Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, January 12, 2012

Kisah Si Katak

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta. Maka perlumbaan pun dimulakan.
Secara jujur, tidak seorang pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan mampu mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada peluang untuk berjaya kerana menaranya terlalu tinggi!" itu antara kata-kata yang dilemaprkan oleh penonton.
Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sukar, pasti tidak ada seorangpun akan berjaya!”
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah kalah.
Namun dalam banyak yang menyerah kalah ada SEEKOR KATAK sahaja yang meneruskan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia tidak menyerah kalah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini mampu melakukan dengan jayanya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak itu mendapatkan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu mengatakan dia tidak mendengar segala kata-kata orang sekelilingnya kerana dia SEBENARNYA PEKAK. Dia mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya sewaktu dia mendaki ke puncak. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: menggapai puncak tertinggi dan tidak mendengarkan segala yang negatif yang akan membantutkan usaha dan cita-citanya!


Apakah ibrah, hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini?
Segala kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan! Kalaulah sang katak itu tidak pekak atau tidak tuli, sudah tentulah dia juga akan mengikut jejak rakan-rakannya yang tewas, tidak bersemangat dan akhirnya jatuh dek kerana cemuhan dan kata-kata negatif yang tidak melonjakkan bersemangat dari para penontonnya.
Ertinya, kita “buat-buat pekak” sahaja kepada orang yang mengutuk dan mencemuh usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta komitmen yang tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka yang mengutuk dan mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka mahu melihat kita gagal dan jatuh. Jadi, adakah kita hendak membiarkan kita tewas dan jatuh dek hanya kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Jangan begitu mudah mendengar kata-kata orang yang ingin mengagalkan kita. 
Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan diri kita. Kita yang tahu segala misi dan visi kita maka mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita usahakan dan lakukan adalah niat dan melalui usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar dengan syariat agama, maka apakah yang perlu kita peduli dengan segala kritikan cemuhan dan kutukan mereka?
Kita boleh menerima teguran membina dan krtikan yang postif namun ada sesekali, kita juga perlu memekakkan telinga walaupun dikurniakan Tuhan telinga yang baik dan jelas untuk mendengar!

No comments:

Post a Comment