Sebut tentanh karenah memang kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Jika jadi ibu bapa kita akan berhadapan dengan karenah anak-anak dan ragam mereka. Jika jadi pekerja kita akan berhadapan dengan karenah majikan dan jika jadi majikan kita akan berhadapan dengan karenah pekerja. Jika jadi pensyarah kita berdepan dengan karenah anak murid yang pelbagai umur dan latarbelakang, manakala jadi pelajar pula kita akan berdepand pula dengan karenah pensyarah, guru yang pastinya ada pelbagai cara dan pendekatan pengajarannya. Bukan itu sahaja jika kita ada kawan sepejabat atau kawan baik atau sesiapa sahaja yang hampir dengan kita, kita akan sentiasa perlu berdepan dengan karenah mereka.
Sebagai contoh paling mudah pernahkah anda menghadapi situasi sebegini:
a)Anda baru sahaja ingin ke kelaur ke pejabat tetapi pasangan anda tiba-tiba sahaja diam membisu, ditegur sepatah jawab sepatah, jika tersilap anda akan di marahi tanpa anda ketahui apa masalahnya tiba-tiba dia seperti mahe menerkam sesiapa sahaja.
b)Anda baru sahaja membuka pintu ofis, tiba-tiba sahaja bila anda menegur rakan anda sepejabat dengan senyuman tiba-tiba dia membalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan menunjukkan mood yang tidak baik dengan membengis kepada anda.
c)Anda membuat temu janji dengan pensyarah anda, tiba-tiba bila anda tercegat di hadapanya, segala kertas kerja yang anda hantar dilemparkan kemuka anda dengan kata0kata menghina bahawa anda sememangnya tidak cerdik.
d)Anda membawa anak berjalan ke pasaraya, tiba-tiba anak anda meragam dan menangis dengan kuat sehingga semua orang yang berada disekeliling memandang anda dengan seribu macam pandangan.
e)Anda mempunyai meeting yang perlu dihadiri, tiba-tiba pekerja anda lupa untuk memaklumkan kepada anda bahawa meeting itu akan diadakan pada hari tersebut sedangkan ada agenda lain yang perlu anda lakukan.
f)Anda berurusan dikaunter untuk menyelesaikan pembayaran, tiba-tiba anda diberi info yang silap, selepas satu tempat anda perlu pergi dan akhirnya apa yang perlu diselesaikan tidak juga selesai.
g) Jiran anda seringkali menggangu anda dengan memsang radio dengan kuat/ menyapu sampah dan membuang kereta dihadapan rumah anda/ parking kereta di hadapan rumah anda/ dll.
Ini semua antara sekelumnit karenah yang sering kita hadapi atau dengari dari orang lain.
- Jika berdepan dengan karenah dan situasi yang tidak berpihak kepada kita apakah yang anda akan lakukan?
- Bagaimana bentuk keputusan yang anda buat bila berdepan dengan situasi sebegini?
- Adakah perkara sebegini membuat anda tertekan atau sebaliknya?
Tips paling mudah untuk dipraktikkan...SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN
No comments:
Post a Comment