Kisah Dia
Dia yang ku kenal adalah seorang yang sangat ceria, suka tertawa, mudah berkongsi dan apa yang penting dia amat memahami serta menjadi orang yang banyak memberi sokongan kepada ku. Persahabatan antara kami bersemi saat aku dan dia disatukan dikelas yang sama di MMP. Sepanjang enam tahun menelusuri tempuh pembelajaran ternyata begitu banyak kenangan yang telah ku kutip dan lakarkan bersama dia.
Aku bukan setakat mengenali dirinya malah seluruh isi keluarganya. Sebagai anak sulong dia adalah ketua kepada adik-adiknya. Memang amat sesuai dengan karakter dirinya. Sepanjang bersahabat rumahnya adalah tempat kunjungan wajibku untuk melepaskan rindu saat aku tidak pulang ke kampung sewaktu cuti hujung minggu. Dia pelajar yang berulang alik setiap hari dari rumah ke sekolah, manakala aku pula tinggal di asrama, maka ada banyak masa aku kabiskan bersamanya.
Kisah Aku dan Dia; Sekolah
Disekolah aku adalah ulat buku cerita, dia pula bergelar pengawas, maka ia menjadi satu konflik kepada dirinya kerana buku cerita seperti M&B, novel danielle Steel, Virginia Andrews dan banyak lagi novel Inggeris tidak dibenarkan dibawa kesekolah, aku pula adalah teman baiknya. Kadang-kadang dia terpaksa memejam mata dengan minatku ku. Disekolah aku bukanlah kategori pelajar yang rajin mentelaah buku pelajaran tapi aku suka mentelaah buku ceritai tu memang kegemaranku. Hingga pernah satu ketika guru Bahasa Inggeris yang rapat denganku menjadi geng komplot buku cerita. Guruku adalah peminjam utama buku ceritanya kepada ku. Sememangnya minat membaca buku cerita ini sebatihingga aku belajar di universiti.
Banyak perkara yang aku kongsikan, terutmna kisah cinta remajanya. Akulah yang akan menjadi pendengar setia kepada segala cerita-cerita Dia dan temannya. Dia adalah sahabat yang sering menjadi orang yang akan memarahiku saat dia melihat aku kurang belajar. Sememangnya Dia amat prihatin dengan diriku. Kami tusyen ditempat yang sama untuk persediaan SPM. Setiap kali waktu belajar dia akan memastikan aku akan fokus kepada apa yang diajar oleh cikgu. Almaklum aku suka tidur sewaktu tuisyen.Apa yang dia akan pastikan adalah mencubitku bila melihat mataku sudah semakin layu.Hingga merah-merah kulitku menjadi bahan cubitannya. Namun kau tidak pernah sekali marah. (tapi bukan waktu belajar disekolah). Ini mungkin kerana aku keletihan tinggal di asrama yang mana semuanya perlu diurus sendiri. Nama sahaja tinggal di asarama tetpai kami sebagai pelajar perlu masak sendiri, beli makananan sendiri. A-Z kami perlu berdikari.
Selepas tusyen, biasnya kami akan merayap dikedai buku, makan di A&W di bandar KB. Adakal aku akan menghabiskan masa membaca buku cerita dirumahnya. Bilik tidurnya menjadi tempat kami berkongsi segala cerita pahit dan manis. Segala gelak ketawa kami menjadi sesuatu yang sangat syahdu untuk aku kenang saat ini. Aku masih ingat sewaktu diberi tugasan oleh seorang guru kerana esoknya kami akan disoal. Aku seperti biasa tidak mengambil endah sangat kerana sebagai mana aku katakan aku bukanlah serajin Dia dalam soal mentelaah pelajaran. Apa yang dia buat diambil buku dipaksa aku untuk membacanya dan dia juga membacakan untukku supya aku tidak melakukan perkara-perkara lain. Itulah sahabatku, yang akan memastikan aku mencapai sebagaiamana dia capai. Dia akan pastikan aku belajar sebagaimana Dia belajar.
