Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Sunday, January 15, 2012
Membatasi Pergaulan
Apa yang diperkatakan di atas juga adakala membawa kepada bibit-bibit mesra hingga ada yang jatuh cinta pada kawan sepejabat, jatuh cinta antara isteri/suami orang. Adakala benda yang remeh atau apa sahaja ingin dikongsi dengan rakan yang berlainan jantina atas alasan mereka itu lebih memahami, mereka lebih pandai menyimpan rahsia.. atau apa sahaja alasan untuk menghalalkan perbuatan kita menghubungi atau kerap berinterkasi satu sama lain dengan tanpa tujuan yang ikhlas.
Ini semua bukan hanya tertakluk pada tempat atau bidak kerja, tetapi juga ada yang dalam persatuan, parti, pertubuhan dan lain-lain lagi. Jika persoalan membatasi pergaulan ini tidak ditangani dengan berhemah dan kefahaman yang jelas dalam kontkes Islam, maka ia boleh membawa kepada gejala sosial yang tidak sihat, berlakunya fitnah serta musibah yang besar pada umat Islam itu sendiri.
Ada satu-satu ketika dalam kehidupan kita kita kadang-kadang alpa hingga kita membatasi pergaulan hingga menimbulkan perkara yang tidak baik. Oleh itu kita perlu menyedari pentingnya menjaga maruah diri, menjaga adab sopan serta menjaga perlakuan dan tingkahlaku kita. Tilik dan perhatilah diri sendiri dengan bermuhasabah dan bertanyakan orang sekeliling yang hampir dengan kita, andai kita bimbang kita terleka atau lalai dalam menjaga batasan pergaulan. Biar apapun yang kita lakukan dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa bermohon kepada Allah moga kita dilindungi dari segala fitnah, dan moga kita juga diberi kekuatan iman untuk sentiasa menjaga diri supaya sentiasa berada dalam landasan Islam.
Wallhuaalam.
No comments:
Post a Comment