Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 20, 2011

Kenapa Perlu Curang Siri 2

Menyingkap kenapa perlu curang? Pasti ramai akan menjawab kerana mereka tidak bahagia dengan pasangan yang sedia ada.
Maka sekali lagi saya tanya, apa itu BAHAGIA?

Memang jawapanya juga amat subjektif apabila memperkatakan tetang bahagia. Bahagia pada pandangan kerdil saya bukan kerana kita memiliki harta menimbun dan duit berjuta. Bahagia bukan kerana miliki kereta mewah menjalar. Bahagia bukan kerana rupa paras yang cantik jelita. Bahagia bukan kerana pangkat dan darjat yang hebat. Bahagia bukan kerana memiliki sahabat keliling pinggang. Bahagia bukan kerana dipuja dan dirai. Bahagia bukan kerana kita punya segala dan mampu menakluk dunia.

Bahagia adalah ketenangan diri yang dicapai oleh insan saat menerima perkara baik atau buruk. Diberi keseronokan dia bersyukur, diuji dengan dugaan dia juga bersyukur. Bahagiai tu adalah perasaan ketenangan yang diberi Allah dalam apa jua situasi. Bahagia adalah mampu berlapang dada dalam segala keadaan.

Bahagia itu dipandu oleh Iman dan Amal serta keikhlasan diri dalam mengerjakan tanggungjawab dan melalui ujian kehidupan dengan pasrah. Bahagia tidak akan membuntukan fikiran mencari solusi. Bahagia menjadi pendokong kepada segala kejayaan yang diimpikan.

Kesimpulannya BAHAGIA dipacu oleh lafaz syahadah dengan berpaksikan RUKUN IMAN DAN RUKIN ISLAM.
Bagi yang tercari-cari nikmat BAHAGIA maka telusurilah ia dengan MUHASABAH, MUAAQABAH, MURAJAAH dan ISTIQAMAH.
Wallhuaalam.

No comments:

Post a Comment