Pagi ini sejak awal lagi hujan sudah mula turun rintik-rintik, hingga ke waktu dhuha ia semakin lebat. Bila hujan turun ia adalah rahmat yang mencurah-curah kepada umat Manusia. Waktu begini kita perlu mengambil kesempatan untuk solat dhuha dan memanjatkan doa kepada Allah. Menurut segelintir pendapat doa dikala hujan turun itu adalah salah satu keadaan doa kita mudah dimakbulkan Allah.
Apabila hujan maka, sudah pasti bagi yang tidak ada pekerjaan maka inilah kesempatan paling seronok untuk menarik selimut. Bagi yang bekerja pula, mereka terpaksa meredah hujan dan mengharung suasana kesesakan di jalan raya. Bagi anak-anak yang ke sekolah saat hujan ini mereka cukup bertuah kerana ada ibu bapa yang akan menghantar ke pagar sekolah (jika kebiasaan mereka berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah). Bagi ibu-ibu atau surirumah tangga pula mereka akan termenung memikirkan kain baju yang sudah pasti tidak akan kekering di ampaian. bagi yang bekerja di ladang mereka berlagu riang kerana hujan menyubur tanaman.
Hujan oh Hujan...teringat kepada lirik lagu Allayarham Sudirman. “Hujan oh Hujan..di antara airmata ku..menitis..laju...”..sekadar itu yang saya ingat.. Namun apa yang menyeronokkan hujan ini pada saya kerana ia memberi kesegaran pada pepohon bunga yang di tanam...Semuanya akan dilihat begitu segar dan indah bila hujan berhenti. Apapun tentang hujan hari ini...ia membantut banyak perkara yang ingin saya lakukan. Mood untuk meneruskan kerja seakan terhenti..Idea yang ingin dijana tidak datang..maka saya menulis tulisan ini untuk mendapatkan mood tersebut.Dari pada membuang masa mengelamun maka lebih baik saya berkongsi cerita ini.
Biasanya keadaan yang suram menyebabkan hati dan perasaan kita juga ikut menjadi suram dan tidak bermaya. Oleh itu apa yang saya lakukan bagi mendapatkan mood adalah mendapatkannya dari rakan-rakan dengan berkongsi/bertukar/mendapatkan idea-idea baru. Boleh juga melakukan apa yang kita suka/atau minat (contoh saya minat berkemas dan menanam bunga, membela binatang maka mood yang hilang saya ambil kesempatan untuk membelai semua itu). Namun jangan terleka hingga kita langsung tenggelam dalam mood yang hilang tersebut. Kita perlu memulakan sesuatu biarpun sedikit..Ingat masa berlalu akan habis begitu sahaja jika tidak di isi dengan perkara yang bermanfaat.
Kehilangan mood adakalanya bukan kerana kita malas/sikap tetapi ada ketikanya kerana kita bekerja sebelumnya dalam jangka waktu yang lama atau telah berhempas pulas tanpa mendapat rehat, maka mood kita akan hilang. Ini kerana minda dan fizikal kita telah keletihan. Maka untuk mendapat mood yang baru ambillah masa untuk berehat dan melapangkan minda..ini sangat penting untuk kita menjana semula minda yang cergas dan fizikla yang sihat untuk kita meneruskan perkerjaan/urusan yang terbengkalai. Antara tips yang boleh diamalkan adalah zikrullah, melihat sesuatu yang berfaedah (gambar pemandangan/Kaabah/masjid), membaca perkara yang bermanfaat, memasak untuk keluarga dan pelbagai lagi cara boleh kita lakukan...Moga mood yang hilang akan datang kembali...
Selamat Maju Jaya buat Semua....
No comments:
Post a Comment