Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Friday, December 16, 2011
Solat Jumaat: Antara Ibadat dan Adat
Semalam saya menunggu suami menunaikan solat jumaat di sebuah restoran, sambil menunggu saya makan tenaghari. Saya perhatikan kedai tersebut memang penuh dikunjung pelanggan dan ada dikalangan mereka adalah lelaki Muslim. terdetik di hati alangkah malang bagi mereka ini, masjidnya begitu hampir dengan restoran tersebut namun mereka tidak ada rasa bersalah untuk mendengar khutbah yang dilanugkan khatib apa lagi ingin berdolat. Sedang menjamu selera saya terpandang ada beberapa pekerja lelaki yang sibuk melayan pelanggan pun tidak peduli dengan laungan azan Jumaat. terfikir dibenak alangkah baik jika majikan mereka memberi ruang untuk mereka menunaikan solat Jumaat kerana tempat mereka bekerja begitu dekat dengan masjid. Padahal majikan itu beragama Islam alangkah jika dia memaham itanggungjawab menunaikan ibadat.
Tanpa saya duga setelah terfikir tentang peranan majikan kepada pekerjanya dalam memberi kemaslahatan untuk menunaikan ibadat, mata saya terpandang kepada kaunter wanita yang sibuk mengambil pembayaran daripada pelanggan. MasyaAllah saya terkedu, kerana majikan itu sedang asyik menyedut rokok tanpa juga rasa perlunya dia sendiri bersegera untuk bersolat. Terfikir saya, Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah untuk dirinya, namun dia tidak ada rasa kecintaan untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat. Juika diri sendiri tidak mahu bersolat Jumaat apalagi dengan pekerja-pekerjanya.
Scenario ini sebenarnya banyak berlaku di mana-mana. Sedihnya melihat keadaan umat Islam hari ini. sekadar mengaku diri Islam, namun untuk melengkapkan diri sebagai Muslim apa susah.
Wahai diri ingatlah...kita hidup bukan menongkat langit, oleh itu berpesan-pesalah sesama kita..kerana kita ini tidak smepurna namun pelru mengejar kesempurnaan diri. Moga Kita sentiasa tergolong dalam GOLONGAN ORANG-ORANG YANG DIBERIKAN HIDAYAH OLEH-NYA.
No comments:
Post a Comment