Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Friday, December 23, 2011
Dia yang pergi bersama cita-cita yang terpendam
Penulis pernah kehilangan ayah tersayang kerana sakit kronik sewaktu usia lapan tahun. Ternyata usia lapan tahun dianggap sebagai belum matang. Mungkin ramai yang berkata seusia kecil pasti banyak perkara telah terlupa. Namun tidak bagi penulis, banyak perkara yang dikongsi bersama arwah ayah masih kekal terpendam didalam fikiran dan jauh didalam sanubari telah terpaku segala cita-cita dan impian yang ingin direalisasikan.
Insan tersohor iaitu Badiuzzaman Said Nursi menyebut: "Orang yang baik mempunyai pandangan yang baik dan berfikir perkara yang baik. Mereka yang berfikir perkara yang baik dapat merasa kenikmatan hidup".
No comments:
Post a Comment