Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, February 29, 2012
ALUMNI : Beramal dan Berukhuwwah Fillah
Monday, February 27, 2012
Melakar Kerjaya
Saya terbaca satu posting yang ditulis oleh sorang penulis terkenal iaitu beliau mengatakan tidak semua orang mampu menjadi penulis. Saya tidak pasti dengan pendapat itu, mungkin betul dan mungkin juga tidak. Pada hemat saya apapun pekerjaan atau minat yang ingin kita lakukan sudah pasti ia perlu bermula dengan keinginan. Bila adanya keinginan, maka sudah pasti kita akan mengasah bakat yang ada serta berusaha menjayakan perkara tersebut.
Jika sekiranya kita tidak diizinkan mempunyai bakat yang hebat sebagaimana orang lain sekalipun namun jika sedikit potensi yang ada itu digilap maka lama-lama kita akan manjadi mahir dan pakar dalam bidang yang ingin kita ceburi. Sama juga jika beminat untuk menjadi penulis, ramai yang percaya untuk menjadi penulis yang hebat, seseorang itu perlu mempunyai bakat. Saya bersetuju jika kita mempunyai bakat itu adalah satu rahmat dan rezeki dari Allah. Namun cuba kita perhatikan, ramai yang berbakat tetapi bakat itu terpendam begitu sahaja, segelintir mereka yang berbakat ini tidak mengharagai apa yang mereka miliki. Mereka ini seringkali bermasalah dengan sikap dan juga disiplin diri.
Sunday, February 26, 2012
Hutang Biarpun Tidak Dituntut Wajib Dibayar
Saturday, February 25, 2012
Dilemma Kerjaya : Minat atau Keperluan
Friday, February 24, 2012
WAHAI ANAK! JAGALAH MARUAH DIRIMU
Sudah pasti ada banyak lagi alasan yang akan diberi namun wahai anak-anak... itulah permulaan kepada kehancuran ramai hidup remaja di luar sana. Mula-mula sekadar biasa-biasa, tetapi syaitan itu tidak akan berhenti untuk memggoda manusia melakukan maksiat. Ramai anak gadis ternoda kerana percaya dengan pujuk rayu si lelaki yang konon mencintai mereka. Namun apabila terlanjur, si gadis mengandung tanpa kerelaan, lalu mereka ditinggalkan kerana si lelaki sekadar mengambil kesempatan.. maka sewaktu melahirkan.. bayi itu dibuang ke dalam tong sampah, dicampak ke longkah... Perasaan takut kepada dosa akan hilang serta rasa bersalah itu tiada, kerana keimanan amat tipis. Hidup tidak berkiblatkan Islam, tetapi berkiblatkan cara hidup bebas meniru orang-orang bukan Islam. Thursday, February 23, 2012
Musibah Sebagai Ibrah
Bagi sahabat yang ditimpa musibah apa yang mampu kita panjatkan adalah doa, semangat dan simpati semoga mereka bersabar dan Allah meringankan beban musibah tersebut. Saat kita yang mungkin mendengar musibah maka kita perlu mengucapkan Innalillah dan berdoa moga kita dijauhkan dari perkara buruk. memperkatakan tentang musibah dalam hidup, semeangnya tiada siapa yang dapat lari.Lambat atau cepat, keadaan yang pelbagai akan diuji oleh Allah sesuai dengan diri kita. setiap ujian itu terkandung rahmat dan ibrah bagi yang memahami. Maka saat diri ditimap musibah, berdoalah kerana musibah itu menghapuskan dosa.... Musibah itu mengingatkan diri pada Khaliqnya.. musibah itu mendekatkan diri pada Rabb Yang Maha Esa.Wallahuaalam
Wednesday, February 22, 2012
Melayar Bahtera Rumahtangga : Mengongkong Pasangan
Tuesday, February 21, 2012
KARMA KEHIDUPAN
MAN JADDA WAJADA (SIRI 3)
MAN JADDA WAJADA ( Siri 2)
