Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, January 1, 2012

Diari Seorang Penulis 11

Kenapa kita menulis? Adakah kerana merasa diri hebat atau banyaknya ilmu didada? Atau menulis kerana ingin menyampaikan apa yang tersirat? Adakah juga kita menulis kerana ingin melepaskan dendam kesumat dengan melemaprkan kata-kata yang negatif? Sebab mengapa kita menulis ada dalam diri masing-masing. Bagi siri saya menulis kerana ingin menyampaikan hasrat dan pandangan. Jika ianya baik maka ambillah ia sebagai teladan dan panduan buat diri. Jika ianya tidak baik maka jadikanlah ia sebagai sempadan. Menulis pada diri saya adalah salah satu cara untuk berdakwah, ia bukan kerana kita bagus atau lebih pandai, tetapi menulis juga adalah satu perjuangan dalam menyampaikan perkara kebaikan atau berkongsi apa yang boleh memberi manfaat untuk semua.

Menulis memang nampak mudah apabila membaca setiap barisan ayatnya. Mungkin juga ada yang merasakan itu susah dan ia bagi orang yang pandai meunturkan ayat semata. Pada hemat saya, menulis tidak susah dan tidak juga mudah. Namun menulis perlu melalui amali atau ada perkara yang ingin dinyatakan. Untuk memulakan penulisan adakala kita perlukan idea atau mood yang tersendiri. Jangan lupa kreativiti juga boleh menjana idea kepada penulisan. Bagi diri saya menulis itu perlu dengan niat yang betul demi menyampaikan apa yang baik. Memang manusia itu tidak semestinya hebat untuk ia menyampaikan rasa hati melalui penulisna, apa yang penting kita perlu menjadi sedikit  BERANI  untuk menyampaikan apa yang tersirat dalam bentuk penulisan.

Cabaran menulis ada masa kita perlukan ketenangan dan suasan yang damai untuk mencoretkan rasa. Namun ada ketika ditengah hiruk pikuk juga kita mampu mecatatkan idea. Inilah yang diaktakan hidayah Allah. Ada ketika idea datang mencurah saat kita memandu kereta, ada masa idea datang sewaktu kita bersendirian. Oleh itu berilah peluang pada diri anda untuk menulis segala rasa..berilah diri waktu untuk menafaskan segala yang terpendan dijiwa..mungkin kita bukan penulis yang TERBAIK..tetapi kita boleh memilih melatih diri menjadi insan TERBAIK dengan cara menulis sesuatu yang BAIK untuk manfaat dan ingatan pada DIRI SENDIRI DAN JUGA ORANG LAIN.


Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment