Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Saturday, January 7, 2012
BILA SI KECIL BERBICARA
ada ibu bapa berpura-pura
ada ibu bapa menjawab sambil lewa
ada ibu bapa terkelu lidahnya
ada ibu bapa mengurut dada
ada ibu bapa merasa terhina
ada ibu bapa marahnya membara
ada ibu bapa memalingkan muka
Bila si kecil berbicara
ada ibu bapa lain pula ceritanya
ada ibu bapa tersenyum mesra
ada ibu bapa belajar darinya
ada ibu bapa begitu berhemah membalas tanyanya
Bila si kecil berbicara
wahai ibu bapa..ia adalah petanda
bahawa si kecil itu sedang belajar mengenal dunia
Bila si kecil berbicara
wahai ibu bapa..ia adalah signal
bahwa si kecil itu bakal menjadi dewasa sebagaimana kita
Bila si kecil bertanya
jawablah dengan sebaiknya
kerana tugas ibu bapa memahamkan mereka
Bila si kecil bertanya
ajarlah dengan sebaiknya
kerana tanggungjawab ibu bapa mengajar mereka
Bila si kecil bertanya
andai kita sendiri tidak memahami maknaya
andai kita sendiri sering lupa hakikatnya
andai kita sendiri sering terleka oleh dunia
maka si kecil akan membesar menjadi seperti kita
tidak mengenal diri dan tidak mengenal siapa tuhannya...
Ummu Ieman Ihsan
8.1.2012
No comments:
Post a Comment