Apa yang Dia suka bila aku dirumahnya adalah aku suka mengemas almari dan biliknya, ibarat bilik Dia seperti biliku sendiri. Sebagai upah mengemas minuman colkat kegemaranku akan dihidangkan. Selepas SPM kami keluar makan bersama. Pernah satu ketika kami pergi ke pantai Malawi bersama sahabat yang lain menikmati suasana damai. Memang banyak masa kuhabiskan bersamanya...Ibu dan ayahnya juga sudah sedia maklum akan persahabatan aku dan Dia yang begitu akrab. Pernah dibawa aku berjunpa sepupunya yang tinggal di kota lama berkongsi cerita dan impian yang sama. Selalu juga dia memandu kereta membawa ku berjalan-jalan melihat kota. Namun biarpun kami bebas melakukan apa sahaja tetapi kami berdua tidak pernah melanggar susila. Disekolah aku dan dia akan makan bersama waktu rehat. Disitu kami akan bersama dengan sahabat yang lain berkongsi cerita dan kisah sepanjang hari perskolahan. Pernah satu ketika kami hampir kehilangan Dia. Dia disahkan mengidap denggi berdarah. Ramai pelajar diminta untuk menderma darah kepadanya. Lama dia terlantar dihospital. Aku orang yang paling takut kehilangan dia apalagi keluarganya. Saat aku melawatnya memang sedih melihat keadaan dirinya. Namun Allah masih sayang padanya kerana dia sihat kembali setelah menjalani rawatan yang lama.
Kisah Aku dan Dia; Universiti
Waktu memang cepat berlalu, saat ini seperti satu keterpaksaan untuk kami kerana terpaksa berpisah dek kerana cita-cita tersendiri. Dia punya impian berbeza. Begitu juga diriku. Dari dulu dia berimpian untuk belajar di luar negara mengikut sepupunya. Maka dia memilih untuk mengambil A level di sebua universiti tempatan. Aku pula memilih UIA sebagai destinasi belajar yang sesuai dengan impianku. saat berpisah memang tidak dapat aku katakan betapa aku sanggup tidak sekolah pada hari dia mengadakan kenduri kesyukuran. Aku sendiri tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama mengjalani sedikit waktu yang terluang untuk bersama dengannya. Bnayka gambar kenangan kami rakamkan bersama. masih kusimpan didalam album lama hingga kini.
Di universiti pada peringkat awal kami memang susah untuk bertemu. Sehingga aku dan beberapa sahabat memberanikan diri untuk naik bas ke Shah Alam di asrama tempat Dia belajar. UIA yang terletak di Lembah Pantai waktu itu bukanlah tempat biasa bagi diriku, namun dek kerana keinginnan yang kuat ingin berjumpa Dia, maka ketakutan dek kerana tidak biasa di tempat orang aku tempuhi juga. Saat pertemuan itu persahabat kami bertaut kembali. Selepas itu, Aku dan Dia sering kunjung mengunjung walaupun tidak kerap seperti biasa. Malah cerita terkini tentang temannya juga ku simpan kemas dilipatan hati. Sehinggalah tiba saat dia akan berangkat ke luar negara untuk menyambung pelajaran ke tahap seterusnya. Saat itu kami merasa sungguh terseksa untuk menerima sekali lagi sebuah perpisahan. Sewaktu di luar negara ada sekali-sekala dia berutus berita, namun tidak kerpa seperti sebelumnya kerana kami sibuk dengan pembelajaran masing-masing hingga pernah setahun kami terputus berita. Sewaktu di sana dia rupanya telah berjumpa dengan jejaka idaman yang sama kerjaya dan cita-cita. Aku dari jauh sekadar mendoakan kebahagiaan untuk dirinya. Ku tahu dia yang telah terputus hubungan dengan temannya yang sebelum ini telah ada penganti pengubat duka lara.
Kisah Aku dan Dia; Alam Rumahtangga
Persahabatan kami masih utuh biarpun setelah tamat belajar dan berada ditempat berbeza. Aku lebih dulu berumahtangga dari Dia. Sewaktu aku melangsungkan perkahwinan dia berada di luar negara. Namun bila aku telah mendapat seorang cahaya mata dia berkunjung kerumahku melawat kami. Kebetulan dia ada temuduga di tempat kerja yang baru. Maka aku menghantarnya ke tempat temuduga tersebut. Dan kami berpisah saat itu. Ternyata hari bahagia untuknya tiba jua, aku menerima jemputan perkahwinan, Dia akan berkahwin dengan jejaka pilihannya. Memenuhi undangan sahabat aku pulang ke kampung halaman untuk meraikan Dia. Saat kami tiba Dia berada dipelamin persandingan. Maka dari jauh aku lambaikan ucapan, 'moga Dia bahagia bersama suami tercinta".
Masa begitu cepat berlalu, Dia bekerja di utara tanah air sementelah suaminya juga berasal dari sana. Kami jarang berhubung kerana kesibukan kerja. Namun ada ketika aku teringat kepada Dia. Setiap kali hari raya aku pasti akan berkunjung ke rumahnya. kali terakhir aku bertemu adiknya sewaktu di UIA. Lantas kuminta no telephone Dia yang terkini. Kata si adik, kakaknya akan balik pada hari raya nanti. Dek kesibukan bekerja dan sambung belajar aku terlupa untuk menghubungi Si Dia biarpun cerita tentang Dia kudapat dari adiknya namun aku sememangnya rindu untuk bertemu Dia. Alasan Mengajar, Belajar, Menjadi suriruamhtangga menyebabkan niat untuk mengubunginya terlepas begitu sahaja, terutama untuk menghubungi Dia.
Kebetulan raya tersebut adalah giliran aku berhari raya di kampungku. Sewaktu ingin pulang ke rumah mertua aku singgah dirumahnya untuk melepaskan rindu. Saat aku sampai ditangga rumahnya ibunya berkata " Dia baru lima minit pulang ke Utara"
Alahai alangkah kecewa rasa dijiwa.
Aku terlewat hanya lima minit. Kata ibunya : "Telefonlah dia..."
Aku pula tidak mahu menyusahkan Dia." Tak mengapa mak cik ada masa kami bertemu jua.."
Jawabku pada ibunya sambil meminta diri setelah menjamah juadah hari raya.
Kisah Dia yang telah pergi buat selamanya
Kepulangan aku ke Kuala Lumpur seperti ada perkara yang tidak selesai. Ingatanku kepada Dia memang seperti tidak keruan.Kenapa agaknya? Ternyata beberapa ketika aku mendapat sms dari adiknya yang mengatakan " Kak..Dia sudah tiada kerana accident kereta".
Hati mana tidak merasa duka mendengar khabar sebegitu. Menyesal aku tidak terhingga kerana seringkali menangguh kesempatan yang ada untuk aku untuk mengubungi Dia tidak aku lakukan. Aku tidak dapat pulang kerana kerja, namun sewaktu cuti aku singgah di rumahnya bertemu dan berkongsi kesedihan dan kisah kehilangan dari kedua ibu bapanya. Setelah itu aku ke pejabat adiknya untuk mendengar keseluruhan cerita. Menurut adiknya " Dia telah mempersiapkan segala file dam wasiat kepada suaminya seperti Dia tahu Dia akan pergi buat selamanya..."
Sebak aku mendengar segala cerita kerana anaknya masih kecil seorang berusia empat dan satu tahun. Usianya masih begitu muda untuk dia pergi menemui Illahi. Namun siapa kita untuk melawan takdir. Aku yang tinggal ini seringkali dihimpit rasa bersalah kerana seirng bertangguh untuk menghubungi Dia. Antara Aku dan Dia banyak sungguh cerita lakaran suka duka pahit dan manis sewaktu alam persekolahan. Banyak gambar kenangan kami bersama aku rakamkan bersama Dia. Aku dan Dia yang berkongi hampir segala kegemaran. Kenangan dan memoriku sewaktu di sekolah dan juga di univerisiti banyak aku kongsikan bersama Dia. Kehilangan sahabat karib menyebabkan aku mengambil masa hampir 20tahun untuk menziarah sekolah lamaku. Aku seperti inign melupakan banyak perkara setelah kehilangan Dia. Temapt jatuh lagi di kenang lagikan pula temapt kami memahat kenangan dan memori bersama..Sesungguhnya selama kami bersama..
Dia banyak mengisi ruang kosong dalam kehidupanku yang bergelar anak yatim...
Dia sering mengisi kesepianku yang berjauhan dari keluarga..
Dia selalu memberi kekuatan pada diriku...
Dia sahabat yang tiada galang gantinya...
Dia yang sering datang dan hinggap dalam memori ingatanku...
Moga ruhnya damai dialam sana..
Alfatihah buat Dia...
No comments:
Post a Comment