Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 21, 2012

MAN JADDA WAJADA ( Siri 2)

Pernahkah kalian mendengar perkataan ini? “ Kalau Aku Kaya”. “ Kalau aku punya Wang Banyak” “ Kalau aku Kahwin  Anak Raja”... “JIka aku...”, “Alangkah baik sekiranya....”. Ini antara gambaran perasaan yang biasanya ditanam dalam pemikiran kita untuk Berjaya. Apa sinonimnya dengan Man Jadda Wajada”? Ia sebenarnya menjawab persoalan di atas iaitu “kalau kita ingin menjadi kaya, kita perlu berusaha”. Tiada jalan mudah untuk Berjaya, ia bukan kerana kita berkahwin anak raja, berkahwin anak jutawan tetapi ia adlaah kerana kita ingin dan memilih untuk berusaha. Begitu juga kita tidak boleh member sebab kerana itu saya jadi miskin, alangkah baik jika ayah saya tidak meninggal, atau saya menjadi yatim. Atau juga kita menuturkan kata-kata “ Jika aku....” Semua istilah itu tidak perlu melainkan kita bangkit untuk berusaha dengan gigih.
Saat kita ingin bangkit berusaha pasti ada cabaran dan halangannya. Itu adalah perkara biasa bagi semua orang yang ingin Berjaya. Ingatlah, kejayaan tidak datang dengan mudah. Sama seperti kekayaan, duit ringgit dan harta tidak datang berlonggok di depan mata kita. Apalagi jika kita inginkan sesuatu hasil, pastilah ia perlu digali, ditanam, dibajak dituai dan sebagainya. Semua itu perlukan usaha.
Saya sendiri dalam menongkah arus kejayaan dalam kehidupan saya, berapa banyak rintagan yang perlu saya hadapi. Perlu juga saya ingatkan, kejayaan itu sangat subjektif dan bergantung kepada apa yang diimpi dan ingin dicapai oleh individu. Maknanya kejayaan pada diri saya pasti berbeza pada orang lain. Apa  yang saya inginkan dalam kehidupan pasti tidak sama dengan apa yang diinginkan oleh orang lain. Memang kita menyebut perkataan INGIN KAYA/MAHU BERJAYA...Tapi sejauh mana? Berapa banyak kekayaan yang kita mahu? Berapa banyak kejayaan yang ingin kita cipta.Itu semua bergantung kepada penialaian individu. Sebab itulah saya mengatakan semua ini sangat subjektif. Namun apa yang begitu objektif/fokus/jelas kepada kita semua iaitu “ MAN JADDA WAJADA” SIAPA YANG BERUSAHA PASTI BERJAYA.
Maka ada jugalah suara yang mengatakan... “saya sudah puas berusaha tapi tidak Berjaya” . “ Siang malam saya berusaha tapi hidup saya tetap begini”...” kenapa orang lain buat perkara sama mereka boleh Berjaya, tetapi kenapa tidak saya?”. Inilah gambaran permasalahan serta pertanyaan yang seringkali dilontarkan dari pemikiran kita. Jadi bagaimana persoalan ini harus dijawab?
Sebenarnya untuk kita mencapai kejayaan ia bukan semata-mata usaha yang gigih. Sesuatu kejayaan itu perlu USAHA YANG BERTERUSAN inilah yang dikatakan ISTIQAMAH. Oran yang Berjaya tidak mengungkapkan perkataan yang biasa disebut oleh orang biasa iaitu..”saya sudah puas berusaha”  atau “sudah macam-macam cara saya lakukan”..namun mereka ISTIQAMAH dan FOKUS kepada usaha mereka. Selain itu mereka juga sentiasa MENGGANDAKAN USAHA serta MENYUSUN PELBAGAI STRATEGI KEJAYAAN. Dengan kata lain tiada istilah PUTUS ASA bahkan mereka juga sentiasa melihat/merebut PELUANG YANG ADA, bukannya sibuk mencari alas an kegagalan. Memang gagal itu adalah laluan biasa bagi penggapai kejayaan, namun kegagalan itu menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka.
Berbalik kepada impian menjadi KAYA atau BERJAYA... Kita lihat ramai orang yang telah mencapai maksud yang diinginkan namun kenapa akhirnya mereka kecundang? Bukan sedikit yang kita lihat ramai yang dilihat Berjaya namun akhirnya gagal dikemudian hari. Baik gagal dari sudut persionaliti, keluarga yang porak peranda dan juga kerjaya yang musnah begitu sahaja. Kenapa berlaku demikian setelah menjadi kaya raya serta mengengam kejayaan yang hebat dalam hidup? Apakah sebabnya mereka ini gagal walapun telah Berjaya sebelumnya. Sudah pasti aka nada yang menjawab, itulah takdir yang menimpa diri. Saya juga setuju hidup kita pasti tidak akan da[pat lari dari takdir Allah. Tapi bolehkah kita menyalahkan takdir? Tentunya kita tidak boleh menyalahkan takdir semata-mata atas kegagalan yang berlaku. Pasti kita temui sebab menusababnya jika kita muhabah dan menilai semula perjalanan kehidupan kita menuju kejayaan.
(Bersambung....ke siri 3)

Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment