Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, January 16, 2012

MEMBINA KELUARGA BAHAGIA


Islam amat menggalakkan umatnya berusaha bagi mencari kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat. Rasulullah S.A.W juga menganjurkan kita supaya sentiasa berdoa seperti yang terdapat dalam Al Quran yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”-Surah Al Baqarah-201
Untuk mencapai keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat  adalah melalui jalan iman dan amal. Ini amat bersesuaian dengan doa yang sering kita lafazkan untuk mendapat kedua-dua hasanah atau kabahagiaan iaitu bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Ulama memberikan pentafsiran kepada kedua-dua bahagia yang dingini ini dengan memilik kesihatan badan dan jiwa, ilmu yang dimanfaatkan, amalan yang soleh, keimanan yang teguh kepada Allah, keikhlasan dalam beramal untuk mendapat keredhaanNya, disenangi sesiapa sahaja, berbahagia dengan rezeki dan harta pemberian Illahi, kebahagiaan rumahtangga yang diserikan dengan anak yang soleh, serta mendapat ketenangan diri.  Kita sentiasa diperingatkan bahawa sesiapa yang hanya mencari kebahagiaan didunia, maka segala yang dicitakan itu kenikmatan itu akan hilang kerana kebahagiaan sebegitu hanya bersifat sementara. Keadaan ini jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud:
“Kesenangan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan Kami tidak akan anianya sedikit pun ”- Surah an Nisa- 77
Bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat maka kita perlu berpegang teguh dan yakin kepada tuntutan al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang menjadi pedoman hidup manusia sama ada untuk diri sendiri,keluarga, jiran dan masyarakat serta ummah amnya. Al-Quran berulang kali memperingatkan kita untuk memelihara keimanan yang teguh serta amalan soleh dan ikhlas kepada Allah yang dapat memberi kebahagiaan abadi. Ini dapat kita yakini dan fahami dari Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa mengerjakan amal soleh, lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”-Surah An Nahl-9


Bagi mencapai kebahagiaan berkeluarga maka suami adalah tonggak utama dalam memainkan peranan   ke arah kebahagiaan tersebut. Suami merupakan tokoh teladan  dalam rumahtangga. Suami berperanan dalam menjadi contoh sebagai Muslim Sejati yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Seorang suami wajib menjaga hubungan baik bersama isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Sikap berterus terang dengan isterinya merupakan teras dalam kehidupan. Sekiranya si isteri  mempunyai kekurangan tertentu, ia akan menyatakan kepada isterinya dengan niat ikhlas untuk membina jati diri tetapi bukan dengan maksud menghina atau mencaci.


Seorang suami yang baik serta bertanggungjawab, sepastinya tidak akan menyembunyikan rahsia yang tidak di senangi isterinya. Ia berlandaskan kesetiaan dan kepercayaan yang utuh. Selain itu apabila suami menuturkan kata-kata dengan isterinya maka dia aka berbicara dengan cara lembut dan bersopan santun. Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya pabila melakuikan kesilapan, suami juga mampu menghiburkan isterinya disaat dia kekecewaan dan kesedihan, serta berbincang-bincang dengan baik apabila memerlukan keputusan bersama.


Suami juga perlu menghargai pandangan yang diberikan isterinya dan dan jika pandangan itu dirasakan tidak bersesuaian makan alasan yang baik perlu diberikan. Seorang suami yang bertanggungjawab perlu menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Dalam masa yang sama dia tidak mudah cemburu malah perlu mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan sepenuh hati  terhadap isterinya supaya tidak timbul perkara yang boleh membawa kepada perasaan waswasas atau cemburu buta. Apabila berlaku sesuatu perkara yang tak diingini maka suami perlu bijaksana dalam menanganinya. Suami perlu sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.
 
