Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Saturday, December 3, 2011
Kesan Baik dan Buruk Facebook
Pada hemat saya segala gadget atau media seperti internet, FB, telefon etc semuanya bertitik tolak dari diri sendiri. tepuk dada tanyalah iman kita.Kita yang menjadi penentu kepada baik buruknya jangan disalahkan semata kepada takdir. Contohnya berFB, kita yang boleh menerima seseorang itu menjadi rakan FB.
Berkawan di FB perlu dipilh betul-betul kawan yang kita kenali. Begitu juga sebagai wanita saya hanya akan menerima seseorang yang saya rasakan sesuai untuk dijadikan kawan. Tidak semua orang yang saya kenal saya jadikan mereka kawan, terutama kawan lelaki. Prinsip saya biar tidak ramai tetapi betul kawan yang sama fikrah atau kawan yang berkongsi semata perkara baik.Teringat saya kisah mula-mula saya berFB, saya teleh menerima seseorang yang saya sangka wanita @ menggunakan nama samaran. Esoknya dia memberikan salam dan mengajak saya keluar, saya tidak menjawab sapaan itu dan terus saya membuangnya dari friendlist FB.
Alhamdulillah jika kita boleh menapis apa yang ada di FB untuk kita baca atau memberi komen maka ia akan memberi input atau kesan yang baik. Adakala teman lelaki mengajak bersembang secara online, namun saya tidak akan mneyahu sapaan itu kerana bagi saya itulah fitnah FB. Sebagai seorang isteri itulah bahayanya kerana ia boleh memulakan bibit tidak baik. Memang suami kita tidak tahu atau nampak atau dia sendiri tidak merasa cemburu, tetapi saya tahu ALLAH melihat apa yang saya lakukan..beronline di FB walaupun tidak bercakap benda yang lagha dengan lelaki apa bezanya? Jika tahu perkara yang kita buat boleh membawa mudharat maka gunalah rasional pemikiran bila ingin melakukan sesuatu.
FB banyak manfaat untuk berkongsi info/maklumat yang baik. Ia juga membari kesan buruk jika kita menyalahgunakanya. Untuk mencari penyelesaian kepada kemelut baik dan buruk FB/internet etc..maka IMAN DAN TAQWA menjadi penentu..,oleh buatlah timbang tara bila ingin melakukan apa jua perkara ..mudah kata, tepuk dada tanya DIRI SENDIRI.
No comments:
Post a Comment