Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, January 23, 2012

Yang kita sedari… yang tidak kita sedari..

Adakala kita sedari..
bicara mengguris rasa..
perlakuan mencalit luka,
tingkahlaku menyakitkan mata..

namun ada juga ketikanya diri
terlena dengan mimpi
tertidur dalam realiti
terbuai oleh fantasi
bahawa…
hati terluka perlu dirawat
terguris rasa perlukan kemaafan
kekhilafan diri perlukan perubahan
kesalahan perlukan pengakuan

tapi diri kenapa
payah untuk berkata..
menutur maaf seperti biasa..
adakah kerana kerasnya jiwa
atau kelunya lidah terasa..

saat menyedari kesilapan diri..
tiada salahnya memohon maaf..
tiada silapnya menghulur salam..
moga yang disedari…
atau tidak disedari..
tidak akan diulangi..


Ummu Ieman Ihsan


No comments:

Post a Comment