Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, January 12, 2012

INSPIRASI KERJAYA Siri 1

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang indah, bila memperkatakan tentang kerja atau kerjaya apabila kita ajukan soalan begini pada anak kita atau adik-adik kita ” adik bila besar nak jadi apa?” Maka ada pelabagi jawapan yang lucu, yang luar biasa akan kita peroleh dari kanak-kanak tersebut. Ada kalangan mereka yang terpikat dengan artis dek pengaruh media maka mereka akan menyebut nama artis tersebut dan menanam cita-cita ke arah itu. Ada juga yang mersakan hebat dan bergaya orang yang memakai uniform tentera, bomba, kastam atau apa-apa sahaja kerjaya yang berkait dengan pemakaian uniform maka mereka akan berkata” adik nak jadi askar bila besar nanti” atau ” Amir nak jadi ahli bomba sebab bomba dapat tolong orang padam api”. Biar apa pun jawapan dari kanak-kanak ini adalah inspirasi kerjaya mereka.
Ibu bapa yang memiliki kerjaya yang tertentu merupakan inspirasi secara tidak langsung kepada kanak-kanak apabila mereka melihat kerjaya ibubapa mereka. Ada dua hal, ada yang negatif ada yang positif. Contohnya kata Adila yang berusia enam tahun” Dilla besar nanti Dilla nak jadi macam ibu, ibu Dilla cantik bergaya, hari-hari ibu pakai cantik-cantik”. Bila ditanya apa kerja ibunya, jawab Dilla ” Ibu Dilla jadi model, itu sebab Dilla nak jadi macam ibu”. Lain pula dengan Ismah, kata Ismah ” saya tak suka ibu kerja jadi jururawat sebab kadang-kadang ibu tak balik rumah waktu malam, Ismah nak jadi cikgu bila besar nanti,  Ismah suka jadi cikgu sebab Ismah nak jadi macam Cikgu Yati, Cikgu Yati baik, suka buat kelakar dalam kelas” . Itu keletah kanak-kanak yang membayangkan inspirasi kerjaya mereka bersandarkan orang-orang sekeliling mereka terutama ibu bapa. 
Dipetik dari buku Inspirasi dan Motivasi Kerjaya yang bakal diterbitkan.

No comments:

Post a Comment