Daun kering gemersik berbunyi bila disapu. Rozie membungkuk sedikit badannya apabila daun itu melekat di celah-celah pasu yang di tanam pelbagai jenis bougenvilla. Satu persatu daun kemboja yang bersepah di tepi laman rumahnya disapu, biarpun rasa sedikit kepenatan, namun tetap di gagahynya. Sudah seminggu pembantu rumahnya berherti kerja, sejak itu jugalah dia terpaksa mengambil alih urusan mengurus kerja rumah. Kemboja berbunga merah jambu itu sudah sebelas tahun ditanam, sejak dia dan suami berpindah dari rumah lama mereka di Taman Keramat. Pohon kemboja merah jambu menjadi pilihan Rozie untuk menjadi penyeri laman mereka di rumah baru. Saat ditanya suami apabila mereka ingin berpindah ke rumah baru, tiada yang di pinta Rozie, melainkan dia kepingin sangat menanam pohon kemboja berwarna merah jambu. Baginya warna putih sudah menjadi kebiasaan dilihat terutama di kuburan. Mahukan kelainan dia memilh untuk meletakkan kemboja itu di tepi laman.
Rozie mengimbas kata-kata suaminya saat pertama kali menginjak ke rumah baru mereka, ”Zie, Alhamdulillah, akhirnya kita memasuki rumah sendiri. Hmm lepas ni boleh la Zie merealisasikan impian Zie.” Ujar suaminya. “ Impian saya, impian apa bang?” Tanya Rozie. “ Bukan ke Zie selalu katakan pada abang yang Zie nak rumah yang lamannya luas untuk Zie memenuhi minat Zie”.Jelas Azrul. “ Yelah bang, untung Zie ada suami macam abang yang mampu membelikan rumah sebegini untuk Zie”. Khayalan Rozie terganggu dengan deruan kereta memasuki halaman rumah. Azrul sudah balik rupanya.
“ Hai Zie, tak penat ke menyapu laman ni? Nantikan Zie kepenatan, baik Zie biarkan dulu daun-daun kemboja tu, nanti abang sempat, abang sapu, Zie kena piker kesihatan tu, sementara abang usahakan pembantu rumah yang baru Zie sabarlah ye.” Azhar bersuara bimbangkan kesihatan isternya”. “Alahai bang Zie tak tahan tengok daun-daun kering ni memenuhi laman, lagipun dok melangut menunggu anak-anak balik sekolah ada baiknya Zie buat apa yang patut” Jawab Rozie.
Terdetik di hati Rozie, alangkah aku ini ibarat daun kemboja yang menunggu saat untuk gugur. Alangkah aku juga bakal meninggalkan suami, anak-anak ku. Rumah banglo dua tingkat ini bakal ku tinggalkan. Sejak mengetahai kanser yang dihidapnya, hati Rozie sentiasa berdetik mengingatkan saat kematian yang bakal di hadapinya. Biarpun tidak diberitahu Doktor secara langsung, tapi sekadar di khabarkan yang kansernya sudah tahap empat. Dia sudah membaca di ruang internet, kebanykan kanser apabila di tahap empat, itu merupakan tahap yang dikira kritikal. Dulu Pak Alangnya pun meninggaal kerana kanser tulang yang dah masuk tahap empat. Sama juga dengan kawnanya zaman sekolah Zira yang mengidap kanser payudara, bila dah merebak ke payudara yang ke dua, tak lama Zira meninggal.
Kebimbangannya adalah apabila dia bakal meninggallakn anaknya masih kecil. Alahai, adakah sumainya bakal mencari pengganti yang baru. Adakah rumah banglo ini bakal mendapat surinya yang baru? Seringkali ia berlegar di benak Rozie. Tiap kali memandangkan kemobja merah ungu di tepi laman itu, tiap kali itu Rozie melihat bunga yang kembang itu seolah telah bertukar menjadi kemboja putih yang jatuh di laman kuburan.
Saat kali pertama berita penyakit ini di terima pernah dia bertanya, kenapa dia? Kenapa tidak orang lain yang usia sudah lanjut. Kenapa dia yang menjadi kepada lima orang anak? Kenapa dia yang segala-galanya dijaga dari makanan, miniman gaya hidup sihatnuya, taspi masih lagi dia menjadi masngsa kepada penyakit yang menjadi phobia kepada semua ini?
Pernah ditanya anaknya Mira yang berusia lima tahun, “ Mira jika mummy dah tiada, Mira nak tinggal dengan siapa?” “Mana boleh Mummy tiada, mummy kan ada depan Mira”. Mira pada awalnya tidak mengetahui yang mummynya bakal pergi menemui Illahi. Namun sejak beberapa kali dia menghuni hospital berminngu-minggu, Mira mula mengerti, sedikit-sedikit bahawa Mummy mempuyai sakit yang boleh membawa maut. Baru-baru ini saat ditanya Rozie, andai mummy tiada, Mira perlu pandai bawa diri. Sama juga pada anak sulongnya yang di tingkatan satu, sering diingatkan, bila dia tiada, Along lah yang bakal menjaga adik-adik.
Dunia sekadar persinggahan, ramai yang menganggap kematian adalah pengakhirna. Namun realti kematian adalah permulaan sebuah kehidupan. Sejak hari-harinya semakin suram di rasa dek menerima berita bahawa penyakit yang di hadapinya selama ini adalah ketumbuhan yang menyelinap secara senyap di hempedunya, sejak itu juga dia menjadi yang sebelum ini bergelar Eksekutif di sebuah syarikat terkenal mengambi keputusan berhenti kerja.
Nukilan Ummu Ieman Ihsan
nantikan sambungannya dalam koleksi cerpen Islamik....
No comments:
Post a Comment