Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, January 25, 2012
Perjalanan yang sama
Sebagai contoh yang saya boleh perkatakan iaitu apabila di alam remaja, mereka ini lebih suka menyendiri, inginada privacy dan tidak ingin di ganggu (mungkin bukan semua remaja begini, kerana ada juga yang lebih suka berteman dan bersukaria). Ini saya perhatikan kepada anak sulong saya, bila adik-adik datang menjengok atau menegur adakalanya mengacau konsentrasi maka dia akan memarahi adik-adiknya. Ini membawa saya kepada dunia remaja saya sebelum ini, di mana saya juga begitu, lebih suka terperap di dalam bilik, tenggelam dalam dunia buku-buku cerita, bahkan bila tetamu datang seperti rasa bercinta ingin keluar dan bersalaman. Ternyata anak saya seperti melalui perjalanan yang sama seperti saya, lebih suka berada di dalam bilik walaupun ada tetamu datang, lepas bersalaman terus berkurung di dalam bilik dengan alasan ingin menyiapkan tugasan sekolah. Secara tidak langsung anak saya yang sedia ada kurang bercakap, menjadi lebih pendiam dan penyenyap. Ada juga perasaan ingin menegur dan menyatakan pandangan namun ia terhenti saat terfikir saya juga dulu begitu,saya tersenyum sendiri...
Bila diimbas semula pengalaman saya sebagai remaja dan memerhati keadaan anak saya sekarang ini, ia memperlihatkan ada beberapa perkara yang sama, namun ada juga yang berlainan (mungkin kerana dunia yang berbeza dulu dan sekarang). Apapun saya bersyukur kerana apa yang dilalui dulu memberi hikmah kepada saya dalam menangani permasalahan dan memahami dunia remaja anak-anak masa kini.. Doa dan harapan saya moga anak-anak saya bakal meneruskan apa yang terbaik dari legasi yang ditinggalkan. Moga mereka jauh dari segala fitnah dan cabaran yang begitu hebat dunia hari ini yang tiada sempadan serta mereka diberi hidayah dan kekuatan iman...
No comments:
Post a Comment