Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, January 5, 2012

Mempelajari Kesilapan

Salam Jumaat buat semua, semoga hari ini memberi keberkatan untuk kita dalam meneruskan kehidupan yang tidak pasti di mana noktahnya. Hari ini mendengar liku dan ranjau duri kehidupan dari kisah dua orang sahabat memberi peringatan buat diri tentang kesilapan dan pentingnya mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.
Kita semua tahu dan amat menyedari bahawa setiap yang bernyawa itu pasti diuji dengan pelbagai. Ujian itu juga merupakan satu perkara yang perlu kita pelajari. Dalam pada itu kita juga tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan, baik secara sengaja atau tidak sengaja. Bagaimana kita menyedari apabila kita sebenarnya telah tersilap? Adakah setelah musibah besar berlaku baru kita sedari kesilapan itu atau kita telah pun disedarkan oleh orang sekeliling kita, bahawa kita sebenarnya silap atau juga kesilapan itu kita sedari muncul dari hati nurani pabila diberi Hidayah oleh-Nya?

Silap, tersilap dan kesilapan, apapun perkataannya kita memang bukan maksum seperti nabi untuk mengelakkan diri darinya. Namun jangan itu kita jadikan alasan untuk kita melakukan kesilapan berkali-kali dalam kehidupan kita. Mengapa tidak kita pelajari dari kesilapan kali pertama sehingga adakala kita mengulangi kesilapan itu untuk kali yang ke dua? Sebab itu apabila kali pertama kesilapan dilakukan mungkin orang sekeliling kita boleh memberi maaf dengan harapan kita belajar dari kesilapan kali yang pertama. Jika kesilapan itu kita lakukan untuk kali yang kedua maka itulah dikatakan kebodohan dan kedegilan diri kita sendiri.

Bagaimana mempelajari kesilapan diri?
-menyedari bahawa kita memang berbuat silap.
-sentiasa merasakan diri bukanlah terlalu bagus hingga tidak berbuat silap.
-menghayati kesilapan yang dilakukan itu dengan rasa yang insaf.
-berusaha mengubah diri menjadi orang yang berhati-hati dalam segala keputusan dan tindak tanduk
-meminta hidayah Allah apabila ingin melakukan sesuatu perkara, jika berlaku kesilapan maka itu adalah hikmah untuk kita memperolehi ilum darinya.
-meneladani kesilapan dengan melihat kesan kesilapan itu sendiri.
-belajar juga dari kesilapan orang lain supaya kita tidak melakukan kesilapan yang serupa.
-sentiasa merujuk orang yang hampir dengan kita, yang baik akhlaknya untuk menjadi cermin kepada kita.
-memperbanyakkan ibadat solat dan zikir untuk kita mendapat pencerahan diri dan kekuatan supaya hikmah dari kesilapan itu dapat diteladani.

Wallahuaalam
Ummu Ieman Ihsan
6. January 2012

No comments:

Post a Comment