Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, February 25, 2012

Dilemma Kerjaya : Minat atau Keperluan

Salam ukhuwah, 
Coretan kali ini saya ingin menyentuh tentang kerjaya. Ramai dikalangan kita keliru ada kalanya antara memilih kerjaya kerana minat atau keperluan. Isu ini dilontakan supaya yang berada dalam situasi ini mangambilnya sebagai iktibar dan sandaran dalam membuat timbang tara memilih kerjaya. 
Sebagai anak bongsu dalam adik beradik dan merupakan satu-satunya yang tinggal di Lembah Kelang, maka kediaman saya akan menjadi persinggahan dan kediaman bagi rata-rata anak-anak buah yang ingin belajar atau mencari kerja selepas tamat pengajian. Ada yang bekerja di tempat lain atau menjadi pekerja sementara di pejabat saya sebagai latihan kepada mereka untuk menimba pengalaman bekerja. Belasan tahun masa berlalu, maka anak-anak buah yang datang juga silih berganti, dari mereka remaja hingga mereka berumahtangga. Suami saya pula seorang yang prihatin, sementelah bergelar anak sulong, mempunyai pengalaman dalam mencari kerja serta amat mengamibl berat terhadap perihal anak-anak buah saya, adakala suami bertindak selaku 'agen tidak bertauliah' mencari pekerjaan yang sesuai untuk mereka bersandarkan sijil dan pengalaman serta kemahiran mereka. 
Di kalangan mereka juga sudah pasti ada pelbagai kerenah dan sikap yang perlu kami berdua hadapi. Apapun pengalaman ini merupakan satu kepuasan kerana harapan kami apabila anak-anak buah meningkat dewasa   dan mampu berdikari maka giliran mereka pula untuk meneruskan kesinambungan membantu ahli keluarga yang lain. 
Dalam hal memilih pekerjaan, ada juga dikalangan mereka yang tidak membantah, bahkan setia mendengar pendapat dan nasihat. Namun tak kurang juga yang begitu memilih pekerjaan. Biarpun sijil dan kemahiran tidak seberapa namun citarasa mereak terhadap pekerjaan begitu tinggi, dengan itu pelbagai alasan diberi demi menolak segala cadangan dan nasihat. Pada hemat saya, keadaan atau scenario serta suasana ekonomi hari ini tidak memungkinkan kita terlalu memilih kerja berdasarkan minat atau sijil yang dimiliki. Jika kita menjadi begitu memilih maka sudah pasti banyak peluang kita terlepas. Pekerjaan yang kita pilih pada saat ini perlu dilihat kepada keperluan untuk saraan diri. Mungkin gajinya kecil tetapi ia tidak salah jika kita ingin mengambil peluang tersebut. Kita perhatikan ada ramai yang bermula dari bawah dengan gaj iyang minimun namun akhirnya berjaya memiliki pendapatan yang jauh lebih besar selepas itu. 
Dalam konteks pemilihan kerjaya ini juga perlu dilihat bukan semata kerana gaji yag diberi atau ditawarkan. Kita perlu juga melihat kepada ilmu dan pengalaman yang bakal kita peroleh. Apabila kita telah menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang tertentu maka peluang kita untuk meraih kerjaya yang hebat dengan gaji yang lumayan itu lebih mudah. Kita akui minat juga penting dalam menentukan pilihan kerjaya, namun pada saya "buat apa yang kita tidak suka untuk mendapat apa yang kita suka" apa salahnya. Dengan kata lain, tidak suka dengna pekerjaan itu namun kita mendapat imbuhan gaji darinya untuk menyara kehidupan itu sudah memadai untuk perimgkat permulaan, yang penting kerja itu halal dan mengikut syariat Islam. 
Wallahuaalam.   

No comments:

Post a Comment