Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, January 30, 2012

Motivasi Kerjaya:Menggilap Potensi Diri siri 1

jangan sekadar bermula...
teruskan perjalananmu..
jangan sekadar berjalan..
lakukan dengan semangat...
jangan sekadar bersemangat..
laksanakan dengan tanggungjawab..
dan kasih sayang yang cemerlang...
apa jua yang diperolehi dari kehidupan ini 
bergantung kepada apa yang diisikan didalamnya.


Pernahkah merasa ada ketika kita seperti berada disatu persimpangan jalan tidak tahu memilih mana satu... kerana kita tidak pasti arah yang sebenarnya. Begitu juga kita dalam memilih kerjaya. Adakala diri menjadi buntu, mana yang harus kita pilih? Adakah kita memilih kerana kita mempunyai kemahiran atau kerana kita suka dan minat kepada bidang tersebut atau juga sebenarnya kerana kerjaya itu menjanjikan kita untuk menjadi kaya raya?

Persoalannya siapa tak ingin kaya dan memiliki banyak wang dan harta benda jika kerjaya yang kita miliki itu bagus dan menjanjikan pulangan yang besar? Tetapi bagaimana pula jika kecenderungan dan minat kita berada ditempat lain? Mungkin juga kita ada minat tiada kemahiran namun kita sanggup untuk belajar asalkan kita seronok melakukan apa yang kita suka..Namun masalahnya apa yang kita suka dan minat ini tidaklah menjaminkan duit ringgit yang banyak atau melimpah ruah..kerana pulangannya biasa-biasa..

Ramai orang berkata kita perlu buat apa yang boleh menjana kewangan yang banyak walaupun hati tidak seronok dengannya. Inilah senario yang berlaku sekarang ini, kita bekerja bukan kerana kita suka dengan bidang yang kita ceburi tetapi kerana kita mengharapkan gaji dan pulangan dari pekerjaan itu maka kita sanggup untuk melakukan. Ada juga yang sehingga tertekan dengan apa yang dihadap setiap hari kerana tidak suka dengan keadaan sekeliling, namun kerana terpaksa demi sesuap nasi maka semua itu diteruskan juga.

Kita lihat ada juga segelintir ibu bapa yang memaksa anak-anak untuk memilih bidang yang disukai atau dipercayai oleh ibu bapa menjamin kehidupan mereka. Walaupun anak-anak mempunyai minat dan potensi yang berbeza dengan kehendak ibu bapa, namun mereka terpaksa menurut kehendak ibu bapa kerana RESTU.. Biarpun begitu ada juga yang mengikut kata hati sendiri tanpa mempedulikan kehendak orang tua kerana percaya rezeki ada di mana-mana.

Dalam persoalan begini pada hemat saya, jika kita memiliki sesuatu potensi sedia ada dalam diri, ia perlu digilap, dicanai dan dibajai. Potensi yang disuntik dengan kemahiran pastinya boleh membuahkan hasil dan menjana kewangan. Mungkin lambat untuk menjadi kaya seperti orang lain, tetapi jika hati bahagia dan hidup tidak menyusahkan orang lain tidak mengapa. Kita lihat ada juga yang bergaji besar tetapi seringkali kehidupan dihimpit dengan tekanan kerana kerjaya yang tidak sesuai dengan minat dan potensi diri.

Oleh itu kita perlu menilai dan muhasabh serta merancang semula segala strategi kejayaan berkait dengan kerjaya kita. Segala nasihat dan pandangan perlu dibuat timbang tara. Kita juga perlu melihat kepada prioriti/keutamaan serta perlu berani dan sanggup menangung risiko dalam segala keputusan yang kita buat.. pasti akan ada KETAKUTAN dalam menyahut cabaran kerjaya, tetapi perlu yakin diri dan menggunakan se-optimum mungkin potensi diri yang ada.. selain berdoa moga Allah mempermudahkan perjalanan kita.. moga kita sentiasa diberi hidayah olehNya dan lebih penting lagi rezeki itu dari kerjaya yang halal dan diberkati oleh Allah..Ameen.






Titipan buat anakku Anis Najwa dan Ain Syafia

No comments:

Post a Comment