Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, February 3, 2012

Menjaga Solat dengan Memupuk Kecintaan kepada Rumah Ibadat

Salam Jumaat,

Moga hari ini menjadi hari yang penuh barakah buat kita semua... saya ingin berkongsi kisah hari ini. Moga-moga ia mencelikkan minda kita betapa kadang-kadang orang sekeliling kita tidak prihatin..Hari ini saya mempunyai urusan di sebuah jabatan kerajaan. Oleh kerana saya terlambat ofis telah ditutup untuk solat Jumaat, maka saya terpaksa menunggu sehingga habis waktu solat jumaat. Namun seronok juga kerana tidak terasa jemu menunggu kerana bangunan itu bersebelahan dengan masjid, jadi saya berpeluang mendengar kulliah Jumaat yang disampaikan, bukan itu sahaja saya juga berpeluang mendengar khutbah Jumaat sekaligus.

Apabila selesai khutbah dan solat dimulakan,saya melangkah dari taman tempat saya duduk berhampiran dengan masjid untuk ke bangunan yang mana saya perlu berurusan. Saya berfikir adalah lebih baik saya solat zohor terlebih dahulu kerana untuk saya tiba di ofis waktu zohor mungkin sudah sedikit lewat..kerana kita semua maklum adalah lebih baik kita solat di awal waktu biar di mana kita berada..(mengingatkan diri sendiri sebenarnya)

Dek kerana tidak biasa dengan ofis tersebut maka saya bertanya dengan salah seoarang staf yang bekerja dibangunan itu.. "Dik, boleh saya tanya di mana surau?" Seorang gadis bertudung menjawab "maaf kak,saya tidak tahu, sekejap saya tanyakan kawan saya".. terlopong mulut saya kerana sedikit terkejut, staf yang bekerja di bangunan yang sama tidak tahu di mana surau kerana bangunan itu hanya menyediakan satu surau untuk bangunan tersebut. Seorang temannya menjawab dari jauh apabila dipanggil si gadis tadi.. "Er surau di tingkat 10..." jawabnya. Saya berlalu sambil mengucapkan terimakasih. Sambil menunggu lif untuk naik ke surau tersebut..banyak persoalan yang berlegar di minda saya...:
-adakah selama ini bekerja beliau tidak pernah ke surau?
-mungkin si gadis bersolat di ruangan pejabatnya?
-adakah tidak pernah diadakan sebarang program seperti tazkirah/ceramah agama di surau yang pada hemat saya begitu besar dan selesa? (ini kerana boleh dikatakan banyak pejabat yang besar menyediakan staf mereka dengan program tazkirah atau usrah)
-adakah mentup aurat seperti bertudung tidak menjamin seseorang itu menjaga solatnya kerana adakala tudung hanya menjadi satu trend atau fesyen?
-apakah peranan yang di mainkan oleh majikan dalam memberikan sentuhan kerohanian kepada staf-staf di pejabat mereka..

(Persoalan itu tidak mampu saya jawab kerana saya cuba bersangka baik...namun kekesalan tetap ada di sanubari jika si gadis tidak mengambil berat kewajipan sebagai Muslim..)

Selesai solat saya memerhati sekeliling surau..saya merasakan alangkah sayang kerana hampir beribu staf yang ada di bangunan tersebut hanya tak sampai sepuluh orang wanita yang solat zohor berjemaah, yang lainnya saya perhatikan memenuhi masa mereka di hari Jumaat dengan window shopping..Masa terbuang begitu sahaja. Padahal banyak perkara boleh di isi dengan majlis ilmu yang boleh memberi manfaat buat diri..
Ramai wanita bekerja yang mengeluh kepada saya sebelum ini..iaitu  tidak berkesemaptan untuk ke surau mendengar kulliah atau ceramah kerana sibuk bekerja dan bila balik ke rumah perlu mengambil alih tugas menyempurnakan rumahtangga... Itu kita akui tetapi sebenarnya kita ada banyak masa yang boleh diiisi dengan sesautu yang lebih manfaat namun kitalah yang perlu memberi prioriti kepada tersebut..

Apapun itu sekadar pandangan diri saya yang banyak kekurangan, moga Allah memberi kita semua hidayah dan kekuatan dalam mengerjakan ibadat dan menyempurnakan tanggungjawab dengan slogan.... HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI..


Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment