Masakan yang sedap dan lazat selalunya masakan yang terhasil dari resepi yang hebat. Pernahkah anda membuat resepi yang hebat. Biarpun tidak mahir memasak hingga boleh dipanggil chef masakan, namun saya mengakui bahawa resepi yang dimasak untuk keluarga adalah bukan sekadar resepi biasa.. ia adalah resepi yang terkandung di dalamnya pelbagai ramuan. Namun adakala ramai yang memilih tidak mahu mencuba resepi hebat ini..
Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Friday, March 29, 2013
Bukan Sekadar Resepi Biasa
Masakan yang sedap dan lazat selalunya masakan yang terhasil dari resepi yang hebat. Pernahkah anda membuat resepi yang hebat. Biarpun tidak mahir memasak hingga boleh dipanggil chef masakan, namun saya mengakui bahawa resepi yang dimasak untuk keluarga adalah bukan sekadar resepi biasa.. ia adalah resepi yang terkandung di dalamnya pelbagai ramuan. Namun adakala ramai yang memilih tidak mahu mencuba resepi hebat ini..
Harapan Berkalung Doa
Usaha disemai mengharap tuaian
Harapan dipungut berkalung keringat
Agar menjadi satu suapan
Adakala mentari berduka
Awan juga menangis hiba
Mengugat impian ditanam
Lalu baja keyakinan menyuburkan gundah
Semuanya bersatu dalam wadah yang sama
Percaya ada Yang Maha Kuasa
DIA tempat mengharap
Pasti ada kejayaan untuk segala harapan dan usaha
Mulakan Dengan Bismillah
Thursday, March 28, 2013
Membeli Syurga Dengan Harta
Percayalah harta yang dimilik adakala tidak mampu membeli syurga andai cara memperoleh harta dengan cara syubhah. Harta tidak mampu membeli syurga jika diri tidak tawaduk.Jika diri riak dengan material, tidak meletakkan ibadat sebagai perkara utama maka bagaimana mahu menggapai syurga.
Percayalah ilmu,iman dan amal yang ikhlas serta taqwa kepada Allah adalah jaminan syurga.Wallahuaalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.
Wednesday, March 27, 2013
Dorangan Kejayaan
Dorongan kejayaan datang dari dalam.Kemahiran yang ada dan sentiasa dipraktis membantu untuk berjaya. Adakala tidak perlu mengeluh tetapi meneruskan langkah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.
Sunday, March 24, 2013
If you fail to plan, you plan to fail
"If you fail to plan, you plan to fail" ... dengan kata lain apabila kita gagal untuk merancang maka kita sebenarnya merancang untuk gagal. Kata-kata ini ada betulnya kerana setiap perkara dalam hidup kita perlu dirancang. Semuanya tidak berlaku dengan sendiri, jika kita tidak merancang mahu berjaya maka kita pasti akan gagal mancapai apa yang dicitakan. Sebagaimana seorang pelajar yang mahu berjaya cemerlang dalam pelajaran akan merancang dengan cara belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan dapat menjawab peperikasaan dengan baik. Seorang yang berniaga mahu berjaya dalam perniagaan maka sudah pasti akan memastikan dia faham selok belok perniagaan, berusaha memahirkan diri dengan perniagaan yang diusahakan. Sama juga dengan seorang yang ibu, jika mahu anak-anaknya menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat maka sudah pasti dia akan menracang dari awal bagaimana mendidik dan mengasuh anak-anak menjadi insan yang cemerlang.
Namun ketahiilah disebalik segala usaha dan ikhtiar unutk berjaya, disebalik segala strategi yang dilakukan, disebalik segala ilmu dan maklumat yang diperoleh, disebalik segala harapan, doa dan juga tawakkal yang dipertaruh, maka sesungguhnya Allah ada Perancangan tersendiri, Dia Maha Merancang dan Perancangan Allah Yang Terbaik. Oleh itu bersabarlah jika apa yang dirancang tidak sebagaimana yang dimahukan. Yang dibuat tidak menjadi, yang diharap berkecai, yang dipinta tidak dipenuhi. Allah lebih tahu perjalalan itu. Percayalah dia menyimpan sesuatu untuk kita yang kita tidak ketahui. Maka bila kita gagal setelah merancang yang terbaik, ternyata perancangan Dia adalah yang terbaik. Dia tahu apa yang tidak kita tahu. Dia menyimpan rahsia semua perkara. Maka berdoalah agar kekecewaan setelah merancang ada hikamh yang tersendiri untuk dunia dan akhirat kita. Ameen.
Friday, March 22, 2013
SPM 2013: Harapan Ibu Ayah
Thursday, March 21, 2013
Dilemma Anak Angkat
Bila lambat mendapat cahaya mata, maka pasangan mana tidak gundah. Pasti kelewatan itu mendatangkan resah, mencemaskan perasaan. Setahun dua tahun tidak mengapa, tetapi bila mencecah lima tahun maka tentunya kesabran menunggu akan teruji. Maka ia membawa kepada perancagan mahu mengambil anak angkat sebagai tempat untuk menumpahkan kasih sayang, berkongsi perasaan sebagai ibu dan ayah. Sewaktu kecil anak itu ditimang, dipeluk dicium.
Wednesday, March 20, 2013
Isu Rumahtangga: Romantiskah pasangan anda?
Tiapkali bercerita tentang rumahtangga, seringkali terdengar ungakapan si isteri.. suami saya tak romantis..suami saya tak tahu nak hargai dengan beli hadiah..suami tak ingat tarikh perkahwinanan.. hmm ada macam-macam rungutan dari si isteri. Mungkin kerana klien saya ramai wanita maka saya tidak mendengar rungutan dari pihak suami, jadi itu bukan bermakna suami tak merungut tentang isteri.
Lalu berlaku masalah dalam rumahtangga kerana hal-hal yang remeh.. ia berkait dengan cara kita berfikir dan cara kita melihat sesuatu perkara. Maka bersyukur apa yang kita ada serta belajar menerima pasangan seadanya kerana kita mencari kesempurnaan pada orang lain, hakikatnya kita juga tidak sempurna.
Wallahuaalam
Tuesday, March 19, 2013
Bakal Guru.. Ke mana destinasi anda?
Monday, March 18, 2013
Ibtighaa Mardhatillah
Tercari-cari idea yang baru
Demi dakwah
Menyampaikan maksud
Menjelaskan yang tersurat
Memahamkan yang tersirat
Dengan izinMu Ya Allah
Berikan aku kefaqihan
Kurniakan aku ilmu
Lalu
Ku mulakan ini dengan lafaz
Bismillah..
Rabbi Yassir.
Ummu ieman ihsan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.
Sunday, March 17, 2013
Bagaimana meningkatkan daya ingatan
- Faham apa yang dipelajari
- Jarakkan/pecahkan masa belajar dengan adanya jadual waktu.
- Lafazkan dan baca isi penting dengan cara yang kuat.
- Percaya pada kebolehan diri sendiri.
- Ulang berkali-kali apa yang perlu diingatkan.
- Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
- Ulangkaji atau cuba mngingat semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
- Bayangkan anda berjaya dan menjadi orang cemerlangan.
Tips Belajar
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
Wednesday, March 13, 2013
Merintis Perjalanan Masa
Masa ibarat pedang
Ia terhunus saat tidak diguna
Membuai insan terleka
Masa tersisa tanpa manfaat
Usia mengamit sekilas masa
Amal mengiring belum sempurna
Ada yang dicari belum kesampaian
Tersesat di rimba dunia
Lalu akhirat dipandang sebelah
Merintis perjalanan masa
Antara dua agenda
Alam dunia alam fana
Masih samarkah
Kerana masa yang ada
sekelumit cuma
Tiada lagi seribu alasan
Kerana Dia yang mengagih
sama serata
Sepantas detik berlalu
ajal itu kian menghampir
Kejar masa itu
Merintis jalan hakiki
Berbekal kalam Ilahi
Untuk dunia kekal abadi
Nukilan
Ummu Eiman Ihsan
Buat anak-anakku yang berjuang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.
Refleksi Diri
- Solat : Menjaga solat baik yang wajib walau dimana berada. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti solat. Sempurnakan yang wajib tambahkan yang sunat.
- Aurat : Jaga aurat walau di mana-mana berada, baik di tempat kerja, ke pasar, di luar rumah. Elakkan memakai pakaian menjolok mata, yang berjenama hingga membawa pembaziran serta riak dengan apa yang ada.
- Pergaulan : Jaga adab pergaulan dengan rakan-rakan. Jangan sombong dalam pergaulan. Tunjukkan dan lakukan kebaikan untuk semua orang seikhlas mungkin.
Dairi Seorang Penulis : Menulis untuk Berkongsi
Monday, March 11, 2013
Gundah Semalam
Resah membungkam jiwa
Hati carik dilukai
Diri terkulai dihunus kejian
Sembilu merentang jalan
Onak masa berlingkar tajam
Penghujung yang tiada ketentuan
Merampas pergi impian semalam
Semangat kian rapuh
Menghakis kepercayaan
Lalu kayakinan bersatu dengan ketakutan
Hanya kerana peristiwa itu
Mengisi setiap penjuru misi
Ketakutan bertakhta lagi
Penamat pentas ini bakal tiba
Darah titisan terakhir kekeringan sudah
Tanda menyerah kalah
Atau sebenarnya
Perjuangan sekadar bermula.
Nukilan
Ummu eiman ihsan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.
Saturday, March 9, 2013
Mendapatkan Inspirasi Kerjaya
- Mereka yang boleh memberi inspirasi adalah seorang yang berkarisma dan punya kejayaan tersendiri.
- Mereka sudah berjaya dan punya pengalaman dalam kerjaya yang mereka tempuhi
- Mereka seorang yang gigih berusaha
- Mereka seorang yang mahir dalam bidang yang mereka ceburi
- Nasihat atau saranan yang diberi adalah yang memberi tenaga dan bukan menarik tenaga
- Motivasi dan inpirasi perlu seiring dengan tindakan diri sendiri
- Bagaimana hebat pun orang lain dalam membina kerjaya perlu diukur keupayaan diri sendiri
- Betapa cepat orang lain mencipta kejayaan dalam kerjaya mereka namun indiivdu perlu memberi tempoh masa untuk diri sendiri.
- Strategi yang diguna pakai orang lain perlu dilihat kesesuaian dengan diri sendiri
- Dampingi orang positif yang kuat berusaha dan bukan yang sekadar pandai berkata-kata tetapi hasil tiada.
Friday, March 8, 2013
Apabila Jodoh Menyapa
Lalui Ujian dengan Hati Bahagia
Salam Jumaat, moga hari ini memberi barakah dan rahmat dariNya.
Hari ini telah pun menutup tirai, biar diuji tetapi hati tetap rasa tenang dan bahagia. Setiapkali menempuh perkara yang tidak baik setiap kali itu saya bersangka baik dengan Allah. Mana tidaknya, sudah dua hari kereta rosak, maka ia ibarat patah kaki apalagi dengan banyak urusan yang perlu dibereskan. Sementelah terpaksa mengurus anak-anak.
Alhamdulillah setiap kesulitan pasti ada solusinya, seorang kawan sudi meminjamkan kereta bila suami tidak smepat mengurus kerana ada Conference yang perlu dhadiri. Sekali lagi saya panjatkan syukur. Sewaktu pulang tiba-tiba kereta tersebut menunjukkan signal, maka saya terpaska berhenti ditepi jalan. Menunggu panasnya turun barulah bonet kereta boeh dibuka, hemm,, rupanya airnya kering,maklum sahabat saya ini punyai beberapa buah kereta, kereta yang diberi pinjam ini memanga jarang sekali digunapakai maka sudah pasti airnya kekeringan.
Hampir setengah jam berada ditepi lebuhraya, kesian saya terhadap anak dan sahabatnya yang seperti mahu pulang awal ke rumah, tetapi apakan daya.. inilah ujian.. Tiba-tiba ada sebuah motor peronda datang, maka saya maklumkan keadaan sebenar dan memaklumkan yang kami ketiadaan air kerana susah mendapatkan kerana kejadian betul ditengah-tengah lebuhraya. Saya juga menelfon sepupu yang berada berdekatan untuk membawakan air.
Ternyata peronada lebuh raya cuba mendapatkan bantuan dari sahabatnya. Katanya bahaya berada dilebuhraya kerana kereta semuanya laju. Mulanya saya agak waswas, maklumlah ramai yabg menyamar konon memberi pertolongan tetapi mereka sebenarnya merompak. Beliau yang tahu saya sangsi menunjukkan logo syarikat beliau. Akhirnya pertolongan tiba jua... selesai memberikan pertolongan, saya menghulurkan sedikit duit atas rasa terima kasih.
Dalam perjalanan saya berfikir, setiap ujian jika kita pasrah dengan apa yang berlaku, pasti akan ada pertolongan dari Allah. Saya percaya ini hanya ujian kecil.. tetapi banyak perkara saya belajar hari ini. Jika sebelum ini berkenaan kereta semuanya urusan suami, maka saya bleh bayangkan apa yang pernah dikongsi mereka yang menjadi ibu tunggal betapa mereka terpaksa melakukan sendirian banyak perkara... Sungguh nikmat Allah itu sangat besar untuk hambanya, jika satu tiada, ada banyak lagi yang diberi olehnya yang adakala kita tidak nampak.. atau tidak sedari.
Ya Allah ampunkan kami...