Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, February 5, 2012

Hukum Menyambut Maulidur Rasul

Sekadar berkongsi cerita semalam...sewaktu pulang ke rumah saya terpandang satu banner yang mempromosikan ceramah Maulidur Rasul.Apa yang paling saya terkesima melihat banner tersebut gambar penceramah itu mengingatkan saya pasa seorang rakan seuniverisiti saya...saya yang waktu itu berada di dalam kereta bersama suami kemudian cuba untuk mengingatkan kembali akan Ustaz ini..Bila diingatkan semula dia rakan sewaktu sama-sama belajar di kelas English sewaktu di matrikulasi UIA..lamanya masa 1990..tak sangka kami bakal bertemu beliau setelah sekian lama.. Apa yang best dia akan berceramah di surau yang betul-betul depan rumah saya...

Kesempatan mendengar ceramah beliau itu saya ambil, selama hampir satu jam setengah sahabat yang saya kenali dengan gelaran Ustaz Mohd Kamil ini berceramah, banyak maklumat yang dapat saya ambil buat diri. Terutamanya kefahaman yang lebih jelas tentang sambutan Maulid Nabi. Raelitinya kita semua tahu bahawa memang ada beberapa pendapat yang sering dikhilafkan tentang sambutan Maulidur Rasul...apa yang boleh saya katakan memang ia tidak ada pada zaman Nabi unutk menyambut kelahiran baginda, namun menurut Ustaz Kamil bersandarkan satu buku yang memerpakatakan keharusan menyambut Maulidu rRsul ini iaitu penulis menyenaraikan 21 sebab..walapun sebab itu tidak dibincangkan kesemuanya namun salah satunya adalah Nabi berpuasa setiap hari isnin. Apabila ditanyakan para sahabat baginda mengatakan hari isini adalah hari kelahiran baginda.

Apa yang pasti hari isnin 12 Rabiul Awal merupakan tarikh keramat baginda Rasulullah diputerakan dan hari serta tarikh yang sama juga Baginda wafat. Salah satu keharusan menyambut Maulidur Rasul menurut penceramah adalah mengabil sempena di mana mengikut sirah sewaktu baginda diputerakan, Abu Lahab iaitu bapa saudara Rasulullah telah membebaskan seorang hamba bernama Thuwaibah. Bukan itu sahaja, Abu Lahab juga telah menyembelih seratus ekor unta sebagai meyatakan rasa gembira dengan kelahiran putera Abdullah dan Aminah.
Apa yang menyebabkan sambutan itu menjadi perkara yang tidak baik sekiranya kita menyambut hari kelahiran sebagaiamana Kristian menyambut kelahairan Nabi Isa. Kita sebagai umat Islam boleh menyambut Maulidurrasul bukan kerana hari itu Rasulullah duiputerakan tetapi kerana kita ingin menghidupkan kecintaan kita kepada Sunnah baginda Nabi Muhammad. Bahkan lebih penting lagi buat kita adalah sepanjang masa menghayati sunnah tersebut dan menjauhkan diri dari segala apa yang boleh membawa mudharat kepada agama dan diri kita. Oleh itu apabila menyambut MaulidurRasul apa yang perlu kita ingat adalah bukan kerana seronok bersuka ria meniru gaya sambutan kelahiran agama lain, tetapi sambutan yang sepatutnya adalah muhabah diri supaya kita semampu mungkin mengikut sunnah Rasulullah dan dalam masa yang sama memperbanykakkan solat malam, berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis sebagaimana amalan baginda.

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment