Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Monday, December 12, 2011
Membuat Pilihan Bijak
Seorang pelajar katakan pastinya memilih menonton tv atau bermain game dibanding dengan membaca buku pelajaran kerana itu adalah kesukaan padahal apa yang tidak disukai itu pasti bakal memberikan manfaat untuk dirinya apabila menghadapi peperiksaan.
Seseorang yang tidak merasa dirinya sakit pasti akan memilih apa sahaja mulut atau lidahnya teringin untuk makan walhal pertunya mungkin tidak mahu yang masin,manis pedas etc. Jika memilih apa yang mulut kita suka pasti ia boleh mengundang kesakitan suatu hari nanti.
Seseorang yang memilih untuk bermalas dan tidak suka bekerja atau memilih kerja yang mudah sudah pasti hasilnya tiada atau biasa-biasa.
Seseorang yang memilih pasangan pasti memilih yang cantik, handsome atau apa saja yang sedap mata memandang walhal akhlaknya begitu teruk.
Pendek kata dalam hal membuat pilihan, ia bergantung kepada kita sepenuhnya dan risikonya juga bakal kita tanggung sutau hari nanti. Oleh itu jika ingin memilih senaraikan apa yang baik dan buruk untuk kita. Jika kita buntu membuat pilihan, maka mintalah hidayah Allah dengan berdoa dan solat istikharah. Moga dengan demikian pilihan kita itu BUKAN DIPANDU OLEH NAFSU TETAPI DIPANDU OLEH IMAN.
No comments:
Post a Comment