Dalam konteks suami sebagai ketua dalam rumahtangga maka sudah tentu orang yang boleh kita jadikan contoh terbaik dalam kehidupan ini adalah baginda Rasululah s.a.w. Kecintaan baginda serta kepimpinanan yang anda memungkin baginda membina rumahtangga yang bahagia bersama Saidatina Khadijah. Ini dikatakan sebagai kisah cinta yang palimg agung. Bagi mengambil iktibar bagaimana hebatnya kecintaan dan kesetiaan Rasululah maka saya memetik penjelasan dari Al Sheikh Abi Nabilah.


Cinta Yang Paling Agung

Rasulullah tidak pernah menikahi wanita sebagai lelaki melainkan dengan Khadiijah. Dimana selepas wafatnya khadijah semua perkahwinan Rasulullah adalah kerana tuntutan risalah. Setahun selepas wafat khadijah, datanglah seorang sahabat wanita dan berkata kepada Rasulullah. ”YA Rasulullah, menikahlah. Engkau mempunyai 7 anak dan memikul dakwah besar yang harus ditunaikan. Namun kalau tidak kerana perintah Allah untuk beristeri sesudah itu niscaya baginda tidak akan menikah selamanya. Rasulullah tidak pernah melupakan khadijah walaupun sesudah wafatnya. Dalam hadith Bukahri" padd hari Fathu Makkah ketika para sahabat berkumpul disekeliling Rasulullah datang seorg wanita tua. Rasulullah lalu meninggalkan semua orang lalu pergi berbicara dengan wanita tua itu.
Aishah tertanya tanya siapakah wanita tua itu sampai Rasulullah memberinya waktu dan duduk bersamanya. Lalu Nabi menjawab orang tua itu adalah teman Khadijah Kata-kata nabi membangkitkan rasa cemburu Aisyah lalu dia bertanya kepada Rasulullah apa yang Baginda bincangkan. Lalu Rasulullah menjawab, kami berbincang tentang hari-hari Khadijah. Aisyah yang cemburu lalu berkata"Apakah engkau masih menyebut-nyebut tentang wanita tua itu, yang telah terkubur dibawah tanah padahal Allah telah memberimu pngganti yang lebih baik darinya?"
Jawapan Nabi :"Demi Allah, Allah tidak memberiku pengganti yang lebih baik dari nya. Dialah yang menghiburku manakala orang-orang mengusirku. Dia juga yang membenarkanku manakala orang-orang mendustakanku"
Aisyah dapat merasakan kemarahan Nabi dalam nada suaranya lalu berkata: "Maafkan aku Ya Rasulullah"
Lalu baginda menjawab" Mohonkan keamapunan untuk Khadijah sehingga aku memohon keampunan untuk dirimu"
Kisah dari hadith yang saya paparkan di atas dengan jelas menunjukkan bahwa Rasulullah pada ketika dia sebagai lelaki biasa sangat setia dan utuh cintanya kepada satu-satu isterinya Khadijah sehinggakan setelah isterinya wafat beliau rela menduda, sehinggalah datang perintah Allah supaya beliau berkahwin lagi. Dari hadith di atas kita lihat bahawa Rasulullah berperanan sebagai suami baginda setia pada yang satu iaitu Khadijah, tapi sebagaio seorang Rasul baginda berkahwin ramai atas sebab arahan Allah dan tuntutan risala. Manakala kita sebagai manusia biasa pada keadaan biasa perlu setia kepada isteri yang satu sehinggalah wujud hal atau perkara yang membawa kepada keperluan untuk menambah isteri berdasarkan tuntutan syaraie seperti membawa wuqu' pada maksiat, menyelamat armalah dan lain-lain ”

Bagi membina keluarga yang bahagia maka suami perlu menyedari hakikat tanggungjawab dan tidak semata berkahwin atas tuntutan nafsu dan keinginan semata-mata. Perjuangan membina sebuah keluarga bahagia bukan semata terletak di atas bahu suami malah meliputi peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga terutamanya isteri. Bersambung di siri yang lain maka saya simpulkan artikel ini dengan satu ayat yang bermaksud:
 " ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "-Surah Al-Baqarah: 216

Wallhuaalam 

Ummu ieman ihsan

No comments:

Post a Comment