Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, February 17, 2012

Pendidik dan Pendidikan

Esok adalah hari pelajar-pelajar dari warga pendidik akan mendaftar pengajian mereka. Saya juga teruja menerima pelajar baru dari warga pendidik. Ini kerana dunia pendidikan amat sinonim dengan diri saya, kerana pengalaman menjadi guru sebelum ini menyebabkan saya berkongsi banyak perkara dengan pelajar-pelajar saya dari kalangan guru. Ada masa bila golongan pendidik ini dikritik dan dikecam..sudah pasti saya juga merasa tempiasnya. Apapun tahniah buat pelajar saya kerana sebagai Pendidik..mereka masih ada kekuatan dan keinginan untuk menimba ilmu. Harapan saya moga mereka yang mendaftar itu bukan semata-mata kerana inginkan segulung ijazah, tetapi apa yang penting tekad yang perlu ada dalam diri adalah kerana ingin mencedok sebanyak mungkin ilmu dan menambah pengalaman diri. Ini yang dikatakan 'life long learning'. Pendidikan perlu berterusan, is tidak mengira usia. Ibarat pepatah arab "al-ilmu min al Mahdi ila Lahdi" (menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad). Moga dengan bertambahnya ilmu dan pengalaman ia membantu memantapkan kerjaya sebagai guru. Sekaligus apabila menyambung pelajaran, pasti akan ada cabaran trersendiri. .apapun kepada bakal pelajar saya, SELAMAT BERJUANG MOGA ISTIQAMAH DAN GIGIH BAGI MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG...

No comments:

Post a Comment