Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, January 20, 2012

Teman penghibur duka perawat lara

Berceloteh tentang persahabatan, adakala kita rasa kita rapat dengan dia tapi sayangnya tidak semua perkara kita boleg berkongsi segala dengan teman itu. Ada juga yang kita baru sahaja berkenalan, namun kita boleh berbual mesra seolah begitu lama kita mengenali si dia. Pelik juga adakalanya,  ada teman yang kita sudah lama kenal, sering bertemu, tetapi kenapa persahabatan tidak boleh erat sebagaimana sepatutnya.  Ada ketika kita berada di situasi ingin berkawan dengan dia, tetapi seperti ada sesautu yang menghalang..seperti tidak rasi dan tiada titik temu untuk merapatkan hubungan dan menjadi lebih mesra..Adakah kerana minat, sikap atau cara pembawaan dan pemikiran yang berbeza..  
Apapun hal berkait tentang teman…dalam ramai-ramai teman kita, pasti ada juga yang mesra dan rapat di mana boleh kita berkongsi segala, menjadi peneman setia kala kesedihan, menjadi tempat berkongsi kegembiraan. 
Sepintas lalu pernyataan di atas.. pernahkah kita terfikir kita ini memilih teman yang bagaimana? Adakah kerana kehebatan diri dan kemewahan yang dimiliki, atau apa sahaja yang teman itu miliki? Atau kita menyukai dia kerana sering menambatkan hati, mendamaikan jiwa dan menceriakan suasana… 
Biar siapapun teman kita biarlah dia dan kita ikhlas bersahabat ..kerana persahabatan itu pastinya dari Allah dan kerana Allah. Memetik kata-kata Imam Nawawi: "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


Buat si dia temanku yang bernama suami..moga menjadi teman setiaku buat selama..

No comments:

Post a Comment