Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, December 14, 2011
Kerana Seekor Lalat: Penentu Syurga dan Neraka
Seorang hamba lelaki 1 sedang dalam perjalanan, sampai disatu tempat dia tidak dibenarkan melalui tempat tersebut melainkan dia perlu membuat satu pengorbanan atau berupa sembahan kepada Dewa yang menjadi pemilik tempat tersebut. hamba lelaki 1 ini diberi pilihan sama ada melakukan sembahan atau kepalanya dipancung jika tidak menunaikan permintaan itu. Sembahan yang dipinta itu tidak kira apa sahaja asallkan silakukan atas nama dewa tersebut hingga memtong kepala lalat pun tidak mengapa. Hamba lelaki 1 memikirkan bahawa permintaan sang dewa itu begitu remeh, sekadar seekor lalat dia boleh mendapatkannya begitu mudah. Maka ditangkap sesekor lalat dan dipenggal kepala lalat itu atas nama dewa tersebut. Malanglah bagi si hamba lelaki 1 ini kerana sanggup melakukan sesuatu bukan kerana Allah maka dia telah syrik kepada Allah dan menjadi ahli neraka.
Datang pula hamba lelaki 2 melalui tempat tersebut, maka syarat yang sama dikenakan kepada hamba ini. Iaitu sekadar apa sahaja hatta sembahannya seekor lalat sembahan itu mesti dilakukan atas nama Dewa. Ternyata si hamba lelaki mengata bahawa dia tidak rela melakukan sesuatu perkara selain dari Allah. Dia tidak sanggup menduakan Allah walaupn hanya dengan memenggal seekor lalat. Bagi dirinya sebsar zarrah pun melakukan syrik maka hukumnya tetap syrik. Maka kerana tetap dengan pendirian tidak akan melakukan korban atas nama dewa maka hamba lelaki ini di pancung kepalanya. Alangkah bertuah hamba lelaki 2 ini kerana dia telah mendapat syurga dari Allah kerana menjaga aqidahnya. Segala yang diperbuat dan dilakukan hanya kerana Allah.
Moral of the story:
Pernahkah terdetik dihati kita bahawa disepanjang kehidupan ini kita melakukan perkara yang dianggp begitu remeh tetapi ia menyebabkan aqidah kita tergelincir. Conthnya percaya kepada tangkal walaupn sekecil-kecil tangkal. percaya kepada kuasa yang lain selain Allah maka kita akan lari dari landasan agama.
Pernahkah anda mendapat cerita yang begitu dianggap enteng iaitu surat berantai..jika tidak dihantar kepada sahabat-sahabat anda maka anda bakal mendepat kecelakaan jika tidak melakukanya. dan kita begitu mudah mengatakan apa susah petik sahaja nombor telefon 10 orang rakan, berapa sen sangat kosnya. Namun tahukah anda jika anda percaya perkara tidak baik akan berlaku hanya kerana tidak menghantar sms itu kepada ornag lain musibah akan menimpa anda, maka percayalah kita sebenarnya sudah syrik kepada Allah.Kenapa demikian?Kerana segala musibah adalah ketentuan dari Allah, ia bukan kerana itu atau ini..(contoh seperti tidak menghantar surat berantai yang dikirim). Ada banyak lagi perkara dalam kehidupan kita yang kadangkala kita diugut jia demikan maka akan berlaku demikian..percayalah wahai sahabat Allah berfirman:
" Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia, dan jika Dia mengkehendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hamba Nya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".
No comments:
Post a Comment