Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, December 26, 2011

ALUMNI DAN CABARAN

Melakukan sesuatu perkara yang tiada kepentingan diri atau kerana kepentingan peribadi atau duit ringgit sebenarnya memerlukan komitmen yang tinggi. Ini kerana kebanyakan individu yang melibatkan diri dalam aktiviti dakwah atau NGO perlu memberikan segala bentuk pengorbanan tanpa mengharapkan apa-apa bayaran. banyak persatuan atau badan-badan kebajikan yang gagal kerana tiada komitmen ikhlas dari ahli-ahli. Selain itu persefahaman atau kesepaduan antara ahli dan ketua juga satu perkara yang boleh mengekalkan sesuatu badan itu untuk melakukan pelbagai aktiviti bagi manfaat bersama. Cabaran besar seperti kewangan adalah salah satu punca sesuaut persatuan itu berkubur kerana tanpa kewangan amat payah sesuatu badan itu bergerak atau melaksankan aktiviti atau program. Di sinilah pentingnya kerjasama ahli dalam menyalurkan dana atau kreativit dan usaha yang berterusan serta pengurusan kewangan yang cekap. Satu perkara yang bagi diri penulis dalam melibatkan diri dalam aktiviti Alumni adalah  perlunya ahli atau AJK yang mempunyai fikrah yang sama serta boleh bertoleransi antara satu sama lain. Jika toleransi serta kesefahaman tiada usahkan persatuan bahkan rumahtangga juga boleh goyah. Oleh itu bagi individu yang baru menapak atau ingin teribat dalam apa sahaja bentuk persatuan adalah keikhlasan  berkorban masa.tenaga,idea, wang ringgit tanpa mengharapkan ganjaran dan pujian adalah kunci kepada kejayaan untuk istiqamahdalam perjuangan.

No comments:

Post a Comment