Maka ada jugalah suara yang mengatakan... “saya sudah puas berusaha tapi tidak Berjaya” . “ Siang malam saya berusaha tapi hidup saya tetap begini”...” kenapa orang lain buat perkara sama mereka boleh Berjaya, tetapi kenapa tidak saya?”. Inilah gambaran permasalahan serta pertanyaan yang seringkali dilontarkan dari pemikiran kita. Jadi bagaimana persoalan ini harus dijawab?Monday, February 20, 2012
MAN JADDA WAJADA ( Siri 1)
Indahnya yang saya ingat sampai sekarang, pada ibu TIADA JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA. Kenapa saya katakana demikian? Sewaktu ayah meninggal, ayah meninggallkan banyak tanah pusaka. Berbelas ekar kebun getah, sawah padi, tapak rumah, kebun. Namun ibu tidak pernah menjual harta pusaka tersebut walaupun sebidang tanah. Sebelum itu saya tidak tahu, hinggalah saya berusaha 18 tahun, sewaktu itu saya menunggu keputusan SPM, namun saya terpaksa menyambung pengajian enam bawah di MMP. Saya dipaksa bercuti padah ari tersebut kerana perlu ke pejabat tanah untuk menerima wasiat dan mewarisi harta pusaka peinnggalan Ayah. Saat itu ke semua harta dibahagi kepada semua anak-anak yang seramai enam orang tanpa meninggallkan sedikit pun untuk dirinya. Ibu percaya, itu semua milik anak-anak, dan dia tidak perlu semua itu. Apa yang PERLU pada dirinya hanyalah mahu melihat anak-anak BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT. (bersambung....)
Pesanan buat anak-anakku..Anis najwa, Ain Syafia Qutreenie dan Ieman Ihsan
Sunday, February 19, 2012
Mood yang Hilang
Hindari Fitnah
Friday, February 17, 2012
MAKE THINGS HAPPEN
- Ada berapa kali terlintas difikiran kita kita ingin melakukan sesuatu perkara yang menjadi impian kita?
- Ada berapa langkah yang telah kita lakukan untuk menjadikan perkara itu satu realti?
- Berapa kali (jika ada) kita merungut perkara itu tidak mungkin berlaku kerana ia hanya angan-anagan kosong?
- Berapa kali kita memberi alas an tidak mungkin kita merealisasikan impian tersebut kerana kita ada halangan...contoh masa, duit, keluarga, maslaah peribadi, tidak mendapat sokongan...
- Berapa kali kita melakukan percubaan?
- Berapa kali percubaan itu gagal?
- Setelah kegagalan pertama, ada berapa kegagalan yanbg telah kita alami selepas itu?
- Ada berapa banyak ikhtiar dan usaha yang telah kita lakukan untuk mengatasi kegagalan itu?
- Sudahkah kita mengkaji strategi yang kita gunbakan itu berkesan atau tidak?
- Adakah kita ada memikirkan alternative yang lain atau kita sekadar mengharap?
Oleh itu untuk sama-sama merealisasikan impian kita, biar apa pun jua..ayuh bangkit.. lakukan sesuatu..langkahlah tangga pertama itu untuk sampai menuju ke anak tangga yang ke seribu...jangan pedulikan rintangan..terus mara ke hadapan kerana pasti KEJAYAAN AKAN KITA GENGAM JIKA KITA PERCAYA! YAKIN dan GIGIH BERUSAHA! PERCAYALAH! SETELAH KITA MELAKUKAN SEMUA TUNTUAN UNTUK BERJAYA..HANYA KUASA ALLAH YANG BOLEH MENGGAGALAKN USAHA KITA! MAKA PANJATKAN DOA BUAT YANG MAHA KUASA MOGA IMPIAN ITU MENJADI REALITI!Pendidik dan Pendidikan
Wednesday, February 15, 2012
Bagaimana Allah Menjawab Permintaan Kita
kita meminta dan Allah terus memakbulkannya
