Apabila membaca diruangan teknik mengajar untuk kelas corot mengikut gaya Nabi Muhammad, ada yang mengadu tentang guru-guru yang tidak mengajar murid kelas corot dengan baik...memetik kata-kata/laporan mereka " ada juga sikap cikgu yang marak marah semasa masuk kelas dan buku latihan kami cikgu baling ke lantai " ada juga yang mengatakan " pengalaman bersama 2 org anak yatim darjah 2 dan darjah 6. Kasihan budak2 di sekolah rendah ni rupanya. Cikgu2 masuk ke kelas dengan marah2. Ada yg baling buku ke lantai suruh budak2 kutip sendiri buku masing2 di lantai. Ada ketika pula sy dengar cikgunya membawa anak kembarnya ke sekolah dan menyuruh dia dan kawannya menjaga anak kembarnya yg berumur 5 thn dlm bilik tv tak perlu masuk kelas"
Itu contoh yang dilaporkan mereka..saya tidak pasti masih adakah lagi guru yang bersikap sedemikian..Adakah wajar seorang guru bersikap sedemikian. Pengalaman saya sendiri selama lapan tahun mengajar di sekolah menengah, saya tidak pernah tidak diberi kelas paling corot. Namun saya tidak menganggap kelemahan mereka itu perlu dihina, bahkan mereka ini perlu diberi motivasi. Kebanyakan mereka adalah orang yang kurang bernasib baik kerana ada segelintirnya dari golongan yang miskin serta tidak mendapat perhatian dari ibu bapa kerana ada kes ibu bapa bercerai, ibu bapa bekerja hingga tidak sempat memantau. Namun begitu ada juga dari kalangan yang berada tetapi keupayaan mereka sendiri dalam meninba ilmu lemah..
Disebabkan hal berikut mereka kurang minat kepada pelajaran. Oleh itu guru perlu memberi mereka semangat dan keyakinan diri untuk mereka berubah. Ada dikalangan mereka tidak ada cita-cita. Datang ke sekolah sekadar menghabis masa, berkawan serta atas kehendak ibu bapa. Apapun mereka ini perlu didekati, perlu diketahui permasalahan mereka. Guru bukan sekadar mengajar, tetapi guru sekaligus seperti ibu bapa temapt mereka menumpang kasih.
Keprihatianan guru amat penting dalam mengajar kelas corot. Kita tidak perlu menjadi garang cukup sekadar tegas.. Saya tidak suka menggunakan kata-kata..cukup dengan approach tersendiri di mana jika mereka masih belum focus kepada mata pelajarna yang ingin diajar maka kita jangan mulakan dahulu pelajaran. Jika mereka tidak mempunyai peralatan maka kita perlu pastikan peralatan, buku teks atau rujukan telah tersedia. Cubalah untuk menjadi guru yang kreatif bagaimana menarik minat pelajar untuk belajar. Salah satunya, guru pelru mengajar dengan bersungguh-sungguh dan menaruh kepercayaan serta keyakinan bahawa ilum yang dicurah itu dapat ditangkap oleh pelajar. Jangan kerana mereka berada di kelas corot, maka kita mengajar sambil lewa…
Sepanjang mengajar kelas corot, mereka ini bukanlah pelajar yang teruk..cubalah ambil sedikit masa untuk mendekati mereka..tanyakan mereka sarapan apa yang mereka ambil..semalam buat apa dirumah..emak ayah sihat ..atau apa sahaja yang boleh kita cungkil permasalahan mereka..Salah satu yang saya pelajari, pelajar kelas corot ini sebenarnya ada banyka kelebihan. Contohnya tentang kebersihan..saya pernah menjadi guru kelas yang corot dan setiap bulan kelas yang saya jaga menjadi kelas terbaik untuk kategori kebersihan dan keceriaan. Walaupn ada banyak kelas-kelas yang terkedepan yang dilihat sepatutnya menguungguli carta..tapi kenapa demikian? Mudah sahaja…ia kerana komitmen dan kerjasama antara pelajar dan guru pasti akan membuahkan hasil. Saya ingat lagi pada tahun 2002..saya mengajar 12 kelas kelas SPM..Pada tahun sebelumnya hanya tiga orang yang mendapat A..Selepas saya mengambil alih mengajar kelas tersebut maka Alhamdulillah seramai hanpir 55 orang yang dapat score A mata pelajaran tersebut. Bahkan ada hampir 10 orang pelajar kelas corot mendapat A.
Saya bukan mengatakan diri saya bagus, namun apa yang penting adalah kesedaran guru untuk IKHLAS mengajar…percayalah keikhlasan dan niat murni untuk mendidik dan mentarbiyyah murid itu akan membuka minda dan fikiran mereka menerima ilmu yang disebarkan.. Ada orang mengatakan bahawa salah satu sebab guru tidak disukai adalah kerana sikap mereka.. Pada hemat saya jika kita guru yang bagus palajat kita akan sentiasa mengingati kita bahkan ..kita akan sentiasa mereka hargai..Jika kita ditidakkan untuk mendapat gelaran guru cemerlang dek kerana kerenah birokrasi atau pilih kasih Pengetua/Guru Besar..lihat sahaja semasa SAMBUTAN HARI GURU guru mana yang mendapat hadiah paling banyak?
Oleh itu bagi meningkatkan mutu dan prestasi pelajar kelas corot ia banyak bergantung kepada kesungguhan guru dan murid..ingatlah BERTEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK AKAN BERBUNYI…Ingatan buat diri sendiri dan juga insan yang bergelar guru/pensyarah..tepuk dada tanyalah iman kita.. kenapa anda memilih untuk menjadi guru? Adakah kerana minat atau sekadar makan gaji?
Wallahuaalam.
Ummu Ieman Ihsan
No comments:
Post a Comment