Perbincangan ini mengingatkan saya tentang teori psikologi 'tabula rasa' yang amat menekankan pendidikan anak-anak adalah dari cara didikan ibu bapa (nurture). Ia lebih melihat pentingnya bagaimana anak-anak ditarbiyyah. . Memang saya katakan sebelum ini bahawa peranan persekitaran memainkan peranan dalam mendidik anak-anak, namun jangan kita lupa mendidik anak-anak juga adalah tanggungjawab ibu bapa. Inilah dkatakan nurture vs nature'. Ini juga terbukti dari Hadith Rasullullah s.a.w. yang bermaksud : "seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi "
Apa yang boleh dipelajari dari sini, bapa perlu menjadi pengarah dan ibu pula menjadi pengurus. Apabila menjadi pengarah bapa perlu tahu apa yang baik untuk di arah pada anak-anak. Kita lihat kenapa anak-anak menjadi tidak berdisiplin kerana bapa sendiri kurang menunjukkan disiplin yang bagus pada anak-anak, terutama dalam hal solat, apa lagi solat jemaah. Maka apabila bapa tidak mengambil tugas mengarah maka jadilah ibu mengambil tugas mengarah dan juga mengurus. Bila ini berlaku si ibu akan dianggap sebagai suka berleter dan bapa pula sekadar menjadi pemerhati. Mungkin tidak semua begitu keadaanya, namun jika keadaanya begitu dalam rumahtangga, ia masih boleh diperbetulkan, baik ibu atau bapa, mereka berdua perlu menjadi model yang pertama kepada anak-anak.
Sebagaimana yang saya tekankan dalam pandangan saya sebelum ini, ibu bapa perlu dijadikan ikon atau idola pertama oleh anak-anak sebelum orang lain. Jika ibu bapa ingin menjadi idola/ikon maka mereka perlu menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak. Jangan menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Dimana kita ingin membetulkan si anak tapi diri sendiri masih berbuat silap. Jika tersilap sekalipun mari kita sama-sama memperbetulkan apa yang silap dalam mentarbiyyah anak-anak. Moga anak-anak kita mempunyai jati diri yang kental hasil didikan hebat kita. Wallhauaalam
Ummu Ieman Ihsan

No comments:
Post a Comment