kita pasti tidak mampu berpaling lagi
Bila saat itu datang
Kita pasti tidak mampu berkata-kata
Bila saat itu datang
Kita pasti tidak boleh menepis semua
Bila saat itu datang
Kita pasti meminta dipanjangkan masa
Bila saat itu datang
Kita pasti menyesal seluruh jiwa raga
Bila saat itu datang
Kita pasti tidak mampu untuk berdusta
Bila saat itu datang
Kita pastinya akan berkata...alangkah jika aku...
Wahai diri,
bila saat itu datang tidak mengapa
apa yang penting persiapkan sahaja diri dan amalan
kerana loceng amaran adakala tiba dengan kesakitan
adakala tidak dapat diduga kerana Dia yang punya segala Hak..
Wahai diri
bila saat itu datang kita tidak mampu mengitung lagi
apa yang penting sebelum saat itu
jagalah segala amalan
kerana siren amaran tidak kenal usia atau ketika
jangan leka dengan kesenangan
Wahai diri
bila saat itu datang
jangan ditunggu bila datangnya
apa yang perlu
diri sentiasa memohon keampunan-Nya
kerana hanya Dia milik saat itu...
Nukilan: Ummu Ieman Ihsan
No comments:
Post a Comment