk mengukir kehidupan kedua bersama bekas suami. Dia benar-benar terluka, terluka dan terluka.


Namun bekas suami tidak pernah lelah berusaha. Mengirimkan kembali kata-kata cinta yang semua sudah lenyap, mengukir sejuta penyesalan, menghargai setiap pengorbanan isteri yang tidak pernah berdosa, menyedari dia sememangnya isteri yang tidak dapat ditandingi kesempurnaanya. Sewaktu dia dengan sinisnya membaca, mendengar dan menghayati setiap kata-kata dan ayat-ayat indah dari bekas suami, setiap kali itu dia tersentak memikirkan masa depan anak2 yang masih kecil, masih dahagakan kasih sayang seorang ayah. Ketegasan hatinya sedikit terusik, mengundang dilemma antara ego seorang isteri yang pernah dilupakan dan nasib anak-anak yang semakin rapat dengan ayah mereka. Sedikit kebuntuan terpapar pada jiwanya dalam bicaranya pada saya:


 “Kak, ikutkan, hati saya dah kering. Walaupun bekas suami tak penah berkahwin dengan perempuan itu, saya sudah tiada  sekelumit pun perasaan untuk memberi peluang kedua. Cuma saya fikirkan anak-anak yang semakin rapat dengan bekas suami. Anak-anak yang masih kecil itu selalu mahukan saya dan suami jalan bersama mereka, keluar membeli belah bersama, tgk wayang bersama….Saya buat semua tu demi kebahagiaan anak-anak, hanya mereka harta yang saya ada di dunia ni kak….hati saya dah tak ada secalit pun perasaan cinta dan sayang pada dia…”


 Cuma semakin hari, penyesalan di hati bekas suami semakin jelas. Pantang dia dan keluarga dalam kesusahan, bekas suami cepat membantu. Pantang dia suarakan sedikit keinginan, bekas suami sepantas yang mungkin memenuhi. Semua gelagat itu mengundang ketawanya setiap kali dia bercerita kepada saya.


Hampir setahun berlalu, bekas suami benar-benar menzahirkan keinsafan. Dia juga pernah cuba merisik khabar dari teman-teman lelaki bekas suami, jawapan dari mereka juga pasti, bekas suami benar-benar telah berubah corak hidupnya. Benar-benar ingin kembali mengutip sisa-sisa cinta yang bertaburan dan menagih kemaafan dari seorang isteri.


Dalam masa yang sama, saya tahu ramai lelaki yang ingin menemani keseorangannya, dia masih muda, punyai dua orang anak tidak pernah merampas kejelitaan dan kemanisan wajahnya. Memang dia punyai wajah yang cantik dan  bentuk tubuh yang menarik! Saya nasihatkan dia, istikharah jalan terbaik.


Bila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran selama 3 tahun di luar Negara, bekas suami juga berusaha untuk mendapat tawaran yang sama di luar Negara, tempat yang sama. Semasa dia bercerita tentang solat isktikharahnya, katanya dia masih belum rasa ape2. Cuma ceritanya kepada saya:


“Ayah mendesak saya untuk kembali bersatu….kata ayah, bekas suami dengan ikhlas meminta izin untuk hidup bersama saya sekali lagi…kata ayah lagi,  senang hati dia melihat saya dan anak-anak ada org jaga masa kat luar Negara nanti. Saya jawab pada ayah, saya cuma risau, pengalaman perit masa lalu kembali terukir. Ayah nasihatkan saya, perkara yang lepas itu dugaan dan takdir, kita masih punya doa untuk menghadapi masa depan. Kita doakan yang baik2 dengan tuhan…”


Hari berlalu, kekalutan tugas dan kesibukan masing2 menyebabkan saya jarang bersua dengan dia. Semasa dia terbang ke luar Negara, saya juga tiada di bumi Malaysia. Bila semua dah reda, dia titipkan emel kepada saya. Hati saya turut berbunga bila baca khabar tentang dia:


“Ye kak, saya kahwin balik dengan bekas suami. Mulanya nyaris tak jadi tapi itu lah jawapan untuk istikharah saya. Hikmah Allah memang nyata kak, kini dia suami saya yang paling baik. Dia suami yang sama, Allah telah kembalikan dia kepada saya, dan tidak pernah sekalipun saya ungkit perbuatan nya lewat musim keterasingan kami dulu. Alhamdulillah…”


 Selepas dua tahun, saya sempat menziarahinya di luar Negara, dia sedang megandung anak ketiga. Jelas berbeza riak wajahnya semasa mula-mula kami bersua sewaktu dia sedang mengandung anak kedua dulu. Tubuhnya sedikit berisi berbanding dengan dulu. Riak mukanya lebih bercahaya. Dia lebih ceria, bicaranya mesra dan senantiasa ditemani suami yang amat bertanggungjawab, menjaga dan menemaninya serta sama-sama menguruskan anak2. Saya pasti dia benar-benar isteri yang bahagia!


Allah itu maha adil, keadilanNya nyata untuk sesiapa yang boleh melalui takdirNya dengan tenang, sabar dan redha. Dia isteri yang baik, Alhamdulillah, Allah telah kembalikan seorang suami yang ‘baik’ kepadanya. Saya teruja setiap kali terkenang kisah episod suka dukanya. Permulaan yang keruh dan kusut telah berakhir dengan kejernihan. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amiiin.

Nukilan dari sahabatku....membungapulut

No comments:

Post a Comment