Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, January 24, 2012

Mendidik Anak-anak : Berkongsi Minat Membaca

Sudah dua minggu saya menyimpan keingian untuk melawat kedai buku MPH..namun kerana kesibukan dan masa yang tiada maka saya memilih untuk mengambil kesempatan untuk pergi bersama anak-anak sewaktu cuti tahun baru cina. Maka semalam saya dan anak-anak tidak melepaskan peluang untuk memenuhi keinginan membeli buku. Minggu sudah saya telahpun singgah di PTS Bookcafe, namun kerana tidak bersama anak-anak perasaan untuk memborong buku itu tiada..kerana adakala apa yang saya suka kadang anak-anak kata 'dah baca' atau 'tak best' atau 'ada buku yang baru keluar' bla..bla.. maka saya sekadar memilih buku yang saya suka dan hanya membeli satu buku untuk anak sulong saya iaitu " Chicken soup for the soul"...

Kali ini di MPH anak-anak memang tidak sabar memilih buku kegemaran mereka. Biarpun mereka boleh membuat pilihan mana-mana buku yang mereka ingin baca, tapi sebagai ibu saya tetap menapis terlebih dahulu. Adakala buku nampak bagus, tetapi isinya memang tidak sesuai untuk remaja. begitu juga dengan komik.. Dari dulu saya akan sentiasa menerapkan hobi ini kerana saya percaya, jika bukan kita sebagai ibu bapa yang memulakan..siapa lagi.. Paling bagus setidaknya kita tahu apa minat anak-anak kita..apa kecenderungan mereka dengan melihat dan memerhati pembaca mereka.. Saya ingat sewaktu memilih karton semalam saya mengambil satu komik alih bahasa ...kata anak saya "..Ummi, ini semua Ieman dah baca..." terkejut saya kerana kebiasaan saya belikan buku karton dari PTS.. "bila masa Ieman baca.. Ummi tak nampak pun Ieman baca.." kata saya menduga Ieman.. " Alah kat sekolah kawan-kawan bawa.." Baru saya tahu rupanya anak saya menghabiskan masa waktu luang di sekolah dengan membaca komik.

Sewaktu menginjak ke rak yang lain pula saya mengambil satu buku novel.... "Ummi, tak payah..buku tu tak bagus..kawan kakak ada beli.." Tersentak saya mendengar kata-kata anak sulong saya.. "Kenapa kak?" tanya saya sekadar ingin tahu .. "Buku tu tak bagus sebab ada cerita yang tak sesuai'' Jawabnya.. " Ohh..." Saya tidak menyambung ayat tersebut kerana memahami apa yang ingin dikatakan oleh anak saya. Rupanya anak-anak juga tahu menilai buku yang ingin mereka baca. Saya tidak menafikan ada novel/buku yang tidak sesuai menjadi santapan anak-anak kerana ada cerita-cerita lucah atau yang tidak sesuai dengan usia mereka malah bertentangan dengan ruh Islam. Saya bersyukur kerana selama ini saya menggalakkan anak-anak membaca novel Islami. Sama ada saya membeli untuk mereka atau mereka memlih dan saya akan melihat buku tersebut dari penerbit yang bagus. 

Selama hampir satu setengah jam di MPH memang rasa seperti masa tidak mencukupi untuk meniliik-nilik dan memilih-milih mana buku yang paling bagus untuk dibeli. Suami saya tidak berminat untuk membeli buku kali ni kerana minggu yang sudah juga dia telah mengunjungi Marwilis Bookstore di Shah Alam. Banyak buku yang diborong adalah buku-buku agama.. mula-mula saya agak berkecil hati sebab tidak mengajak saya membeli buku.. maklum tengok-tengok satu plastik semua buku pilhan dan kesukaan dia.. Saya menyedapkan hati dan perasaan dengan berkata.."hmm tidak mengapa.. masih ada masa..."

Sepanjang berada di MPH walaupun hari cuti memang ramai pengunjung yang datang. Pendek kata semua bangsa ada, berkemungkinan kedai buku ini terletak dalam pasaraya yang hebat dan berada di kawasan elit... Pada hemat saya, mungkin tidak ramai yang menjadikan hobi membaca sebagai hobi bersama dalam keluarga.  Apa yang ingin saya kongsikan adalah hobi yang sama ini boleh merapatkan lagi ikatan kekeluargaan. Ini kerana kita akan ada tajuk yang boleh dijadikan sumber perbualan atau perkongsian terutama dengan anak-anak untuk berkomunikasi. Moga dengan berkongsi hobi yang sama banyak maklumat boleh dikongsi bersama dan dihayati bersama... 

Wallhuaalam

No comments:

Post a Comment