Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Sunday, December 11, 2011
Pengalaman dari sebuah perjalanan: TERLEPAS PANDANG
Ujian pertama yang dialami apabila dikaunter pendaftaran saya dan suami dikatakan tidak dapat check in kerana pasport kami berdua kurang drpd enam bulan dari tarikh tamat. Haru sungguh kerana anak dan keluarga seramai 10 orang telah mendaftar masuk. Ini yang dikatakan MUSIBAH KERANA TERLEPAS PANDANG. Dek kerana segalanya sebelum ini segalanya diurus orang lain maka kami tidak tahu bahawa jika tarik tamat itu kurang dari tempoh tersebut kami tidak dibenrakan ke luar negara. Apapun kami bernasib baik kerana bekas pelajar suami yang bertugas di bahagian KASTAM banyak membantu hingga pada hari tersebut kami berjaya memperbaharui pasport. Perkara yang bernasib baik itu banyka juga:
1)Masa kami mendaftar pukul 3.30, kaunter imegresen tutp pada 4.00 petang. nasib kami on time di kaunter.
2)Tiket terakhir ke Bandung pada pukul 7.30, jika kami sampai ke kaunter pukul 6.30 maka kami akan bernasib baik untuk fly dengan flight tersebut.
3)masih ada kekosongan untuk kami walaupun terpaksa membayar penalti sebanyak rm100 setiap orang.untuk 12 orang ahli keluarga kami terpaksa membayar sebanyak rm1200.
Kesimpulannya banyak perkara saya belajar...perkara ini akan mengingatkan kami sampai bila-bila. bagus juga perkara ni berlaku setakat jaraj dekat buat kami nak ke negara yang jauh..jenuh juga jika nak bayar semula harga tiket.Apapun Alhamdulillah kami samapi juga di bumi SILIWANGI.
No comments:
Post a Comment