Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Friday, January 6, 2012
Diri Umpama Cermin
Pada hemat saya bukan sekadar sahabat kita menjadi cermin kepada diri kita tetapi sikap dan keperibadian yang kita tonjolkan juga menjadi cermin kepada dalaman diri kita. maka dengan kepercayaan itu, ia menjadi satu peringatan buat diri sendiri terutama dalam kontkes membina dan mentarbiyah anak-anak atau meneladani orang lain disekeliling kita.
Cermin diri ini amat penting kerana apa yang kita portray kepada anak-anak maka itulah yang akan mereka pelajari dan ikuti. maka ibu bapa sebenarnya adalah satu cermin yang sentiasa terpamer kepada anak-anak. Mungkin jika kita katakan bahawa anak-anak berjauhan dari kita misalnya, namun percayalah aura kebaikan yang kita berikan biarpun kepada orang lain namun ia akan terpercik kepada anak-anak kita. jadi begitulah sebaliknya, jika kejahatan yang kita lakukan maka tidak mustahil anak-anak kita boleh melakukan perkara yang sama. (ini tidak semestinya kepada anak-anak, ia juga boleh diaplikasikan kepada rakan, jiran, orang-orang yang ada disekeliling kita). Saya seringkali mengatakan bahawa..."kita adalah apa yang kita beri pada kehidupan kita" .Ia seperti satu karma, namun dalam Islam kita percaya bahawa kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan maka begitulah sebaliknya. Jika tidak didunia pasti kita akan mendapat balasannya di akhirat nanti.
Oleh itu cermin bagaimana yang ingin kita tonjolkan kepada orang yang kita sayangi? Adakah kita ingin melihat orang yang di dalam cermin itu mempunyai dua personalti yang berbeza walapun secara zahirnya sama dan serupa. Atau kita ingin menzahirkan bahawa jika cantik orang yang berdiri dihadapan cermin maka secantik itu juga dalamannya. Dan jika pada cermin itu dilihat pada kaca mata orang lain tidak cantik walhal dalamamnya begitu indah sekali yang hanya Dia yang mampu menilainya...
Bagi memahami yang tersirat disebalik cermin diri.. marilah kita sama-sama muhasabah diri dengan menjadikan diri sebagai cermin yang terbaik buat orang-orang sekeliling kita. Jangan menjadi cermin yang terserpih hingga membias beribu wajah...
No comments:
Post a Comment