Saat membaca kata-kata tersebut, ia memberi satu dorongan untuk saya yang sedang berusaha melakukan sesautu...yang adakalnya ia diluar dari jangakuan kita saat kita ingin merealsisasikannya kerana kekakangan dan cabaran yang tersendiri yang ada.Namun kata-kata itu meresap kedalam jiwa hingaa saya akhirnya meletakkan segala yang diperjuangkan ini hanya semata-mata kepada DIA...kerana DIA YANG MAHA KUASA tempat kita mengadu dan meminta ...Dia menangguhkan banyak doa, bahkan memberi ujian yang bertalu..kerana dia akan menggantika sesuatu yang lebih baik buat kita..Andai permintaan itu lambat untuk dimakbulkan maka kita perlu pasrah bahawa DIA MAHA MENGETAHUI yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT kita...Saya melangkah keluar dari ofis sahabat saya dengan satu perasaan yang optimis dan postif dengan segala kemungkinan yang bakal mendatang..kerana saya telah berusaha..selebihnya saya SERAH KEPADA ALLAH. Jika baik dan bermanfaat maka InsyaAllah ia pasti menjadi satu KENYATAAN.Ameen
Saat membaca kata-kata tersebut, ia memberi satu dorongan untuk saya yang sedang berusaha melakukan sesautu...yang adakalnya ia diluar dari jangakuan kita saat kita ingin merealsisasikannya kerana kekakangan dan cabaran yang tersendiri yang ada.Namun kata-kata itu meresap kedalam jiwa hingaa saya akhirnya meletakkan segala yang diperjuangkan ini hanya semata-mata kepada DIA...kerana DIA YANG MAHA KUASA tempat kita mengadu dan meminta ...Dia menangguhkan banyak doa, bahkan memberi ujian yang bertalu..kerana dia akan menggantika sesuatu yang lebih baik buat kita..Andai permintaan itu lambat untuk dimakbulkan maka kita perlu pasrah bahawa DIA MAHA MENGETAHUI yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT kita...Saya melangkah keluar dari ofis sahabat saya dengan satu perasaan yang optimis dan postif dengan segala kemungkinan yang bakal mendatang..kerana saya telah berusaha..selebihnya saya SERAH KEPADA ALLAH. Jika baik dan bermanfaat maka InsyaAllah ia pasti menjadi satu KENYATAAN.Ameen
Saturday, February 11, 2012
Pesanan buat diri: Saat meniti hujung usia...
Maka apabila kita renungkan akan kehidupan kita ini..sudah pasti kita akan merasakan bahawa kehidupan ini sudah ditentukan oleh Allah sama ada baik atau buruk. tetapi kita tidak boleh sekadar meletakkan sandaran semata-mata nasib kita kepada takdir, kerana manusia itu perlu berusaha. Kebergantungan hidup itu adalah 100% diserahkan kepada Allah s.w.t setelah ktia berusaha,berdoa dan bertawakkal padanya.
Saya percaya pakcik tua itu TIADA PILIHAN... dia terpaksa bekerja untuk sesuap nasi..mungkin anak-anak mereka juga susah atau mungkin juga anak-anak tidak mempedulikan mereka...Melihat scenario begini akan membawa kita kepada penilaian terhadap diri sendiri... satu masa jika Allah lanjutkan usia,pastinya kita ingin menghabiskan masa itu untuk beribadat, jika ada kemampuan kita ingin memberi manfaat kepada orang lain.. dan sekiranya kita ini bakal menyusahkan orang-orang yang sekelilng kita yang kita sayangi seperti kita sakit tiada harapan untuk sembuh, tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri,tidak berdaya melakukan ibadat lagi .maka mohonlah supaya Allah mengambil nyawa kita lebih awal... Namun jika kita sebagai anak, berusahalah memberi yang terbaik kepada kedua ibu bapa sebelum mereka menutup mata..Biarlah mereka menikmati kehidupan ini dengan bahagia..
Friday, February 10, 2012
Peranan Guru dalam Meningkatkan Prestasi Kelas Corot
Oleh itu bagi meningkatkan mutu dan prestasi pelajar kelas corot ia banyak bergantung kepada kesungguhan guru dan murid..ingatlah BERTEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK AKAN BERBUNYI…Ingatan buat diri sendiri dan juga insan yang bergelar guru/pensyarah..tepuk dada tanyalah iman kita.. kenapa anda memilih untuk menjadi guru? Adakah kerana minat atau sekadar makan gaji?







.jpg)

















