Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, January 1, 2012

Diari Seorang Penulis 1

Mungkin ramai yang berfikir menulis itu satu perkara yang mudah, namun ada juga yang merasakan ianya susah. Susah atau mudah bagi diri saya menulis memerlukan fokus dan juga kreativiti tersendiri. Sepanjang bergelar penulis sudah tiga kali saya bertukar editor. Alhamdulillah, editor yang bertukar ini bukan kerana tiada keserasian bekerja bersama, tetapi mereka ini mendapat kenaikan pangkat. Setiap editor mempunyai visi dan misi yang berbeza dari segi penerbitan buku. Sekali fikir seperti Menteri yang bertukar di kementerian dalam kerajaan, setiap kali bertukar menteri maka setiap kali itu juga peraturan dan dasar bertukar. Jika dilihat dari sudut yang positif , sebagai penulis saya memang perlu bekerja lebih keras terutama dalam memastikan proposal penulisan menepati kehendak dan citarasa editor. 
Pada peringkat awal saya rasa sedikit terbeban dan juga kecewa kerana ada proposal yang lama tidak dapat diteruskan kerana itu adalah misi dan visi bersama editor sebelumnya. Bersama editor yang baru penulis terpaksa mencari idea/teknik/approach yang baru. Namun semua ini sebenarnya adalah satu cabaran yang perlu diambil sebagai sesuatu bentuk yang positif dan sihat kerana dengan cara begini penulis akan sentiasa memerah fikiran mencari idea yang baru serta approach yang berbeza dalam penulisan, ini kerana penulisan banyak bergantung kepada kehendak editor dan juga pasaran/market pembaca. Sudah sebulan saya menerima tugasan untuk menghasilkan penulisan yang berkait dengan kesihatan, berminggu saya buntu mencari idea, namun dalam tempuh tersebut saya cuba meneruskan penulisan dalam bentuk kreatif. Dari dulu saya memang bercita-cita untu menulis novel berunsur motivasi dan juga Islamik, setelah cuba mendapatkan editor untuk penulisan kreatif namun belum ada ruang dan peluang untuk saya, maka saya bertekad unutk terus menulis saat idea datang mencurah. Saya meneruskan juga penulisan novel tersebut walaupun belum tahu siapa yang akan menerbitkan buku tersebut kerana  idea selalunya datang disaat kita ditolak. Saya percaya jika ada rezeki adalah ruang untuk buku tersebut dipasarkan.


Berbalik kepada penulisan yang perlu diilhamkan, saya akhirnya berjaya memecah kebuntuan, penglaman hari ini cukup berharga apabila saya berjaya menemuramah seorang pesakit kanser yang sayak kenali, hasil temuramah memberi saya idea yang pelbagai untuk menulis tentang kesihatan di bawah label SIHAT MENTAL SIHAT FIZIKAL. Semoga buku yang bakal saya garap ini boleh memberi inspirasi kepada insan yang diuji dengan kesakitan dan juga keluarga mereka yang berdepan dengan ahli keluarag mengidap sakit kronik. Misi saya menulis demi 'Dakwah dan Perjuangan Islam' ini diharap mendapat berkat dan rahmat Ilahi.

No comments:

Post a Comment