Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, January 6, 2012

Jika Itu Bukan Rezeki Kita...

Saat diri menerima panggilan dari seorang sahabat sewaktu azan maghrib berkumandang dan saya sedang memandu kereta pulang dari ofis,  berita yang disampaikan itu sungguh memedihkan jiwa dan perasaan namun amat saya syukuri kerana ia memberikan saya satu lagi hikmah untuk saya renungi dan pelajari serta mendekatkan lagi pasrah diri ini kepada Rabb yakni Dia yang mengetahui segala rahsia yang tersembunyi, Dia yang Maha Mengetahui segala peristiwa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku....

Siapakah kita yang mampu menolak segala takdir yang ditentukan kepada kita? Saya percaya kepada rezeki Allah itu di mana-mana. Namun kita juga perlu memahami satu hakikat bahawa " jika itu bukan rezeki kita" maka terimalah kerana pasti ada sesuatu yang lebih besar Allah akan gantikan kepada kita, jika tidak kepada kita pastinya kepada orang-orang yang kita sayangi. Jika tidak di dunia ini pastinya di negeri abadi. Apalah yang ada pada dunia, ia tidak bererti apa-apa jika segalanya tidak manfaatkan kejalan Allah. Dunia sekadar lapangan atau pentas untuk kita menimba sebanyak mungkin pahala dan ganjaran untuk di bawa ke alam baqa. Maka apalah sangat dikejar sesuatu yang biarpun sebenarnya hak milik kita namun diambil orang lain atau ada orang yang menidakkan sesuatu yang sepatutnya menjadi hak kita..atau jua orang yang menabur pasir dalam periuk nasi kita... Maka fahamilaha diri...
Apalah sangat dengan segala kebendaan itu jika ianya sementara dan sekadar perhiasan dunia..apalah sangat segala gelaran dan pangkat jika ia sekadar menobatkan kehebatan pada kaca mata manusia . Semua itu  ibarat fatamorgana yang mengaburi pemandangan mata zahir kita, bah ia juga akan mengaburi pandangan mata hati kita. Hakikatnya Dia yang miliki segala...

Peristiwa semalam juga mengingatkan saya salah satu kisah perit perjalanan saya menyusuri cabaran menamatkan pembelajaran. Waktu itu saya terpaksa memberi sepenuh masa dan fokus saya kepada menyiapkan kajian yang penuh kesukaran (dek kerenah manusia yang pelbagai) dalam masa yang sama anak-anak sangat membutuhkan masa untuk bersama ibu mereka, selain itu saya juga perlu menghadirkan diri ke kelas untuk mengajar anak-anak didik saya. Ditambah dengan pelbagai cabaran kecil dan besar yang sering singgah dalam kehidupan maka saya hanya mengadu segalanya kepada Dia. Biar begitu keadaanya saya masih bernasib baik kerana suami serta ahli keluarga sangat memberi sokongan kepada saya dalam menempuh cabaran itu. Biarpun ada masanya airmata saya tumpah juga dengan ujian yang begitu perit saat menamatkan perjuangan tersebut.  Mungkin ramai yang akan tewas ditengah jalan bagi sesiapa yang tidak mampu bertahan dengan segala kesukaran.

Saat diri begitu hina di mata manusia, saat kita terasa begitu tersisih dengan keadaan, saat diri rasa begitu sunyi kerana hanya kita yang memahami hakikat ujian itu yang tiada siapa dapat membantu kita.. Hanya orang-orang yang rapat dan yang pernah menempuh laluan yang sama mengetahui serta merasai betapa sukar perjalalan itu. 
Saya pasarah dan berdoa kepada Allah biarlah pengalman perit menumpuh kesukaran menuntut ilmu ini diberikan kepada saya, saya redha jika ini ujian yang Allah berikan (biarpun ramai dikalangan sahabat saya merintis perjalanan  mereka dengan begitu mudah), dengan harapan biarlah Allah memudahkan anak-anak saya menempuh ujian mereka menuntut ilmu. Doa saya juga agar mereka diberikan kejayaan yang cemerlang. Lebih penting lagi biarlah anak-anak saya menjadi anak yang soleh, anak yang taat perintah dan kukuh keimanannya kepada Allah serta anak-anak tidak memberi kesusahan dengan kerenah-kerenah mereka. Ternyata Allah mengabulkan doa saya, biarpun anak-anak terpaksa berdikari, menahan emosi dan rindu kerana tidak selalu dapat bersama saya namun mereka secara tidak langsung terlatih dengan keadaan, mereka amat-amat memahami apa yang saya hadapi.Biar tidak banyak masa bersama namun masa yang ada kami kualitikan bahkan dalam keadaan itu hubungna kami lebih akrab. ..Akhirnya mereka diberikan Allah cemerlang dalam peperiksaan..Saya amat menginsafi anugerah yang diberi kepada Allah saat saya diuji begitu hebat. Maka percayalah jika bukan di situ rezeki kita pasti ada di tempat lain..kerana itu kita harus sentiasa bersyukur kepadaNya..

Satu ayat al Quran yang menjadi kekuatan kepada saya yang bermaksud " dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiappun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia, dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuautu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesuatu yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"


Kesimpulannya, jika kita boleh merasionalkan diri dan memahami hakikat bawah jika rezeki itu bukan milik kita seperti harta benda ,pangkat, kemasyhuran, anak-anak, teman teman, dan lain-lainnya maka sudah pasti hati kita merasai ketenangan dan mengecapi kebahagiaan bila Allah mengambilnya dari kita...
Kita mampu tersenyum biarpun ujian datang bertalu-talu dari segenap penjuru..
Kita mampu tersenyum jika insaf alan hakikat kehidupan
kerana ia mengingatkan diri 
dan mendekatkan kita kepada Dia dalam keadaan susah atau senang..

No comments:

Post a Comment