Agak-agak manakah yang paling kita banyak mendapatkan?
Adakah hidup kita seringkali dibelenggu dengan perkataan ini?
Apakah perasaan yang kita bawa bersama saat menghadapi situasi ketiganya itu?
Adakah kita berjaya menangkis perkataan itu atau perkataan itu menjadi ratib kepada kehidupan kita sehari-hari?
Bagaimana menghadapi dan menanganinya.
Banyak lagi persoalan yang berkait dengan Benci, Membenci & Dibenci. Seseorang yang seringi menutur perkataan benci itu, benci ini, benci dia, benci kamu...benci segala-gala maka ternyata dia berada dalam keadaan yang tidak bahagia. Kenapa demiikian? Kerana benci itu sifatnya negatif jika disalurkan kepada perkara yang salah. Namun benci itu boleh menjadi sesuatu yang baik sekiranya kita benci perkara maksiat, benci kepada hiburan, benci kepada perkara lagha atau benci dengan sikap mazmumah. Maka mari kita memilih benci yang positif supaya kita boleh manfaat darinya.
Menyebut pula perkataan membenci, seringkali kita sendiri mudah menyebut kata-kata "aku amat membenci dia kerana....perlakuannya, sikapnya, gayanya, caranya, wajahnya atau apa sahaja sebab yang membawa kepada kita membenci itu selalunya menyebabkan kita merasa hati begitu sakit, perasaan kita akan tertekan, jiwa kita akan merana, badan kita akan lesu dek kerana kita MEMBENCI. Inilah yang dikatakan sebagai nafsu Ammarah.
Membenci seseorang kerana dirinya bukanlah boleh menyelesaikan segala permasalahan. Sebagai contoh seorang isteri amat membenci suaminya kerana curang kepadanya, seorang anak membenci ibunya kerana merasakan ibunya tidak menyanyangi dirinya, seorang rakan membenci sahabatnya kerana irihati, seorang pekerja membenci majikannya kerana kerana sikap barannya, seorang pembeli membenci penjual kerana tidak berpuas hati dengan layanan, seorang pemandu membenci pemandu disebelahnya kerana membawa kenderaan dengan laju. Pendek kata ada begitu banyak perkara dan kes yang membawa kepada perasaan benci.
Namun membenci itu tiada penyelesaianya jika kita sekadar mengungkap AKU MEMBENCI MU KERANA ENGKAU TELAH MELUKAKAN HATIKU, AKU MEMBENCIMU KERANA ENGKAU SEMEMANGNYA BERSIKAP KURANG AJAR...atau apa sahaja ungkapan. Paling baik yang boleh kita lakukan untuk meredakan perasaan kebencian itu walaupun merasa diri kita BETUL adalah dengan memberi maaf kepada orang yang kita BENCI.
Bercakap dan menyuruh serta mengajak memang senang tapi melakukanya amat payah. Betul begitu, namun percayalah saat kita membenci seseorang dan kita memberinya kemaafan walaupun hati kita begitu sakit dek perbuatan, kita sebeanrnya telah beroleh kemenangan. Memberi maaf itu secara tersiratnya boleh menarik aura positif seseorang itu untuk berubah. Memberi kemaafan itu meredakan hati dan perasaan ktia yang sakit. Percayalah dengan kemaafan yang betul-betul ikhlas, lambat atau cepat akan dapat melebutkan hati yang keras.
Sering kita katakan perkara yang benar itu pahit untuk diterima, terutamanya bila kita mengetahui KITA DIBENCI. Jika ktia boleh benci dan membenci maka tidak mustahil kitaj uga boleh DIBENCI.Jika ini yang berlaku, maka bagaimana menangani perasaan seseorang yang membneci diri kita dan kita secara langsung menjadi insan yang dibenci. Jawapnya mudah, carilah sebab kenapa dengan muhasabah diri. Biarpun tidak ketemu jawapannya, buatlah perkara kebaikan kepada orang yang membenci kita. Jika kita telah memberi yang terbaik maka masih juga dia membenci kita baik atas dasar irihati atau memang dia tidak menyukai kita atas apa sahaja sebab.. maka tidak mengapa...Serahlah semua itu kepada Allah.
Ingatlah..JIKA MANUSIA MEMBENCI KITA TIDAK MENGAPA, JANGAN ALLAH MEMBENCI KITA.
No comments:
Post a Comment