Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 21, 2012

KARMA KEHIDUPAN

Seringkali hidup tidak seperti yang dicitakan
Bertukar wajah dan cerita bukan bagai diimpikan
Kisah lara dan duka berganti-ganti datang dan pergi
Apakah ini karma kehidupan atau takdir satu perjalanan
Menagih kesabaran diri juga menguji keteguhan hati
Bertasbih jiwa berlagu hati
Menyahut cabaran dan luka yang terpendam
Bagaimana selepas ini
Bolehkah meneruskan perjalanan
mengharapkan ada cahaya dihujung jalan
mendoakan wujud sinar disetiap laluan
Lalu kaki melangkah, meneroka ke masa silam
Kembali menoleh ke belakang
Adakah lagi sisa harapan
Andai karma tidak lagi dipertaruhkan
Kerana diri sudah kenal erti kehidupan
Perlu disahut segala ujian
Merampas pergi segala kekeliruan
Langkah kejayaan perlu bermula
Menyelesaikan perkara yang belum kesampaian
Menyudahkan cerita yang telah dikarang
Moga pengakhirannya tercipta satu kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment