Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, January 31, 2012

Tentang Poligami

Kadang-kadang seronok juga bersembang secara ilmiah di fb group..seperti biasa topik utama rakan-rakan saya  dari kalangan lelaki akan menjadikan topik hangat mereka yang sering menjadi selingan walapupun isu lain yang dibincangkan iaitu Poligami.. ada masa isu menjadi panas, ada masa ia menjadi lawak jenaka..apapun saya memetik hujjah perbahasan saya bersama rakan-rakan yang mungkin boleh dijadikan renungan dalam membicarakan tentang poligami...


Persoalan yang sering dibangkitkan adalah kalau memberi mudarat kepada perkahwinan pertama adakah harus berplogami?.....apakah konsep poligami yang kita pakai, pelindung atau keseronakan?....kalau mengikut sunnah biarlah berada diatas landasan sunnah.... barulah Islam itu indah.
Perlu diingatkan poligami perlu dilihat dan dipastikan agar tindakan itu tidak mendekatkan diri kita dan orang yang terlibat kepada neraka. Ini kerana poligami didatangkan untuk menyelesaikan masalah bukan untuk mendatangkan masalah. Sekiranya poligami mendatangkan masalah adakah kita berada di atas landasan sunnah? Memetik komen Ustaz Ahmad Baie Jaafar, Penolong Pendaftar Nikah Selangor...."Perlu diingat, tidak semua lelaki layak berpoligami selagi mereka tidak boleh mengikut apa yang dilalkukan oleh Rasulullah. Kuncinya, kalau anda tidak layak bagaimana keadilan boleh ditegakkan."
Menyentuh pula soal nafkah, Ustaz Ahmad Baie juga menyebut...."Dalam soal ini suami tidak boleh mengurangkan nafkah seseorang isterinya dengan alasan isteri mempunyai sumber kewangan sendiri, apatah lagi mengurangkan nafkah isteri pertama dengan alasan terpaksa berkongsi dengan isteri baru." Suka saya memetik komen Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj...kajian keatas wanita bekerja menunjukkan wanita bekerja menyumbang 80% pendapatan kepada isi rumah keluarga, keadaan ini telah menyumbang kepada faktor suami berada di dalam keadaan selesa dan merasakan mampu untuk berkahwin. Jika kita kaji....sekiranya pembiayaan rumah dikongi denga isteri, pembiayaan sekolah dan tiusyen anak dikongsi dengan isteri, adakah sebenarnya kita berada didalam kategori yang "berkemampuan"
Ada beberapa kes wanita ingin bercerai sebab tidak tahan kerana terpaksa menanggung keluarga dan dalam masa yang sama suami sibuk ingin kahwin lain.Pihak suami perlu menyedari bahawa apabila isteri berkerja mungkin salah satu sebab kerana ingin membantu keluarga,  tetapi dalam masa yang sama mereka ada ibu bapa yang selama ini telah berkorban membesarkn mereka, jadi isteri ada kemungkinan ingin membalas jasa,kerana ada ketika mengharapkan duit gaji suami ada yang segelintirnya cukup bulan gaji sudah pun kehabisan. Ada juga isteri yang ingin berhenti kerja tetapi dilemma sebab pendapatan suami tidak mencukupi. Terdapat juga beberapa kes dimana berlaku perceraian dengan isteri kedua yang mana anak ditinggalkan kepada suami. Suami kemudiannya memberikan tanggunjawab itu kepada isteri pertama
Berdasarkan laporan diatas, amalan poligami sekarang didapati tidak menepati sunnah Rasullullah, malah tujuan mereka berpoligami langsung tidak sama dengan tujuan Rasulullah berpoligami. Sebagai bukti, cuba senaraikan 10 tujuan poligami dan cuba padankan dengan poligami yang diamalkan masayarakat kini.
Apa yang jelas, perkahwinan mereka adalah untuk menyelesaikan masalah keperluan seks sahaja. Selain itu, poligami yang diamalkan pada hari ini banyak menimbulkan masalah, bukan menyelesaikan masalah. Berdasarkan itu, disarankan kepada para suami agar memastikan terlebih dahulu samada diri layak untuk berpoligami atau tidak tidak berdsarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam "sikap adil suami “ ini akan menjadi penentu sama ada bahagia berpolligami ataupun sebaliknya.
Sebagai menyimpulkan perbahasan maka perlu diingatkan, 3 elemen penting dalam poligami adalah:
1) Kemampuan; kemampuan boleh menjamin keadilan,
2)Kejujuran; kejujuran boleh menjamin kerukunan
3)Keimanan; boleh menjamin tanggungjawab untuk anak dan isteri....


Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment