Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, March 28, 2012
Kesetiaan Nilai Yang Tiada Harga
Monday, March 26, 2012
Memenuhi Harapan Bukan Satu Perkara Mudah
Bila suami minta izin kahwin lagi....
Seorang sahabat FB bertanya, jika secara tiba-tiba seorang suami meminta dengan isterinya untuk berkahwin lagi. Antara persoalannya:
HARGA YANG PERLU DIBAYAR
Setiap perkara dalam hidup kita memang jika kita ingin melakukan sesuatu perkara maka sudah pasti kita adakalanya perlu membayar satu harga yang mahal. Banyak contoh yang berlaku dalam hidup kita kita terpaksa membayar, seperti:
Saturday, March 24, 2012
Pincangnya Sebuah Keluarga
Thursday, March 22, 2012
Cerita Satu Perjalanan
Menjawab Persoalan Anak-Anak Siri 1
Wednesday, March 21, 2012
Menjaga Kesihatan Diri Melalui Terapi Minda
Kita lihat rata-rata yang mengalami masalah sakit kanser, jantung, darah tinggi sebenarnya berpuncari dari tekanan, tidak cukup tidur, kerisuan serta kebimbangan hingga tidak lalu makan serta banyak lagi masalah kesihatan yang berpunca dari masalah dalaman diri. Hasil dari kajian serta pendapat yang dikemukakan maka adalah penting untuk kita menjaga kesihatan minda. kesihatan minda menjamin kesihatan tubuh badan.
Sebagai contoh masalah stress atau tekanan adalah punca yang boleh membawa kepada pentakit kronik. Lalu bagaimana cara mengelakkan stress atau menangani stress tersebut? Salah satu cara untuk menangani stress adalah dengan cara banyak berzikir. Zikrullah adalah ubat mujarab unutk mengelakkan dari tekanan, migrain serta meredakan perasaan. Mungkin segelintir meremehkan semua ini, tetapi sudah banyak yang berjaya menghilangkan masalah stress dengan zikrullah.
Selain itu cara yang mujarab juga adalah membaca Quran dan menghayati maknanya. Bagi yang memahami Bahasa Arab maka tidak susah bagi mereka, tetapi bagi yang tidak mereak boleh merujuk menggunakan Quran Tafsir. Apabila membaca dan memahami ayat-ayat tersebut, ia membantu melegakan perasaan yang tidak tenteram.
Selamat Mencuba Terapi Minda.
Wallahuaalam
Monday, March 19, 2012
Menjaga Solat
Sekarang ini tajuk 30 minit Ustaz Don adalah tentang tatacara solat. Dari apa yang dijelaskan, memang ia sangat menarik ditambah lawak spontan Ustaz Don yang begitu bersahaja namun penuh makna.
Memperkatakan tentang solat maka sudah pasti itu adalah kewajipan utama atas setiap umat. Ia merupakan amalan pertama dihisab di akhirat nanti. Malangnya ramai dikalangan kita begitu meremehkan solat, kewajipan solat diabaikan tanpa rasa bersalah.
Ada juga yang seolah menjadikan solat sebagai adat,contoh solat 5 waktu diabaikan,cuma solat Jumaat je yang dIlakukan.Ia seolah' solat Jumaat sekadar suka dan menjadi budaya bukan amalan. Anak-anak perlu dididik dan diasuh untuk mengutamakan solat, salah satunya mendidik mereka dengan solat berjemaah.
Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, March 18, 2012
Bila Hilang Fokus atau Berada dalam Kebuntuan
Ada ketikanya diri akan merasa down atau hilang fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan, simptonnya mudah. Iaitu apabila kita mengadap kerja yang perlu disiapkan kita akan merasa malas, tidak bersemangat, suka melakukan perkara yang tidak penting, mencari 'escapism' untuk bersantai bersama rakan. saat diri berdepan dengan kerja yang perlu dibereskan mula rasa sakit kepala, badan seperti ingin demam dan sebagainya. ini semua petanda kita berada dalam keadaan tidak bersemangat dan tidak bermotivasi untuk meneruskan apa yang perlu diselesaikan.
Sebagai contoh, ada kertas kerja yang perlu disiapkan, namun idea tidak datang sebagaimana baisa, ada akaun yang perlu diselesaikan, namun kita merasa sakit kepala dan migrain, perlu menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, saat mengadap pc mata mula rasa mengantuk, perlu datang kerja seperti biasa, tapi badan rasa sengal-sengal dan ingin MC atau juga rasa ingin tidur sepanjang hari... semua ini tanda diri tidak bersemangat, atrau diserang penyakit malas dek kerana kebuntuan atau hilang fokus... Oleh itu bagaimana cara mengatasi?
Mudah sahaja...
- Lakukanlah solat sunat, baca Al-Quran atau beristihgfar
- Bersenam dan cuba mendapatkan suasana yang lebig positif
- dapatkan tenaga atau motivasi dari orang sekeliling yang positif
- Jauhkan diri dari kawan yang suka melepak atau membuang masa
- baca kata-kata perangsang yang boleh memberi semangat pada diri]
- ingatkan semula target atau cita-cita yang ada sebelum ini
- fikirkan orang-orang yang kita sayang yang bergantung harap kepada kita
- Buang ketakutan serta kemalasan dengna memerhati orang yang berjaya
- Buatlah kerja tersebut, hadapi dia, lakukan setakat yang mampu
- Mohonlah Hidayah Allah moga diberi kekuatan
Keibubapaan : Menjaga Pemakanan Anak-Anak
Saturday, March 17, 2012
Sabar bila diuji, Doa dan Tawakkal jalan terakhir setelah berikhtiar
Friday, March 16, 2012
Sejenak mengimbas masa....
Alhamdulillah untuk kesekiannya kerana kita bersyukur kerana diberi peluang untuk bernafas dibumi ini. Sudah dua hari juga saya tidak menghubungkan diri dengan dunia maya kerana melayan keluarga dan memenuhi aktiviti cuti dengan mengunjungi saudara mara dan melawat beberapa destinasi. Pada hari pertama, dalam keadaan tidur yang tidak mencukupi kerana jauh perjalanan, namun tetap saya gagahkam diri untuk hadir pada mesyuarat AMM. Kali pertama saya bermesyuarat dengan beberapa pegawai atasan tidaklah rasa begitu kekok. Paling saya seronok meeting itu walaupun begitu banyak agendanya tetapi semua terlibat begitu pantas melaporkan setiap laporan masing-masing. Saya rasa begitu seronok kerana kebiasaan meeting mengambil masa begitu lama kerana perkara remeh yang dibincangkan terlalu lama. Sebagai contoh mesyuarat PIBG, kadangkala saya tidak mahu jika diiukut unutk menghadirinya kerana masa yang lama membahaskan sesautu perkara. Padahal ia benda yang mudah unutk dibuat keputusan , tetapi kerana ada yang begitu susah unutk menerima serta meringkaskan hal tersebut maka jadilah meeting tersebut berjam-jam lamanya.
Selesai bermesuarat saya membawa keluarga berkunjung ke beberapa pesisir pantai di sebelah Pantai Timur. Dari pantai Cahay Bulan, di Kota Bharu hingga ke Pantai Irama Bachok. Ombaknya cukup bergelora, namun ada juga segelintir ibu bapa yang membenarkan anak-anak untuk bermain dan berenang tanpa rasa bimbang. Saya sekadar memerhati dari jauh sambil melihat anak-anak bermain layang-layang. Sudah begitu lama saya tidak berkunjung ke pantai ini. Keindahan tempat ini masih terpelihara cuma sayangnya dek kerana ombak, pantainya sudah banyak terhakis. Waktu cuti sekolah memang pengunjung begitu setia mendatangi tempat kegemaran mereka.
Sebenarnya, sudah lama benar saya tidak pulang berlamaan di kampung. Jika balik sekadar satu hari, mana mungkin saya berkesempatan melawat tempat-temapt santai. Seronoknya, petang ini saya berkesempatan menikmati nasi kerabu dan menghirup sup perut bersama keluarga di tepi Masjiid Muhammadi. Sudah hampir 24 tahun lamanya saya tidak merasa, dulu sewaktu pulang dari sekolah, disitulah saya singgah menikamti nasi kerabu yang sedap, namun ada banyak perkara sudah berubah, kedainya sudah tidak sama.
bersambung...
Thursday, March 15, 2012
Tidak semua perkara kerana duit...
Salam Jumaat,
Hari ini saya ingin berkongsi tentang perihal menjadi penulisan. Apabila saya menyatakan ingin menulis saya berkali-kali sebelum ini menyatakan dalam tulisan-tulisan terdahulu bahawa saya menulis kerana minat dan cita-cita dakwah. Namun segelintir kali individu yang mengetahui saya bergelar penulis pastinya akan bertanya hasil dari penulisan. Saya adakala tidak mampu berkata apa-apa kerana setiap orang ada sebab tersendiri apabila menulis, mungkin ia merupakan satu mata pencarian. Pada saya, dalam hal menulis, pertamanya kita perlu meletakkan keihlasan yang tinggi, dan bukan hanya menilai sudut material. Apabila ia satu medium dakwah nilai material tidak boleh di letak ditempat teratas.
Tuesday, March 13, 2012
Monday, March 12, 2012
TIPS MEMBUAT KEPUTUSAN
- membuat timbang tara baik dan buruk keputusan itu
- menyenaraikan kesemua baik dan buruktersebut
- melihat kepada risiko yang bakal diterima kesan dari pemilihan
- berani dan sanggup berkomitmen dengan segala risiko
- bersedia dengan segala kemungkinan
- bertanya pandangan orang sekelilin atau sesiapa yang boleh menyokong kita
- bulat hati dengan keputusan tersebut
- perlu menyedari hakikat KITA SENDRI yang bertanggungjawab dengan segala keputusan
- banyakkan berdoa dan memohon hidayah dan solat istikaharah
- berzikir memhon ampun dan memohon dikuatkan hati diber kesabaran
- belajar unutk pasrah dan redha
- yakin pada diri
Sunday, March 11, 2012
Bukan Hari Biasa
Sering terjadi dalam hidup kita ... pelbagai perkara terjadi... tidak disangka, tidak diduga.. sungguh... HARI INI BUKAN HARI BIASA.... APA PUN DIRI PERLU CERIA SENTIASA... ISI MASA DENGAN APA YANG BERFAEDAH..
Siapa kita hari ini bukanlah satu perkara yang penting...
Wallahuaalam
Saturday, March 10, 2012
Derita seorang ibu...
Friday, March 9, 2012
Kita hanya mampu merancang...
Thursday, March 8, 2012
Tempat jatuh lagi dikenang....
Percutian bersama keluarga
Selamat Bercuti.
Jika begitu perilaku, layakkah diri bergelar ibu?
Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.