Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, January 27, 2012

Mencari Rezeki Yang Halal

Rasulullah mengingatkan kita bahawa apabila bekerja mestilah kita menjadi pekerja yang tekun:
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.(Riwayat Al-Baihaqi)
Dunia adalah diumpamakan sebagai ladang tanaman yang mana di atas ladang dunia inilah kita mencari rezeki, menabur bakti dan menambahkan amal ibadah serta mengurangkan dosa. Mengapa dikatakan perlu mengurangkan dosa? Kenapa tidak  dikatakan menjauhi dosa? Perlu diingatkan di sini, mengurangkan dosa kerana apa? Kerana kita adalah manusia biasa yang tidak maksum, sememangnya kita manusia sering lalai dan tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun, jangan ini dijadikan alasan untuk kita berbuat dosa dan kemaksiatan kerana kita boleh berusaha untuk memperbaiki diri dari tidak melakukan dosa yang dilarang serta tidak membuat kerosakan atau perkara yang ditentang oleh Allah Maha Pencipta.
Ramai yang berbuat dosa kerana mencari dan mengejar rezeki yang haram. Mata dikelabui oleh material yang indah-indah serta sesuatu yang dilihat hebat dang ah padahal ianya haran. Ada yang sanggup mengambil rasuah, menipu dan berbohong semata-mata kerana tamak dan gelojoh kepada kebendaan dan keseronokan dunia. Ada yang rela terputus hubungan dengan keluarga semata-mata kerana mengejar kekayaan  bahkan ada juga yang sangugp berbunuhan kerana hal-hal dunia. Alangkah malang buat diri jika melakukan perkara sedemikian. Hadis yang sering diperdengarkan : "Bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok." Sesetengah ulama menganggap hadis itu sebagai athar Umar bin al-Khattab.
Ada banyak perkara yang boleh menghasilkan kekayaan, namun ia bukan melalui cara yang mudah. Segalanya perlu dari usaha dan ikhtiar serta doa dan niat yang ikhlas. Oleh itu carilah sebanyak mungkin rezeki Allah yang halal, kerana rezeki yang halal menjamin keberkatan, dan keberkatan menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup. Sebagaimana hadith Rasullulah menerangkan;
Jika Allah menghendaki kebaikan bagi hambanya, maka dia menyegerakan hukuman di dunia. Jika allah menghendaki keburukan bagi hambanya, maka dia menahan hukuman kesalahannya sampai disempurnakannya pada hari kiamat."(Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi, Al-Hakim, Ath-Thabrani, Dan Al-baihaqi)

Dipetik dari buku Khalifah Jiwa .Nukilan Ummu Ieman Ihsan

No comments:

Post a Comment