Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Salam Maulidur Rasul...
Setiap kali tiba tarikh keramat ini aitu 12 rabiluawal..dalam calendar Hijrah maka kebanyakan kita akan lebih menyemarakkan lagi kasih dan sayang serta ingatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Maka kita akan membasahkan lidah dengan selawat kepada baginda yang tidak putus-putus. Amalan seperti ini sememangnya amat baik tetapi perlu kita ingat bahawa selawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W yang kita sanjung dan kagumi ini tidak sepatutnya hanya semata-mata kerana menyambut kelahiran baginda Rasulullah tetapi ia perlu menjadi amalan seharian kita. Selain itu kita  bukan hanya berselawat kepada baginda semata-mata, tetapi lebih penting dan amat perlu buat kita selaku ummat Nabi Muhammad S.A.W. untuk menghayati seluruh sunnah baginda, mengikut segala yang dipesan oleh baginda kepada kita Ini dinyatakan dalam sabda Rasulullah S.A.W (yang bermaksud):
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”
Ini juga adalah sebagai tanda kita menyanyangi dan mengasihi Kekasih Allah yang diutus sebagai ‘Rahmatan lilaalamin’ ini. Sebagaimana Firman Allah "Dan tiadalah kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (Surah Al-Anbiya Ayat 107)


Oleh itu saya mengajak diri saya sendiri dan semua sahabat untuk kita menperbaiki diri dan mencontohi baginda Nabi Muhamamd dalam seluruh kehidupan kita baik dari segi perkataan,tingkahlaku, adab sopan dan lain-lain. Moga-moga kita terpilih menjadi ummat yang dapat merasa minum air di telaga Kauthar dan diberi peluang mendapat syafaat di hari akhirat nanti dari Junjungan Besar Nabi S.A.W. Ameen...


Wallahuaalam


No comments:

Post a Comment