Seorang sahabat FB bertanya kepada saya kenapa tabiat manusia ini, cepat jadi boring dengan benda yang selalu atau sering mereka lihat, rasa, pegang. Walaupun barang/benda tersebut pada suatu ketika dulu atau pada awalnya merupakan sesuatu yang amat istimewa bagi dirinya. Sebagai contoh yang mudah seperti kereta kita beli, baju yang kita pakai, handpone dan lain lain lagi. Keadaan ini tidak terkecuali kepada pasangan hidup kita. Walaupun sesetengahnya sudah memiliki pasangan terhebat dari fizikal dan rupa parasnya, dan sebagainya. Ada yang dahulunya seperti ratu cantik, dilihat sebagai loving couple yang hebat pada awalnya percintaan, tapi sifat mudah boring/jemu tadi masih menghantui manusia. Hasilnya banyak berlaku perpisahan/perceraian di dalam rumahtangga. Persoalan yang dilontarkan itu menyatakan, adakah itu satu sifat yang normal pada manusia? Jika sekiranya normal, bagaimana kita boleh mempertahankan ATAU mengekalkan quality persepsi/emosi postitif terhadap barang/asset/pasangan yang kita miliki agar walupun dimamah usia kita tetap mempertahankan kasih dan sayang tersebut.
Seorang sahabat memberikan komen beliau bahawa tiada istilah boring dalam berhubungan suami isteri, cuma transformasi (pinjam ayat Najib) perlu sentiasa ada, macam kita selalu tukar cadar katil, ubah kedudukan perabut dalam bilik/dalam rumah, so penampilan kita pun perlukan perubahan juga selari dengan masa dan keadaan. Manakala seorang lagi sahabat yang bertitle Ustaz menyatakan bahaw persoalan jemu itu tidak perlu timbul kerana sebenarnya semua benda atau yang bersifat kebendaan akan kita tinggalkan saat kita pergi ke alam baqa kecuali pasangan kita (pasangan akan bertemu di syurga kelak). Oleh itu sepatutnya kita tidak jemu dengan pasangan kita kerana perkara yang paling istimewa di dunia ini adalah isteri yang solehah atau suami yang soleh, dan untuk mendapat pasangan yang soleh/solehah bukanlah mudah kerana itu yang kita miliki di dunia dan akhirat.
Dari sini kita perlu kembali kepada Islam itu sendiri. Hakikat kehidupan di dunia adalah manusia terleka olehnya. Sebab itu 3 perkara yang perlu sempurnakan iaitu bukan setakat mengaku Islam tetapi menghayati dan mengamalkannya, bukan setakat mengaku beriman tetapi bagaimana mengaplikasikan dalam seluruh kehidupan dan lebih penting lagi ihsan..yang sering tiada dalam diri seseorang yang bergelar Muslim.
Pertanyaan ini juga mengingatkan saya pada article “KENAPA PERLU CURANG”. Mungkin inilah yang menyebabkan seseorang berlaku curang iaitu jemu dengan pasangan mereka. Soalnya kenapa perlu/boleh rasa jemu? Kenapa kasih sayang itu tidak dapat dipupuk dan dikukuhkan lagi..Cinta yang ikhlas sepatutnya ibarat jika datang bidadari dari langit pun, pasangan kita itulah yang kita dambakan.. hatta pasangan kita itu buruk rupa sekali pun namun kasih kita tidak berbelah bagi. Tanyalah diri kita, adakah kita memilih kerana rupa atau apa? Jika kasih sayang kita pada pasangan kita itu dari Allah dan kerana Allah maka sudah pasti tidak akan timbul rasa jemu dan ingin bertukar pasangan yang lain…Insya Allah kita boleh bersamanya hingga hujung nyawa..
Untuk menjawab persoalan ini saya memetik emel jawapan saya kepada seorang hamba Allah yang menghantarkan emel beliau kepada saya tentang permasalahanya.. catatan ringkas saya kepada beliau..
“kehidupan ini sebenarnya pentas ujian...apa yang kita impikan atau yang kita suka Allah tidak memberi kepada kita. Apa yang kita tidak suka itulah yang dihadapkan kepada kita. Kenapa demikian? Supaya kita mantapkan diri dengan keimanan, menerima dengan redha dan berlapang dada. Dari situ kita akan menjadi tenang dan mencapai bahagia. Kita cenderung melihat kekurangan yang ada hingga kita terlupa untuk bersyukur atas apa yang Allah anugerahkan kepada kita yang tidak orang lain miliki, padahal orang lain ingin sebagaimana kita ada. Namun kita perlu ingat, Allah tidak memberi kepada kita semua perkara.. Kerana apa? Kerana hidup ini adalah satu perjuangan dan juga pengorbanan untuk menyempurnakan tujuan kita diatas muka bumi iaitu BERIBADAT KEPADA-NYA. Hidup bukan semata mendapatkan apa yang kita inginkan tetapi redha atas apa yang tidak kita miliki., ” Oleh itu BELAJAR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI….
Wallahuaalam.
Ummu Ieman Ihsan
Bagi memahami persoalan di atas dengan lebih jelas nantikan buku saya Jodoh dan Perkahwinan terbitan PTS Publication.
No comments:
Post a Comment